MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 2 Mac 2016

Selamat Hari Jadi mak

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni. Semalam hari lahir mak mertua . Anak buah ada kirimkan gambar dekat group whatsup, akak ipar bawa mak makan dekat KFC. Siap kek lagi tu pakej dengan acara suap menyuap. Buat mak mertua lea ucapkan selamat hari lahir. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan sentiasa di dalam keberkatanNya. Jom layan gambar.



Selamat Hari Jadi mak 
Suap jangan tak suap

Naper sofea tengok opah macam tu. Amboi mak..sedap betul ayam KFC tu
 
 Hari ni Adli suami jaga dekat rumah sebab pengasuh ada temujanji di klinik. Abah dan Adli hantar umie pergi kerja hari ni. Hari ni juga Umie terlajak buat pertama kali di bulan Mac. Hahaha. Baru 2hb k. Jadinya takdalah sarapan untuk Adli hari ni. Dalam kereta tadi tanya Adli nak makan apa. Nak makan roti canai katanya. Takpelah nanti bawa abah makan roti canai ye. Dah sampai kedai telur separuh masak abah juga yang di habiskannya.


Umie pulak hari ni beli dekat kawan umie nasi goreng yang diberi nama Nasi Goreng dengan kerabu pucuk paku dan ikan disertakan bersama sambal belacan, sambal hitam dan telur mata kerbau. Sedap juga si bujang Yus ni masak. Rajin betul dia ni kan. Bujang lagi tapi rajin nak berniaga. Tanya dia jam berapa bangun. Jam 4 dah bangun dah. Dia jual nasi goreng, mihun, sandwich. Kadnag-kadang nasi berlauk. Oh ya..nasi goreng Cuma berharga RM3. Penuh satu bekas.

10 ulasan:

  1. Salam Lea!

    Nak sibuk kejap eh. Nanti kita datang lagi membaca. Ni main komen tak baca pun ni ^_^

    Kita tag awak untuk ni ya ~ http://mummydearie.blogspot.my/2016/03/10-things-i-hate-most.html

    BalasPadam
  2. moga mak mertua lea diberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan usia n sentiasa dlm lindunganNya

    syok la adli sesekali abah nye jaga dia pastu blh ponteng sekolah sekali
    pandai adli mkn tlr separuh msk tuh

    *lea, dana ada tag lea utk 5 things i hate most, nnti tgk kt blog dana ek, klu ada kesempatan bt la ek

    BalasPadam
  3. Ingatan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anak-anak itu lebih mahal harganya dari hadiah
    yang berharga ribuan ringgit bagi seorang ibu...

    BalasPadam
  4. alamak lea, teliur tgk kfc tu..baru perasan dah lama rupenye tak makan kfc lieya ni hahaahahahaha.... alhmadulillah nampak sihat mil lea...moga terus sihat dan diberkati Allah taala....

    oo adli suke makan telur half boiled...bagus die...dayyan tak suke.... tapi tang roti canai same laa...mmg peberet die jugak tu heheheeh

    BalasPadam
  5. eh lea, untung laa ade org meniaga mcm tu kan opis.... dpt mkn mknn bersih dan yg penting cukup rase semua....kalo ade kat opis lieya sah2 lieya charted terus tu heheheeheh

    BalasPadam
  6. hapy birthday utk MIL lea..semoga terus sihat n diberi kebahagiaan sama anak menantu dan cucu..mak mertua sy tak makan ayam..so klu nk blanja takbley la p kfc.hehe

    BalasPadam
  7. semoga Mak Lea terus sihat walafiat hendaknya ya
    syukur alahmdulillah mak Lea didampingi anak2 nya yg prihatin

    BalasPadam
  8. Mak mesti gembira Lea bila ada ingatan anak-cucu begitu
    Bukan KFC aje yg buat mak selera tapi kasih-sayang semua itu lebih-lebih lagi.

    BalasPadam
  9. selamat hari jadi buat Opah...moga dikurniakan kesihatan yg baik ya

    BalasPadam
  10. Happy birthday Opah...bestnya ada kek besar makan kfc lagi tau opah yeyyyy...adli sedap ye makan amboiii lupa ke auntie juju ke hehhe...pandai dh makan sendiri...ish Rm3 je nasi goreng murah betul....mana nak dpt harga tu sekarang

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.