MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 24 Mac 2016

Segmen Bersama Jamu Mak Darot - Kawanmu si SUPERHERO

Assalammualaikum Semua.

Rasanya dah ramai teman-teman yang tahu yang lea ni asalnya dari Kuching Sarawak. Berpindah ke sini dengan alasan megikut suami yang asalnya dari Teluk Intan dan menetap di Puchong. Insyaallah 1 Ogos ini genaplah 10 tahun lea menjadi anak perantau dan rasanya akan menetap di sini sampai bila-bila.

Bila dah dok jauh dari Kuching kadang-kadang teringin nak cakap Sarawak. Dekat pejabat lea bukannya tak ada dari Sarawak tapi jarang-jarang jumpa. Jadinya sukalah dok buka pages-pages dekat Facebook yang menggunakan perkataan asli Sarawak dan kadang-kadang lea yang asalnya Sarawak ni pun tak pernah dengar pun perkataan tu. Pages yang buat lea kadadang-kadang tergelak sendiri Pages Jamu Mak Darot. Sekali pandang memang kita ingat Pages ni jual jamu tapi bukan. Pages Jamu Mak Darot bukanlah menjual sejenis produk kesihatan tetapi bakal menJAMU anda dengan Kata2 Nasihat, Kata2 "Nyelak" yang berhemah & 100% ramuannya Bahasa Sarawak.

Lea dah minta izin tuan punya pages ini untuk kongsikan postingnya dekat blog lea sebab lea rasakan apa yang ditulisnya adalah apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Alhamdulillah tuan punya bagi izin dekat lea. Lea kena terjemahkan apa yang ditulis dalam bahasa melayu yang betul sebab Jamu Mak Darot menulis di dalam bahasa Melayu Sarawak.

Jadi kita akan bersama Segmen Jamu Mak Darot ye dalam blog ini. Setia bersama kami setiap khamis jam 1 petang. Jangan ke mana-mana.

Korang boleh Like Page Jamu Mak Darot ni ye. Korang boleh klik link di bawah.




Kamu semua ada tak kenal kawan spesis SUPERHERO. Maksudnya semua benda dia tahu dan dialah yang hebat dari kita semua.


Lea kenal spesis macam ni. Pantang kita bercerita mesti dia pun ada sama dan yang paling penting dia mesti lebih dari kita. Yang bestnya pernah terkantoi tapi tahu sendiri jelah dengan kawan-kawan. Kalau nak malukan dia depan orang boleh tapi kena jagalah air muka dia depan orang. Kita ni kadang-kadang jaga sangat hati dan perasaan orang tapi orang kadang-kadang main lepas je cakap. Bukannya tak terasa hati tapi bila memikirkan dia orang tua, takpelah. Biarlah…tapi sampai bila kan?

4 ulasan:

  1. Orang macam ni dia perlukan perhatian Lea..
    Sebab tu cakap mcm profesor serba tahu :)

    BalasPadam
  2. ehh lieya plak lahir jek kat sarawak lea tapi lepas tu abah transfer kelantan ..anak askar la kate kan, so hidup nomad le pindah2...tapi tak reti ckp sarawak pun...ic jek no 13 ekekekeekek...sekapal le kite lea yeak ekekekeekeke

    BalasPadam
  3. aku suka dgr org ckp sarawak...kat ofis ni ada dua org orang sarawak...kemain lagi dorang speaking....tapi syok la dgr...

    BalasPadam
  4. Baguslah ada yg byat macam ini Lea
    Warisan kena simpan utk anak-cucu akan datang

    Baba manusia macam itu biasalah Lea nama pun manusia banyak ragam
    Cuma sesekali kena juga nasihatkan sebab kesian sampai bila dia nak sedar
    Asal jgn memalukan dia masa menasihatkan sudah..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.