MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 23 Februari 2016

Ke Paya Indah Wetland

Assalammualaikum semua.

Ni cerita petang sabtu lepas. Sebenarnya rancangannya nak pergi Sabtu pagi tapi Sabtu pagi ke Mydin pulak. Jadinya rancangan nak ke sini kita tunda waktu petang ye dengan harapan tak hujan. Alhamdulillah tak hujan.

Petang tu ambik dulu kaknyah dan anak-anak serta mak mertua dan Adli (balik dari Mydin tak nak balik rumah. Nak duduk rumah ibu katanya) Ok Adli. Boleh buat temankan Risya sebab maknya kerja hari tu. 

Selfie dulu dalam kereta ye.

Sampai ke Paya Indah Wetland dekat nak jam 6 petang. Paya Indah Wetland tutup jam 7.00 petang. Takpelah.Kita pusing-pusing dululah. Yang syoknya boleh bawa kereta pusing-pusing dalam ni.Oh ya..tiada bayaran masuk dikenakan ye Cuma kena mendaftar di kaunter sebelum masuk.

Niat dihati nak nengok hippo tapi tak nampak pulak batang hidungnya. Kita tengok buaya jelah. Terus terang lea ingatkan buayanya adalah dalam 3-4 ekor. Rupanya banyak ekor dengan kolam/tasik yang sangat besar. Besar-besar pulak buayanya. Adli dna Risya teruja betul nampak buaya. Dah tu cakap takut…hehehe.


Nilah rombongan ke Paya Indah Wetland.


Mak mertua dan suami selfie bersama buaya.


Sedikit info tentang buaya


Besar-besar buayanya

Lepas tu kita ke manara tinjau pulak ye. Sebelum ni ditutup untuk penyelenggaraan. Penat juga naik menara ni. Mula-mula tak nak naik tapi bila fikir mesti cantik viewnya tu yang gigih  juga naik tu. Memang cantik pun. Boleh nampak Cyberjaya, Putrajaya, Banting, Dengkil dan semestinya matahari yang perlahan-lahan menghilangkan diri buat seketika.


Tinggi Menara ni. Ada juga budak kecik interframe.



Harus mengambil gambar di atas Menara Tinjau ni.


Terima Kasih Adli sudi bekerjasama dalam gambar ini


Umie dan abah pulak nak feeling romantik kat sini.



Abah pulak nak posing-posing sado kat sini.



Adli dan abah..pandai berlakon ambik gambar tu.

Bagi yang sukakan ketenangan dan kedamaian di sinilah tempatnya. Boleh juga bawa anak tengok haiwan yang ada kat sini. Tumbuhan juga ada pelbagai jenis. 

Untuk maklumat lanjut korang bolehlah ke website ini

12 ulasan:

  1. cantik jgk... tp menara tinjau tuh... takmo la naik mcm tinggi je tuh...

    BalasPadam
  2. Menara tinjau tu yg best Lea
    Kakak terbayang gambar yg diambil dari atas mesti menarik
    Adli tu bukan main lagi:)

    BalasPadam
  3. syok sesekali ke tempat mcm ni kan lia...tgk alam flora dan fauna...ni kalo piknik kat sini pun best..bawak sebakul makanan yg simple2, lepak2 mkn sambil angin...

    alamak lieya ni penggayat...mau dok bawah jek tak naik menara tu haahahahaah

    BalasPadam
  4. Sudah ramai yang bercerita tentang Paya Indah Wetland ni, tapi kakcik belum juga singgah lagi...

    BalasPadam
  5. cantik viewnya dari menara..tp buaya tu mengerikan..

    BalasPadam
  6. rajin nya panjat tangga ;)tang buaya dan feesnya free memang terbaikkk !!!!

    BalasPadam
  7. Masa saya pergi (end of 2014 kot) tak nampak pulak menara tinjau tu. Ke kami yang tak perasan. Puas jugalah meronda kat dalam ni bergambar. Cantik tempat ni tapi sayanglah macam tak begitu terjaga.

    BalasPadam
  8. seronok la Adli dapat tengok buaya bebanyak camtu...free pulak tu kan...berbaloi2 :)

    BalasPadam
  9. Berbaloi la kot,masuk pun free....kalau gi Taman Buaya kat melaka,entah berapa tiket nya....boleh naik menara tinjau lagi....saya nak try la pergi nantibawak anak

    BalasPadam
  10. macam syok jer...

    salam kenal dr alinmarlini.com

    BalasPadam
  11. menarik tempatnya...yg best tu masuk free.hehe..sukalah adli ye dpt tgok buaya..nenek pun kemain selfie ngan buaya

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.