MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 17 Mac 2016

Bila di dalam dilema. Nak beli ke tak nak beli

Assalammualaikum.

Suami sangat suka makan takoyaki. Dekat dengan rumah ada satu gerai yang jual. Sedap memang sedap tapi harganya 1 set takoyaki ada 4 takoyaki ialah RM4.50. Kalau dah selang 2 hari mesti beli berpuluh ringgit juga sebulan.






Ada dah tengok acuan takoyaki ni dekat Lazada.Harga bolehlah tahan tapi berbaloi ke nak beli? Resepi pun dah google dah. Macam leceh juga penyediaannya. Fikir-fikir baik beli je tak payah nak buat-buat. Fikir lagi sekali baik buat tak payah beli. Boleh makan lebih sikit.




Ku di dalam dilema….



RESIPI ADUNAN TAKOYAKI (26 - 30 biji)
Kredit dekat blog  Norliza Othman

Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 Tbsp tepung jagung 
2 biji telur saiz A (120g)
2 cawan air
1 tsp serbuk stok ayam 
3 tsp kicap cair Jepun/ kicap cair biasa

1. Cuma campurkan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar
2. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut/tiada gumpalan tepung
3. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.  
4. Sediakan bahan lain/inti pula.

BAHAN INTI :
Octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/belut etc (pelbagai variasi)
Daun bawang - hiris nipis
Kobis bulat yang dicincang/disagat..

CARA MASAK :
1. Panaskan acuan takoyaki dan drizzle minyak masak disetiap lubang 
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh
3. Letakkan inti octopus / sotong / udang / fillament crab / sosej/ belut disetiap lubang
4. Taburkan daun bawang dan kobis.  Saya tengok kat stall letak banyak giler kobis
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat 
8. Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan
9. Teruskan sampai nampak garing 
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas


BAHAN HIASAN ATAS :

Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis Japanese - saya guna Kewpie
Ao-nori (serbuk seaweed) - boleh cari di Jusco juga.. 
Katsuobushi /bonito flake (kepingan ikan) - beli kat Jusco bahagian makanan Jepun/Korea

Cara hias :
1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Taburkan serbuk seaweed
4. Taburkan bonito flakes/ katsuobushi

Resipi sos ni saya ubahsuai sikit dari yang jumpa di beberapa blog.  Saya pernah tanya staff kat Aeon Jusco, dia kata "Takde jual sos ni kak..Kena tempah.." 

oooo ok... huhuu...

Makcik saya komen, sos ni lagi sedap dari kat stall takoyaki. Biasanya kat stall cair aje.. dan sos ni sesuai nak buat sebagai perapan ayam ke.. :) 

RESIPI SOS TAKOYAKI / OKONOMIYAKI

1 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap cair 
1/4 cawan air asam jawa 
2 cm halia - tumbuk halus
1 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 cawan gula

1. Campur semua bahan dalam periuk
2. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih
3. Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki
4. Sejukkan sos
5. Tapiskan ke dalam botol sos untuk  mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia)

notakaki
Kalau buat ni guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit.  Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja ye..





5 ulasan:

  1. kalau mmg ada penggemar takoyaki ni, baik beli je lea...jimat...boleh makan ramai2...dan boleh buat berulang2 kali...

    kami anak beranak pulak tak minat takoyaki ni, kalau ada kat pasar malam pun, kami lalu sambil pandang sebelah mata je...hahaha...

    BalasPadam
  2. kalau dah memang ada yang suka, lebih berbaloi buat sendiri, respi pun dah ada tu..mesti sedap buat sendiri

    BalasPadam
  3. Wahhh, dah siap resipi tu, tetiba plak terliur dengan tokayaki ni.

    Sis, nanti jemput join myliferia giveaway ye :)

    BalasPadam
  4. kiteorang pon suka makan takoyaki ni dik...cuma nasib baik la kodainye jauh d pekan jadi memang jarang2 la dapat membeli...kikiki...kalau rase dgn buat sendiri lebih jimat baik buat sendiri di rumah...tapi cam rumit pulak resepinye tu ye...kikiki...orang femalas cam hakak ni memang sume nampak rumit je...hahaha

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.