MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 8 Mac 2016

Bila Adli dapat mainan

Assalammualaikum semua.

Kita sambung cerita ye.

Selepas ambil pisang kami ke Pekan Teluk Intan pulak. Yelah nak beli lauk pauk untuk makan tengahari. Suami pulak nak beli ikan masin katanya untuk bawa balik.

Awat masam je mukanya mak. Penat eh....

Sebelum tu singgah dekat Masjid India, Teluk Intan atau lebih dikenali Masjid Keling untuk mandikan Adli. Mak mertua nak, lea dan suami ikut je. Penjaga masjid mandikan Adli. Sebelum mandi tu adalah doa yang dia baca. Adli….sebaik je keluar kereta, seronok dah. Lea cakap nak pergi mandi. Lagi-lagi dia tengok kolam dekat masjid tu. Dia ingat nak mandi kolam agaknya. Siap cakap tu. Jom umie kita mandi kolam. Bila penjaga masjid tu dah mandikan, dia punya menangis sebab tak boleh mandi kolam. Siap dukung ke kereta sebab dia nak terjun kolam. Untuk apa mandi dekat masjid keeling tu lea tak tahulah. Ikut jelah..orang tua kan.
Awww.Malulah Adli

Dalam kereta memang mengamuk sakanlah Adli. Bila dah balik dari pasar akak ipar cakap. Jom kita g kedai 2 ringgit.Mak yang belikan mainan untuk Adli. Bila dengar mainan tu sejuk sikitlah hatinya. Hehehe. Sampai-sampai kedai 2 ringgit hanya lori tanah dan pengangkut tanah yang dia nak. Mak yang offer senapang dia cakap tak yahlah. Ni je. Hahaha. Dua barang RM 4.24. Satu barang hanya RM2.12 termasuk GST.

Bila dah sampai rumah akak ipar seronoklah dia boleh main mainan dengan pasir. Tak nak masuk rumah. Takpelah nak. Umie bagi peluang. Rumah kita takde tanah/pasir macam tu. Korang tengoklah gelagatnya.






Bila dah tak masuk rumah sampai jam 1 , abah marahlah suruh masuk rumah tidur. Menangis juga. Yang tak boleh tahan tidur siap bawa mainan yang dibeli.



6 ulasan:

  1. Mainan bawak tidur tu biasa tapi bantal peluk tu yang paling lejen.. ;)

    BalasPadam
  2. Hihi... sedapnya Adli tidur. Itulah Lea budak kecik usia Adli ni pun ada rasa aura dlm masjid memang best. Ada rasa seronok tapi sebab dia kan budak mentah yg dia tahu nak mandilah. Cuma tak puas tu yg marah menangis sakan.. kesiaaaann...

    BalasPadam
  3. ala..comelnyer dia..
    tidur pun bawak sekali mainan tu yea.. :)

    BalasPadam
  4. alahai Adli kolam kat masjid tu tak bole nak terojun nak oiiii...hahaha...kalau bole terojun pakcik yg dok mandikan Adli tu dah kuak lentang dulu tau...hahaha...minat sungguh dia kat lori2 cengitu yek...layan kan jelah yg penting dia happy :)

    BalasPadam
  5. tidur bawa toys tu normal la..lepas seminggu tayar kemana lori dah kemana.hehe..adli sorang memang la manja..bg adik kurang sikit la kot manjanya tu.hehe

    BalasPadam
  6. adli2 mcm2 peel dia yek... tp dpt menan terus lupe ngamuk segala yek

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.