MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 15 Mac 2016

Sehari di Sasana Kijang

Assalammualaikum semua.

Pada 8 Mac lepas lea berpeluang mengikuti rombongan pejabat ke Sasana Kijang. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat tempat untuk pejabat lea membuat seminar pada April akan datang. Sambil-sambil melawat tengok tempat tu bolehlah melihat apa yang ada di Sasana Kijang ni. Lea baru tahu kewujudan Sasana Kijang ni sebab selalu kalau pergi KL lalu depan Bank Negara je. Tak pergi pun belah belakang. Di Sasana Kijang ni terletaknya Muzium Bank Negara. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ditempatkan di dalam Bangunan Sasana Kijang yang terletak di Jalan Dato’ Onn dan ianya merangumi empat aras.Ok…Mari lea bawa anda semua ke MuziuM Bank Negara ini. Kita tengok apa yang ada ye.

Galeri Kanak-Kanak

Galeri Kanak-kanak yang ada pelbagai permainan interaktif. Bukan kanak-kanak je kami yang tua ni pun teruja dapat main semua ni. Di sini jugalah terletaknya Terowong Sejuta Ringgit yang mempamerkan wang kertas dalam pelbagai siri dan denominasi. Lea suka sangat dekat galeri ni sebab mata bling-bling tengok duit-duit. Kalaulah duit ni aku yang punya…… Dekat galeri lain takde gambar sebab telefon tak berapa nak canggih jadinya semua gambar gelap sebab cahaya dekat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ini romantik sangat tau. Ok.. layan gambar ye



















Galeri Seni
Galeri seni mengandungi koleksi karya seni visual Bank Negara Malaysia hasil lukisan karyawan tempatan dan Asia Tenggara sejak seawal tahun 1962. Koleksi ini memaparkan sorotan peristiwa penting negara dan merupakan satu cara bank pusat menyokong bidang seni termasuklah hasil karyawan tersohor seperti Mohd Hoessein Enas dan Yong Mung Sen, sehinggalah karyawan-karyawan muda pada masa ini. 

Galeri Numismatik
Terokai sejarah awal mata wang dan kembali semula ke zaman ketika objek dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz diterima sebagai mata wang. Sertai permainan ‘Perniagaan Barter’, ketahui kisah yang mengagumkan di sebalik setiap syiling, artifak dan khazanah menerusi pameran interaktif. Anda juga boleh saksikan pameran mata wang dunia yang menarik.

Galeri Kewangan Dan Perbankan Islam
Terokai konsep perdagangan dan kewangan awal berasaskan Islam, yang bermula di Timur Tengah, dan kemudiannya tersebar ke Eropah dan kini tersebar luas hingga ke seluruh dunia. Konsep perkongsian, penubuhan syarikat, permodalan dan penggunaan cek dalam bentuk kertas adalah antara inovasi yang telah berkembang sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Galeri Bank Negara Malaysia
Ketahui fungsi, peranan dan tanggungjawab utama Bank Negara Malaysia untuk memelihara kestabilan kewangan dan kemakmuran ekonomi negara. Pameran yang bermaklumat dan menarik ini menceritakan fungsi serta sejarah Bank Negara Malaysia.

Galeri Ekonomi
Ketahui bagaimana dasar ekonomi memberi impak terhadap negara dan terokai perkembangan Malaysia sejak kemerdekaan hingga ke hari ini. Selain itu, ketahui juga peranan Malaysia serta pencapaiannya dalam sistem kewangan dan ekonomi global.
  
Satu lagi daya penarik yang ada di Muzium Dan Geleri Seni Bank Negara ini ialah ialah tangga Nautilus yang bermula dari lobi dan berhubung pada setiap aras. Struktur yang menakjubkan ini merupakan ikon utama inpirasi grafik. Ikon ini selalu digunakan dan disebar sebagai bahan komunikasi Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Sebagai elimen grafik, simbol yang berputar menggambarkan keinginian untuk mendalami ilmu tanpa noktah. Rekaan pergerakan ibarat aliran air melambangkan lontaran rasa ingin tahu and sentiasa tertanya-tanya. Pendek kata, pusingan ini membangkitkan perasaan ingin tahu. Lea sempatlah juga ambik gambar dekat tangga ni. Gigih ok naik tangga smapai ke tingkat 4. Lepas tu mengah. Hahaha.




Rugi tak pergi tau. Boleh bawa anak-nak sekali.Lea tak ingat..Rasanya di aras 3 ada koleksi Datuk Lat pelukis terkenal tu. Sekyen Pameran LATerasi Kewangan namanya. LATerasi Kewangan merupakan koleksi lebih daripada 150 karikatur tersendiri oleh Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, yang dimuatkan dalam 14 siri Buku Wang Saku atau Pocket Money Book. Sejak tahun 1999, sebanyak lima belas juta naskhah Buku Wang Saku telah diedarkan kepada murid-murid sekolah, bertujuan untuk menyemai tabiat mengurus wang secara berhemat sejak dari usia muda lagi.














Ok. Bagi yang berminat untuk ke sini. Ni lea sertakan sedikit info.

- Website  MUZIUM DAN GALERI SENI BANK NEGARA


-No Telefon +603 9179 2784



-Waktu Buka

Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang, tutup pada 3 hari pertama Hari Raya Aidilfitri

-Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan.

P/S kalau ke sini jangan lupa masuk tandasnya ye. best....

8 ulasan:

  1. waaaahhhhhhh.......
    manyaknya duittttttt....:P

    BalasPadam
  2. Menarik betul tempat ni, baru tahu, terletak citycentre kan.

    BalasPadam
  3. mmg tak penah tau... menariknya... lagi2 yg terowong sejuta tuh... mmg duit betul semua tu ke duit kertas main2 je?

    org awam mmg blh masuk ke? mcm jakun lak... tingin jgk nk bwk aiyan pi sini

    BalasPadam
  4. Sangat-sangat menarik.
    Sungguh kakak pun baru tahu
    Rasanya utk bawa anak-anak pun satu yg menyeronokkan Lea
    Banyakanya replika duit! Kalau betul dpt kita miliki banyak tu kayo kita Lea:)

    BalasPadam
  5. Laju-laju amik maklumat tu dan terus wasup dekat en. hb.. ;)

    BalasPadam
  6. wahhhh ,,, banyak nyer duit ... duit lama tue pon boleh tengok kat sini kan -_-

    BalasPadam
  7. Wahhh menarik muzium ni.. Tak tau pun sblm ni ada muzium duit.. Harus pergi satu hari nnti.. Thanks for sharing Lea.. :-)

    BalasPadam
  8. Bestnya Lea..
    Anak akak kalau pergi ni..
    Sukalah dia explore tempat ni..
    Akak baru tahu..
    Nanti bawa anak2 pergi lah :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.