MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 14 Mac 2016

Makan sempena ulangtahun ke 10 perkahwinan kami

Assalammaualikum.

Apa kabar korang? Dihari baru diminggu yang baru. Cepat sungguh masa berlalu kan.

Alhamdulillah. Sempena anniversary perkahwinan yang kesepuluh jumaat lepas, suami dah pesan awal jangan memasak malam tu. Yahoo...lea gantung kuali dan periuk malam tu.

Kat dalam kereta suami tanya Adli nak makan dekat mana. KFC abah…hahaha.itulah dijawabnya. Adli nak makan ayam katanya lagi. Abah tanya umie, umie pulak tak tahu nak makan apa. Macam-macam menu yang keluar. Nak beriani mamaklah, nak nasi arablah, nak makan dekat fish marketlah, burger kinglah, kfc pun keluar juga lagi dan akhirnya kereta berhenti di SECRET RECIPE dekat Putrajaya. Bukan dekat Alamanda. Dekat bawah bangunan kementerian apa ntah. 

Adli, jejak je kaki dalam SECRET RECIPE nampak kek terus menyanyi girang. Happy Birthday to You….hahaha. kek je birthday to you ye Adli. Bising mulutnya nak makan birthday to you. Hahaha.  Lea order fish n chips, suami pulak ayam tak ingat namanya, Adli pulak set untuk kids dengan satu slice kek indugence. Dia habiskan sorang ye kek tu. Umie dan abah minta dia bagi sikit je. Dah tu seti kids tu pun habis juga dia makan.




 

 
 


Terima kasih abah belanja kami. Dalam kereta dalam perjalanan balik Adli cakap dekat abah terima kasih abah belanja birthday to you. Hehehe. Tergelak dengar dia cakap macam tu.

Bila dah sampai rumah, basuh muka, basuh kaki Adli, dia minta susu terus lena. Penat dan kenyang sangatlah tu.


Abang, terima kasih ye belanja umie dan Adli. Sesekali makan macam tu rasa istimewa sangat. Terima kasih untuk sesuatu yang lea boleh kenang sempena anniversary ke 10 ini….

7 ulasan:

  1. Alahamdulillah... barokallah..
    Sepuluh tahun dah ye Lea. Tapi baru satu penyeri:) Bila nak tambah buat teman Adli hihi...
    Semoga pelayaran kehidupan bersama terus dilimpahi kebahagiaan berpanjangang hingga ke syurga abadi. Happy anniversary buat Lea dan suami.

    Adli... auntie pun suka indulgence tau:)

    BalasPadam
  2. Singgah pagi...♥
    Happy anniversary :)

    BalasPadam
  3. sesekali makan2 camni dgn niat meraikan memang happykan...untuk memori hari2 bahagia bersama...Adli dgn Izara sama je perangai...kikiki...pantang nampak kek mesti nyanyi lagu happy besday to you...hahaha

    BalasPadam
  4. Adakala moment macam ni buat rasa diri sangat dihargai.
    Selamat Hari Ulangtahun. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..;)

    BalasPadam
  5. happy anniversary kak lea and hubs. and adli hehe.
    for more years to come! :)

    BalasPadam
  6. happy anniversary kak~~ semoga berbahagia murah rezeki till jannah

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.