MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 16 Mac 2016

Adli ke Pesta Belon Panas


Asalammualaikum semua. Di cerita ahad lepas. Paginya pergi ke Putrajaya sebab nak hantar barang. Kebetulan ada Pesta Belon Panas jadinya Adli dah bisinglah nak pergi. Jadinya abah pun cakap petanglah kita pergi. Adli pantang kita janji dia mesti tuntut janji. Ingat je dia.

Petangnya kita pun pergi.Sampai-sampai mencarilah parking. Dalam 20 minit juga dan Alhamdulillah dapatlah dekat je parkingnya. Adli dah buat drama dah. Dia nak main dekat tempat main kanak-kanak. Lea tak tau namanya tapi macam belon jugaklah sebab kena masukkan angin juga. Sekali masuk RM15.Mainlah sampai puas. Seronoklah dia main sampai lenjun. Basah bajunya dengan peluh. Sambil main pandai cari kawan. Anak mat saleh pulak tu. Entah apa dicakapnya.






Adalah dalam sejam main suami pun panggil dia ajak tengok belon panas. Nasib baik dia nak. Kalau dok keraskan badan lagi memang balik rumah teruslah jawapannya. Korang tengoklah gayanya tu. Suka sangat bergambar sekarang.











Ok Adli. Dah dekat nak maghrib. Kita balik jom. Sampai rumah, mandikan dia sekali lagi, bagi sus uterus lena. Penat sangatlah tu.

7 ulasan:

  1. Adli ni kalau campak mana pun boleh berkawan Lea - bagus mudah berkawan
    Bila sekolah kelak tak ada masalah.
    Dah makin bijak itu yg suka posing - cute aje kan:)

    BalasPadam
  2. Anak-anak memang berpegang dan ingat pada janji yang kita ucapkan.. ;)

    BalasPadam
  3. meriahnye pesta belon panas ni...seronok Adli dapat enjoy melompat2 ye :)

    BalasPadam
  4. Hahaha.. comel sangat.. dah lama takde anak kecil.. seronok bzcz telatahnya.m

    BalasPadam
  5. Sejujurnya, belum pnah gik kmk diat hot air balloon secara live... Huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.