MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Sabtu, 9 April 2016

10 Jenis Wanita Yang Tidak Sesuai Jadi Isteri

Perkongsian dari facebook
1. Perempuan Bodoh – perkataan ‘bodoh’ itu macam keterlaluan tapi  bukan maksudnya bodoh dari segi pendidikan sebaliknya sengaja memperbodohkan diri seperti berpakaian pelik atau berperangai yang pelik.
2. Perempuan Gedik – lelaki memang akan menyampah melayan perempuan yang gedik. Kebiasaannya wanita yang gedik ni anak perempuan yang dimanjakan ibubapa, hidup dalam kemewahan atau mahu lelaki mengelilingi mereka.
3. Perempuan Perasan Cantik – perempuan yang perasan cantik selalunya suka pakai seksi untuk tayang kecantikkannya. Ataupun perempuan yang suka promo gambar sendiri semata-mata untuk dapat pujian. Lelaki memang akan memuji tapi bukan untuk dibuat isteri.
4. Perempuan Banyak Membebel – Lelaki mana suka bakal isteri membebel? Pening lelaki tu bila seseorang perempuan tu panjangkan sesuatu isu tu berkali ganda dari sebenarnya. Kadang kadang sampai sejam line telefon si lelaki sibuk dengan khutbah jumaat si perempuan. Pening lelaki tu. Jadi, si lelaki pun berfikir “jika begini la keadaannya sebelum kahwin, sebelum dapat anak, mesti lepas kahwin kena buat pembedahan telinga”.
5. Perempuan Banyak Bekas – Jika seseorang perempuan itu banyak bekas pasangannya selalunya dia merupakan seseorang yang tidak setia kepada pasangan atau erti kata lain playgirl. Asyik bertukar pasangan sahaja. Oleh itu, akan terdapat 2 pendapat si lelaki terhadap kemungkinan yang bakal berlaku selepas berkahwin. Pertama adalah perkahwinan akan berakhir dalam tempoh masa kurang 3 tahun. Kedua, si isteri akan curang dengan lelaki lain.
6. Perempuan Yang Kuat Cemburu – Biarpun cemburu itu tanda sayang tetapi kalau dah cemburu buta memang dah kes serius. Contohnya apabila melihat si lelaki keluar dengan seorang perempuan lain mulalah si perempuan menuduh. Kadang kadang apabila si lelaki berpimpin tangan dengan seorang perempuan tua buta melintas jalan pun boleh jadi kes.
7. Perempuan Yang Memang Sudah Terserlah Kejahatannya – Perempuan yang suka merokok, minum arak, tak menjaga batas agama memang bukan pilihan si lelaki lah untuk dijadikan isteri. Sekadar kawan mungkin ya tapi peneman hidup pasti tidak.
8. Perempuan Yang Tak Tahu Buat Kerja – Memang kes parah kalau perempuan tu tak tahu memasak, basuh baju, menyapu dan sebagainya? Takkan lepas kahwin semuanya nak harapkan suami yang buat. Betul tak?
9. Perempuan Selekeh – Lelaki memang tak suka tengok perempuan yang selekeh. Kalau diri sendiri pun tak boleh nak uruskan, macam mana nak urus makan pakai suami dan anak-anak kelak. Lelaki selalunya mencari calon isteri yang pembersih orangnya.
10. Mahal Sangat – Kes mahal sangat ini muncul bila ibu bapa campur tangan dan minta hantaran tinggi. Kalau wanita itu berpendidikan tinggi dan serba boleh pun tak apa, ni kalau SPM pun tak lepas..kerja rumah pun tak tahu buat, memang tak patutlah letak harga yang mahal. Lebih-lebih lagi kalau si lelaki itu bukannya mampu memang tak sesuai la dibuat isteri sebab awal-awal lagi dah nampak betapa demandnya si perempuan itu dan orang tuanya.

1 ulasan:

  1. Nasib baik semuanya tak sesuai dengan saya tau. Kes mengaku diri baiklah ni. Hahaha!

    Apa pun bab membebel tu tak dapat dielakkan bila dah berkahwin. Banyak benda nak dibebelkan sebenarnya, bukan bebel sembaranganlah tapi salah satu cara mengajar anak-anak dan suami. Huhuhu...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.