MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 10 April 2016

10 pelakon lelaki dengan bayaran tertinggi di dunia

Berikut merupakan 10 pelakon lelaki dengan bayaran tertinggi di dunia setakat ini.


10 – Mark Wahlberg

Mark Wahlberg
Foto - AFP

Mark Wahlberg yang berada di tangga ke-10 senarai dilapor menerima bayaran sebanyak AS$32 juta (RM125 juta).

Filem lakonannya iaitu Transformers: Age of Extinction dan The Gambler mendapat pulangan yang memberangsangkan.


9 – Akshay Kumar

Akshay Kumar
Foto - Trailer Brothers

Filem drama-aksi dibintangi Akshay Kumar berjudul Holiday: A Soldier Is Never Off Duty merupakan filem Bollywood dengan kutipan tertinggi sepanjang 2014.

Lakonan dalam beberapa lagi filem popular melayakkan bintang berusia 47 tahun ini menduduki tangga kesembilan.


7 – Amitabh Bachchan dan Salman Khan

Amitabh Bachchan
Foto - AFP

Tempat ketujuh dikongsi oleh dua bintang tersohor Bollywood iaitu Amitabh Bachchan dan Salman Khan yang masing-masing menerima bayaran sebanyak AS$33.5 juta (RM130 juta).

Kedua-duanya aktif berlakon dalam pelbagai filem blokbuster Hollywood dan Bollywood.


6 – Tom Cruise

Tom Cruise
Foto - AFP

Tangga keenam diduduki oleh Tom Cruise yang dianggarkan membawa pulang AS$40 juta (RM156 juta).

Tom Cruise yang melakonkan karakter Ethan Hunt dalam siri filem Mission: Impossible turut menjadi penerbit dalam filem kelima yang dikeluarkan pada 30 Julai lalu.


5 – Adam Sandler

Adam Sandler
Foto - AFP

Adam Sandler dilaporkan telah menandatangi empat kontrak filem secara eksklusif bersama Netflix sekali gus menjadikan pelawak ini sebagai pelakon kelima dengan pendapatan tertinggi.

Beliau dianggarkan memperoleh AS$41 juta (RM160 juta).


4 – Bradley Cooper

Bradley Cooper
Foto - AFP

Filem-filem popular seperti American Sniper, Guardians of the Galaxy dan Serena dilihat menjana pendapatan Bradley Cooper sehingga melayakkannya berada di tangga keempat dengan AS$41.5 juta (RM162 juta).


3 – Vin Diesel

Vin Diesel
Foto - AFP

Bintang yang popular menerusi siri filem The Fast and The Furious, Vin Diesel selesa di tangga ketiga dengan jumlah pendapatan AS$47 juta (RM184 juta).
Keluaran ketujuh siri filem perlumbaan kereta itu memperoleh kutipan lebih AS$1.5 billion (RM5.8 billion).


2 – Jackie Chan

Jackie Chan
Foto - AFP

Lagenda filem Hong Kong, Jackie Chan menduduki tangga kedua dengan bayaran AS$50 juta (RM195 juta).

Pelakon berbakat berusia 61 tahun itu memperoleh sebahagian besar bayaran daripada pemilikan syarikat panggung wayang dan lakonan dalam filem Dragon Blade.


1 – Robert Downey Jr.

Robert Downey Jr.
Foto - AFP

Buat tahun ketiga, Robert Downey Jr berjaya mengungguli carta dengan bayaran tahunan sebanyak AS$80 juta (RM312 juta) menjadikan teraju utama filem Iron Man itu sebagai pelakon lelaki dengan bayaran tertinggi di dunia pada 2015.

2 ulasan:

  1. semua pelakon di atas aku suka terutamanya adam sandler dan jackie chan .....jap yang bollywood tu tak termasuk dlm list ye ...xminat

    BalasPadam
  2. Eh, macamana mereka yang dapat bayaran tertinggi? Ingatkan ada aktor lain yang lebih banyak bayarannya.

    Apa-apa pun, kita suka lakonan Mark Walhberg!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.