MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 22 Mac 2016

Budak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 14 - Kenapa lea kongsikan kisah ini....

14, Presint 5, di Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah blok perumahan penjawat awam di Presint 5 di sini, pagi tadi. Difahamkan, kanak-kanak itu meninggal dunia jam 10.15 pagi di Hospital Putrajaya akibat pendarahan dalaman. Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring sambil merengek menahan kesakitan oleh seorang pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Yati di tepi siar kaki kira-kira jam 8.30 pagi. Yati berkata, dia ternampak budak itu ketika sedang menyapu di kawasan tempat letak kereta. "Saya tertanya-tanya mengapa dia terbaring di situ. Apabila dihampiri, saya tergamam melihat muka kanak-kanak itu sangat pucat dan dia merengek seperti menahan kesakitan. "Saya terus memanggil rakan yang berada berdekatan dan mengangkat kanak-kanak ke kawasan berdekatan kedai. "Seorang penduduk kemudian terus membawa kanak-kanak itu ke hospital," katanya.

Sumber: Berita Harian

Kenapa lea kongsikan cerita ini?

1.   Arwahnya sebaya Adli. Semalam balik je ambik Adli beria menangis di dalam kereta.Dok peluk dan cium Adli sepuasnya. Adli pulak tanya. Kenapa umie sedih? Dapat dibayangkan macam mana perasan mak dan ayahnya.

2.     Ayat di artikel di atas … saya tergamam melihat muka kanak-kanak itu sangat pucat dan dia merengek seperti menahan kesakitan.Dapat lea bayangkan dia merengek menahan kesakitan….

Untuk peringatan kepada kita sebagai sebagai ibu bapa.

1.     Jangan tinggalkan anak keseorangan.


2.     Pastikan grill sentiasa ditutup dan dikunci.

1 ulasan:

  1. huurm.. anak kecik sangat tu untuk ditinggalkan.. plus.. kalo katalah terpaksa tinggai sangat.. kuncila sliding door ke pintu ke yg menjurus anak2 buat tah apa2..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.