MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 17 Februari 2016

Sedap sangat ke getti tu?

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap semua sihat ye sebab sekarang musim demam sebab ramai yang demam dan batuk-batuk. Kena banyak minum air masak.

Ok nak cerita. Adli adalah peminat nasi lemak. Kalau boleh hari-hari dia nak makan nasi lemak. Tapi tidaklah lea nak masak bagi dia makan nasi lemak hari-hari. Lea Cuma sediakan sambal tumis kurang pedas untuk stok selama seminggu. Adli ni janji ada sambal tumis dengan nasi putih putih biasa pun nasi lemak katanya.

Minggu lepas Adli dok cakap nak makan gettti..getti. Bertukar selera pulak dah? Tak nak nasi lemak dah.Tau spaghetti katanya. Tapi umienya ni pulak malas benar nak buat. Jadinya ahad lepas baru umie buat. Selera betul dia makan walaupun dalam kuah spaghetti tu penuh dengan kobis dan carrot. Lea potong halus-halus. Dah susah sangat makan sayur macam tu jelah caranya nak bagi dia makan sayur. Tak perasan langsung spaghetti dia makan penuh dengan sayur. Ok..Berjaya umie disitu.
  
 Sedaplah sangatlah tu. Makan sampai comot-comot.

 
Adli ni juga jenis susah nak makan buah. Ada buah-buah je dia suka. Yang paling dia suka durian. Tembikai, jambu, lai, pear memang tak masuknya. Dah tu susah nak berak. Bila dah berak siap cakap dengan lea umie, abah bagitahu ni taik batu Adli sebab adli tak nak makan sayur dan buah. Taupun ye. Tapi buat lagi.


Oklah. Lea tinggalkan korang dengan lori sampah Adli. Permainan dia yang termahal setakat ini dan ini pun yang paling bertahan lama. Banyak-banyak mainan dekat AEON IOI Mall Puchong lori sampah yang jumpa. Memang fanatik dengan lori sampah. 

8 ulasan:

  1. Nampak selera sungguh dgn spaghetti Umie masak
    Suka tengok kan Lea bila anak berselera:)

    BalasPadam
  2. takpe lah lea asal dia suke mkn buatkan je...
    aiyan pun suke spageti tp ikut mood jgk... kadang dia bolayan jgk kalu kite msk...

    bdk2 kalu tak comot tak sah kan

    BalasPadam
  3. nmpk berselera adli makan.sesekalo tukar menu western mestilah sedap..anak2 sy suka pulak buah..cuma sayur je memilih..klu sayur yg tak suka tu potong kecik2 pun dikelasnya letak tepi

    BalasPadam
  4. Kita nak komen pasal lori sampah dulu ya ^_^

    Saya rasa memang kebanyakan budak-budak lelaki suka jentera berat kot especially lori sampah ni. Ni yang harga RM89 and above kat Aeon tu ke?

    Anak-anak bujang saya dari si Bubbly Abang sampailah ke Adik Cute ada lori sampah versi beli kat Aeon ni. Memujuk merayu macam nak rak sambil kata nak berlakon jadi 'driver'!

    Anak-anak saya pun suka nasi lemak. Pada mereka, nasi lemak Mommy merekalah paling best dalam dunia ni. Nasinya 'berlemak' (dah tentulahkan katanya nasi lemak!). Takda ayam goreng, sambal tumis pun jadilah. Selalu kalau saya masak nasi lemak, memang pagi, tengahari sampai malamlah kita menjamu nasi lemak aje!

    BalasPadam
  5. Berselera adli ni tau makan getti tu hehhehe ayat baru omeyyy...sekali pandang adli ni macam Qi lah...nak dekat serupa je wajah tu tau gebusss...laaa peminat nasi lemak ke...geng sgt dengan Qi lah jawabnya hahhaha kebetulan sama suka

    BalasPadam
  6. anak dara kat rumah ni pon suka beno makan cam gini...tapi getti tu kene tuko ke makaroni :)

    BalasPadam
  7. Hahahaha...rare tu fanatik lori sampah.

    Senang kalau makan kedua duanya, nasi & western.
    Macam anak kedua saya, hanya nak makan nasi aja...hahaha..so kalau kami makan western ( buat spagetti), tetap la wife saya kena masakkan nasik jugak

    BalasPadam
  8. kalau anak aku si adik pulak, kalau boleh nak nasi goreng hari2...huhu...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.