MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 4 Februari 2016

Mencari ketenangan dan kedamaian hati…

Assalammualaikum semua.

Ah…sudah. Tajuk…jiwang  rock kapak. Best apa rock kapak kan. Jiwang-jiwang. Sampai sekarang pun orang masih minat. Ada tu lagu tak tahu pun tajuk apa penyanyi sapa tapi boleh hafal bait-bait liriknya. Bukan lea je..korang pun gitu kan?kan?kan? Jangan tak ngaku… 
Astaka Morocco pilihan kami pada petang ahad tu. Dengan keindahan taman, kecantikan reka bentuknya disamping air tasik yang tenang sudah cukup mendamaikan hati. Tak buat apa pun Cuma duduk di tepi tasik membincangkan masalah negara yang tiada kesudahannya…


Adli…taman yang luas dan hijau sudah cukup membuatkan peluh-peluh membasahi bajunya. Lenjun anak bujang lea petang tu. Dah masuk kereta bau..jangan cakaplah. Masam-masam pun umie cium jugak. Bau masam tu yang sedap tu. Hahaha.

Adli dengan ibu, kak dila dan umie
Berasa sangat dok dukung Adli sekarang
Petang tu ramai juga yang datang. Adanya siap berkelah di tepi tasik. Masa tu ada satu je pasangan pengantin. Selalunya jumpa dua atau tiga couple. Yelah mengabdikan kenangan kan. Gambar kahwin ni kalau ditengok balik boleh senyum sendiri tau.

Lea dulu bila ambik gambar outdoor korang tahu dekat mana, dekat Muzium Sarawak kami pergi. Ingat lagi bergambar dekat pokok besar dekat situ. Hahaha. Kalau balik Kuching sekarang kalau lalu dekat pokok besar dekat Muzium Sarawak tu mesti lea dengan suami gelak. Hehehe.


Kenangan kan. Nak tunjuk dekat korang takde pulak gambar dekat pokok besar dalam simpanan lea. Nanti godek2 cd kahwin. Korang pulak masa kahwin dekat mana pulak? Mesti tepi-tepi sungai, tasik, hutan dan semak pun jadikan. Janji tukang ambik gambar tu kreatif kan.

5 ulasan:

  1. Outing macam ini memang mendamaikan Lea
    Walau panas tapi banyak pokok dan angin tak rasa sangat
    Kenangan outdoor photo shoot masa kakak kawin dulu tak ada Lea..

    BalasPadam
  2. Mmg best layan lagu jiwang Lea hihi..kenangan mengusik jiwa tu tau.
    Tak pernahlah sampai sini.K ami kurang layan tempat gini Lea. Almaklumlah anak dah besau.

    Ohhh zaman mak dulu tak de photographer proffesional pun, so ambik gambo sekitar pelamin jerlah itu pun anak sedara yg ambikkan

    BalasPadam
  3. hahaha..zaman aku 11 tahun yg dulu takde outdoor photoshoot mcm org sekarang ni...amek gambo kat pelamin je...ekekek...

    BalasPadam
  4. Masa saya kahwin takda lagi outdoor photoshoot macam sekarang ni. Kita bergambar atas pelamin, atas katil, itu ajelah!

    Saya suka pergi ke taman ni. Tenang hati dikelilingi kehijauan. Lama dah tak sampai sini sejak malas nak Putrajaya ni.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.