MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 29 Mac 2016

Kisah roti telur

Assalammualaikum semua.

Ni ceritanya abah si Adli.

Semalam dia keluar ada perjumpaan persatuan dan memang tahulah dia akan balik lewat. Adli pulak semalam request sesuatu yang lain untuk bekal hari ini.

Adli  :       Umie, esok Adli nak bekal roti, telur goreng masuk
dalam roti letak sos.

Roti memang takde dalam simpanan, telur pun dah habis. Umie sms abah. Ini sms umie.

Beli roti, telur sebab anak nak bekal roti telur goreng esok.

Abah balik dalam jam 12.45 dekat-dekat nak jam 1. Dok kejutkan umie siap cakap abang belikan roti telur. Umie jawablah. Letak je kat dapur esok umie buat. Dia cakap tak payah masak abah dah beli panas-panas lagi.

Hah!! Umie terkejut terus bangun. Rupanya dia beli roti telur. Adui…Dah tu paksa umie makan sebab dia dah salah beli. Dah tu tanya telur kenapa pulak beli. Yelah..petang tadi umie kecoh telur habis.

Abah..abah roti canai telur dibelinya…..Geram dan lucu kini bersatu.


Tapi hari ni sebab terlajak tidur roti telur Adli pun umie tak buat. Maafkan umie Adli. Esok umie buat ye. 

Sian dia tak dapat roti telur. Esoklah umie buat ye Adli

6 ulasan:

  1. kikiki...lain yg di pesan lain pulak yg dapat...takpe sok2 umie buat roti telo special untuk Adli ye :)

    BalasPadam
  2. Hahaha... aduhai abah Adli ni baik hati sangat
    Yelah Lea ni sms pun dah tengahmalam, nak cepatlah tu
    Kesian... nak ikutkan kalau beli telur dan roti lagi cepat berbanding order roti canai telur tu kan. Tapi dek sayang kat bini dibeli juga tak tahu sebenarnya tersilap:)

    Tak apa Adli petang ini mesti ada roti telur special:)

    BalasPadam
  3. umi tuh yg salah... sbb msg abah tak betui...
    ptt tulis roti gardenia keping... ngn telur
    kikiki

    BalasPadam
  4. HAHAAHAHAHA NI kire misscommunication le lea...adoi tegelak2 lieya dibuatnye...sian le adli....haa petang kang balik keje singgah beli roti tau lea..sian anak bujang nak bawak bekal tu.....heheheheeh

    BalasPadam
  5. aku dah agak dah mesti laki ko salah faham punya..sebab aku kalau baca sms ko sekali lalu pun aku faham suh beli roti telur..hahaha...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.