MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 28 Mac 2016

Kejutan untuk abah

Assalammualaikum semua.

Sudah lama lea tak bersiaran. Sibuk sikit. Dah tu kurang sihat pulak tu. Nak buat macam mana kan. Badan pun perlu rehat jugak.

Oh ya 24 Mac lepas kan birthday suami. Suami pada hari kejadian kursus di Bukit Fraser. Petangnya baru balik. Sebenarnya  tak ada buat perancangan pun nak buat kejutan untuk abah. Tapi pagi tu try jelah call kawan yang jual kek. Masa whatsup dia siap tanya ada kek lebih-lebih tak. Tak nak besar sangat. Alhamdulillah..Ada keknya. Black Forest kek. Saiz 5.5 inci. Harga...mampu milik cuma RM35. Yang pasti berbaloi-baloi sebab sedap. Eda Anang kek kamu tidak pernah mengecewakan. Alhamdulillah.

Petangnya bila balik kerja terus pergi supermarket beli paha ayam sebab nak buat chicken chop sebab abah suka makan chicken chop. Bila dah beli semua keperluan untuk chicken chop baru ambik Adli rumah pengasuh. Tak boleh ambik dia dulu karang macam-macam dia nak borong dekat supermarket.

Sampai umah, sembahyang asar dulu dah tu kelentang kelentunglah umie kat dapur. Part nak buang tulang kat paha tulah leceh sikit. Nasib baiklah sos blackpaper dah laju membuatnya dan tak payah tengok resepi dah. Alhamdulillah jam 7 dah settle semua. Abah sampai rumah jam 7.10. Sampai-sampai suruh dia mandi terus. Dia tak tahu lagi ada chicken chop tu.  Kek memang sorok dalam peti sejuk dan yang pasti suami takkan buka peti sejuk sebab dia pantang tak minum sejuk.

Bila tengok chicken chop abah dah senyum meleret dah. Dia cakap dah plan nak bawa umie dan adli makan dekat luar. Takpe...umie cakap. Chicken chop makan kat rumah kos tak sampai pun 20 ringgit. Dekat luar sepinggan mau belas-belas ringgit. Sweetnya bila abah  mengucapkan terima kasih kepada lea.

Tengah dia makan, lea dan Adli keluar dari dapur bawa kek sambil Adli nyanyi Happy Birthday To You. Lagilah abah terkejut. Dah tu cakap lagi terima kasih umie, terima kasih Adli. Adli yang lebih-lebih cakap sama-sama abah. Happy Birthday to you abah.

Tiada apa yang menggembirakan hati apabila melihat orang gembira dengan kejutan yang kita buat untuknya. Hanya sambutan yang sederhana kami 3 beranak. Terima kasih abah atas segalanya selama ini. Terima kasih kerana menjaga kami  dengan baik selama ini.


Happy 35th Birthday Abah.





2 ulasan:

  1. auuccch... i like sgt....
    suweet sgt...

    tgk hidangan ciken cop tuh dh mcm kt kedai mkn... mmg tak pyh mkn kt luar dh puas hati...
    kek tu pun tgk sedapnya... harga pun murah...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.