MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 10 Mac 2016

Catatan Sehari di Fraser Hills

Assalammualaikum. Dah hari Khamis dah kita kan. Sekejap je masa berlalu. Semalam Alhamdulillah berkesempatan melihat Gerhana Matahari. Begitulah kekuasaanNya. Siapalah kita untuk menidakkan kekuasaanNya kan.

Ok..Ni cerita sabtu lepas. Ini memang suami saya punya cara. Kalau nak berjalan tu jom….susah nak plan awal. Suka last minit. Dalam jam 8.30 pagi. Lea tanya apa nak buat hari ni bang. Dia jawab, Jom Fraser Hill.. Lea pulak bila dengar Fraser Hill….Hah!!! Bila nak pergi? Suami cakap dalam jam 9.30. Call akak ipar ajak dia sekali pergi. Dalam hati lea ni kesukaan yang amat sangat sebab teringin sangat nak pergi sini. On the way tu singgah kat Sungai Besi sebab akak ipar dan anak-anak tak sarapan lagi.

Perjalanan diteruskan. Sampai di Bukit Fraser lebih kurang jam 2.30 petang sebab jalan jem sangat-sangat.

Lokasi pertama kami di Fraser Hill ialah Allan's Water. Takde apa pun kat sini. Kalau nak naik bot kayuh tu bolehlah. Takpun bagi ikan makan. Adli pulak kalau boleh nak terjun dalam tasik tu. Tapi masih dalam kawalan lagi. Seronok dia tengok ikan-ikan. Besar-besar ikannya. Cuaca sangat-sangat nyaman hari tu.
 

  
Dekat dengan Allan's Water ada kebun sayur. Boleh beli sayur fresh. Lea beli lobak putih. 8 batang RM5. Bila beli baru dia cabut dari tanah. Akak ipar lak beli baby kalian.RM5 seplastik besar dia dapat. Puas hatilah. Lobak putih bila baru cabut dari tanah ni rasanya kurang sikit pahit. Manis je. Suka..suka….

Lepas tu kita gerak ke Clock Tower. Jom kita bergambar. Wajib bergambar dekat sini sebagai bukti pernah datang sini. Ada empat penjuru jam. Rupanya kami salah penjuru bergambar. Rupanya penjuru dekat tepi baru ada perkataan Fraser Hills. Bergambar lagilah kita ye. Hahaha.

Ada juga budak kecik menyelit







  
Lokasi terakhir kami, The Paddock sebab nak bagi Adli naik kuda. Hahaha. Seronok sangat dia. Teruja betul. Masa tengah pusing-pusing dengan kuda dari jauh nampak dia senyum meleret. Suka sangatlah tu. Tapi tak boleh tahan dan membuatkan lea terkedu bila dia bercerita kuda tanya nama dia. Hah!!Biar betul….. Ok. Bayaran untuk Adli naik kuda hanya RM6.50 untuk satu pusingan. Sekali dengan anak buah RM11.00. Umienya tak berani naik sebab takut naik-naik je patah terus tulang kuda tu kang. Hahaha.





Ok. Dekat jam 5 kita turunlah ye. Singgah juga dekat air terjun yang dijumpa masa nak turun tu. Adli…..ingat berani snagat.Takut juga. Langsung tak nak dekat ngan air terjun. Sejuk katanya. Gigil dia. Hehehe.



Ok. Secara jujurnya Fraser Hill ni kecik je tempatnya. Bukan tempat shopping. Tapi kena dengan jiwa lea yang ada sedikit taman di dalam hati. Sesiapa yang sukakan kedamaian, ketenangan dan kehijauan alam inilah tempatnya. Sunyi dari keriuhan dan kesibukan kota. Kalau diberi peluang lea nak naik lagi kat atas ni. Kalau boleh nak bermalam pulak.

10 ulasan:

  1. last2 minit yg biasenye jadi lea....dirancang2 tu yg tak jadi heheheehe...takpe laa yg penting semua hepi dan bukan diwaktu cuti sekolah ..kalo tak mmg pack le atas tu kan...dgn kat highway pun jem bagai.....

    bagus laa lea suke mkn lobak putih...lieya last makan mase dlm pantang dayyan kot..tu pun kene paksa hahaahaha...tak suke sbb pahit....

    BalasPadam
  2. Sesekali berada jauh dari kesibukan kota.. ai dah bertahun tak ke situ..

    BalasPadam
  3. Seronok lea.. walaupun tak dirancangkan..
    Tapi akak tak tahan baik ffraser ni..
    Jalan putar-putar..
    Buat akak pening kepala..
    Sampai atas terus lembik..

    Bagus lah lea.. bila kita beli baru dia cabut lobak tu..
    Lagi fresh kan..

    BalasPadam
  4. betul kata Lea..siapa suka kedamaian datanglah kesini. ky pernah bermalam di sini..sangat tenang dan mendamaikan. masaalah nya..masa itu susah nak cari kedai makan. lain kali bawa bekalan..hehe

    BalasPadam
  5. tak penah lagi ke sini...kalau time merancang2 tu mesti ada je yg membangkang...yampah...hahaha...wah! Adli dah macam Raju dlm cite upin ipin pulak...bole cakap dengan binatang...dia sorang je faham tau...kikiki

    BalasPadam
  6. Hihi... Adli ni nak auta mama ye:)
    Sebenarnya dia berimaginasi yg kuda tanya nama dia Lea. Bijak betul budak satu ni kan.
    Kakak rasalah Lea dah berbelas tahun kakak tak jejak sana tau.

    BalasPadam
  7. betul...
    kalau nak pegi..pegi je...hihihi..
    kalau rancang lama²..x menjadi..:)
    bestnyer..nieyl x sampai lagi sini...

    BalasPadam
  8. hahahhaha cop! suami mama adli ni sama sgt perangai mcm suami julia...kalau ajak berjalan tu mesti nak last minit hahhahahhaha kelakar tau ke pesen org lelaki gitu...wahh adli naik kuda murah ye harga dia....hebat lah adli tak takut pun naik kuda...kalau Qi entahlah mesti takut yer meraung2 suh turunkan hahahhahaha bestlah fraser hill nanti nak pi la lama betul x singgah sini

    BalasPadam
  9. aku tak pernah sampai lagi bukit fraser ni...sian tak? huhu...takpe, nnt nak ajak jugak laki aku tu...

    BalasPadam
  10. akak pernah kesini dan bermalam 1 malam, seronok juga untuk percutian yang santai tanpa kesibukan, dapat tenagkan fikiran

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.