MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Ahad, 10 April 2016

10 filem terlaris sepanjang zaman

u?
avatar-m
1) Filem: Avatar
Kutipan: AS$2.78 billion
Tahun: 2009
Pengarah: James Cameron
Ulasan: Apabila ia mula ditayangkan pada tahun 2009, ramai yang sudah menjangka Avatar akan mencipta rekod baru sekali gus mengatasi rekod yang dipegang oleh filem Titanic juga arahan Cameron selama 12 tahun sebagai filem terlaris sepanjang zaman. Avatar telah membuka dimensi baru dalam penerbitan filem sekali gus menyaksikan evolusi yang membuatkan ramai yang kagum dengan penghasilan Avatar. Tidak dilupakan, ia juga telah dicalonkan untuk sembilan Oscar termasuk Filem dan Pengarah Terbaik pada tahun 2010 dan memenangi tiga daripadanya khususnya kategori teknikal.
titanic-m
2) Filem: Titanic
Tahun: 1997 & 2012 (tayangan semula)
Kutipan: AS$2.18 billion
Pengarah: James Cameron
Ulasan: Pada awalnya, ramai yang meragui kemampuan filem ini dan pelbagai dugaan yang perlu dihadapi sewaktu proses penggambarannya. Bahkan, kutipan pembukannya juga tidak begitu memberangsangkan. Namun, kesan daripada buah mulut ramai, komen positif pengkritik filem serta impak lagu temanya, My Heart Will Go On, membuatkan Titanic pantas diterima dengan baik. Ditambah pula dengan kemenangan 11 trofi Oscar termasuk Filem dan Pengarah Terbaik pada tahun 1998 menambahkan lagi impak filem ini untuk terus ke mercu lalu menjadikannya sebagai filem pertama di dunia mencecah kutipan AS$1 billion. Pada tahun 2012, filem ini diterbitkan semula dengan efek 3D yang kemudiannya menyumbang kepada keuntungan yang berlipat ganda.
avenger-m
3) Filem: Marvel’s The Avengers
Tahun: 2012
Kutipan: AS$1.51 billion
Pengarah: Joss Whedon
Ulasan: Percaturan oleh Marvel Studios yang menggabungkan watak adihero ciptaan Stan Lee ini nampaknya membuahkan hasil yang sangat lumayan lalu menjadikan ia satu-satunya filem superhero terlaris di dunia. Kini, kita tunggu pula apakah Avengers: Age of Ultron mampu mengatasi rekod ini.
fast-m
4) Filem: Furious 7
Tahun: 2015
Kutipan: AS$1.42 billion (masih ditayangkan)
Pengarah: James Wan
Ulasan: Walaupun masih ditayangkan dan perlu berhadapan dengan Avengers: Age of Ultron, namun, Furious 7 mampu untuk meneruskan kecemerlangannya sebagai salah sebuah filem terlaris tahun ini. Faktor penyumbang utamanya adalah kerana ia merupakan filem terakhir lakonan mendiang Paul Walker dalam francais yang mula diperkenalkan pada tahun 2001 ini.
harry-m
5) Filem: Harry Potter and the Deathly Hollows: Part 2
Tahun: 2011
Kutipan: AS$1.34 billion
Pengarah: David Yates
Ulasan: Sudah semestinya, filem terakhir dalam salah satu francais filem terlaris di dunia ini akan meraih perhatian penonton yang luas sementelah ramai yang mahu melihat apakah pengakhiran Harry Potter dan rakan-rakannya. Ia juga merupakan filem Harry Potter paling laris dalam lapan buah filem yang sudah dihasilkan.
frozen-m
6) Filem: Frozen
Tahun: 2013
Kutipan: AS$1.27 billion
Pengarah: Chris Buck & Jennifer Lee
Ulasan: Populariti filem Frozen memang tidak dapat disangkal lagi sehingga mampu menjadi satu fenomena luar biasa di seluruh dunia. Bukan hanya filemnya yang menjadi kegilaan tetapi lagu temanya, Let It Go juga telah meninggalkan impak luar biasa lalu berupaya menjadikan Frozen sebagai satu-satunya filem animasi terlaris di dunia setakat ini. Tidak hanya cemerlang di panggung, tetapi Frozen juga diiktiraf di pentas Oscar apabila menerima dua trofi untuk Filem Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik, tahun lalu.
iron-,
7) Filem: Iron Man 3
Tahun: 2013
Kutipan: AS$1.21 billion
Pengarah: Shane Black
Ulasan: Selalunya filem sekuel atau susulan daripada yang asal, agak sukar untuk diterima dengan baik tidak kira dari segi kutipan tiket ataupun ulasan pengkritik. Tetapi, filem Iron Man 3 membuktikan sebaliknya. Bukan hanya dikatakan sebagai filem terbaik dalam sirinya tetapi juga mencatatkan kutipan tertinggi yang memberikan keuntungan berlipat ganda untuk Marvel Studios. Khabarnya, filem susulan keempatnya tidak akan menjadi kenyataan gara-gara Robert Downey Jr., enggan lagi membawakan watak yang telah mengembalikan kegemilangannya itu.
trans-m
8) Filem: Transformers: Dark of the Moon
Tahun: 2011
Kutipan: AS$1.12 billion
Pengarah: Michael Bay
Ulasan: Memang tidak dinafikan, kesan khas visual untuk kesemua filem Transformers memang antara yang terbaik dan paling teliti yang pernah dihasilkan. Namun, filem ketiga Transformers  ini telah mendapat kritikan yang tidak memberangsangkan. Tetapi, itu langsung tidak menghalang peminat setia Transformers untuk menikmati filem ini di panggung lantas menjadikannya sebagai salah sebuah filem terlaris sepanjang zaman.
lord-m
9) Filem: The Lord of the Rings: The Return of the King
Tahun: 2003
Kutipan: AS$1.11 billion
Pengarah: Peter Jackson
Ulasan: Filem terakhir dalam siri trilogi The Lord of the Rings arahan Peter Jackson ini antara filem yang cemerlang di panggung dan juga pengiktiran. Bukan hanya menjadi salah sebuah filem terlaris tetapi ia juga diiktiraf dengan 11 trofi Oscar termasuk Filem Terbaik yang menjadikannya filem fantasi pertama untuk menerima pengiktirafan sedemikian. Selaku pengarah, Jackson telah berjaya menzahirkan novel yang dikatakan paling sukar untuk divisualkan ke layar perak
sky-m
10) Filem: Skyfall
Tahun: 2012
Kutipan: AS$1.10 billion
Pengarah: Sam Mendes
Ulasan: Sudah semestinya, dengan kutipan itu menjadikan Skyfall sebagai filem James Bond paling laris dan terbaik. Sudah semestinya Skyfall merupakan penyumbang terbesar dalam siri filem James Bond yang terus menjadikannya sebagai salah sebuah francais filem terlaris di dunia. Juga, siapa yang boleh lupa lagu temanya yang dicipta dan dinyanyikan oleh Adele juga mencipta sejarah apabila menjadi lagu tema filem James Bond pertama diiktiraf dengan trofi Oscar.


Read more: The Rakyat Post

1 ulasan:

  1. Filem Avatar, Titanic dan trilogi LOTR memang filem-filem kegemaran saya. Tapi saya ni pelik sikit tau. Suka macamana sekali pun, tak suka nak tengok cerita yang sama berulang kali. Rasa suspense tu dah hilang bila dah tahu jalan cerita!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.