MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 24 Februari 2016

Jom kita kenduri laksa

Assalammualaikum.

Ni cerita ahad lepas. Ahad tu abahnya Adli kerja. Adli pulak demam. Dalam jam 9 lebih akak ipar whatsup suruh datang rumah. Dia buat laksa. Gulp..gulp…automatic telan air liur. Hahaha. Kak Nyah kalau buat laksa sedap wa kata sama lu. Hehehe.

Abah Adli balik dalam jam 5 macam tu. Cakap dengan dia kaknyah suruh pergi rumah, dia buat laksa. Adli pun dah macma ok masa tu. Dalam 6.30 petang tu keluar rumah. Boleh pulak tayar pancit. Nak kena tukar tayar pulak. Tayar spare pulak tak serupa tayar spare sebab kurang angin. Tapi bolehlah bawa ke ke kedai tayar.Nasib baiklah ada kedai tayar buka lagi.

Lepas dah settle semua barulah pergi rumah kaknyah. Dekat nak sejam baru sampai walaupun rumahnya tak sampai pun 5 minit kalau bawa kereta.

Sampai-sampai je terus dihidangkan dengan laksa. Sedapnya…. Mak mertua kat depan pun tak nampak. Siap tapau bawa balik tu. Esoknya dekat rumah perangat balik kuah laksa dan makan.

Yum..yum...

Anak teruna kaknyah pun sama menjamu selera

Nilah tukang masaknya. Sedaplah kaknyah

Telur kuning pun nampak sedap


Terima kasih kaknyah.

Terimalah serangkap pantun dari lea ye.

Terima Kasih Daun Keladi
Nanti Boleh Buat Lagi
Jangan Lupa Jemput Kami

HahahaHihihihi

8 ulasan:

  1. waa nampak laksa tu pun dah menyelerakan.. bestnye..

    Blogwalking sini...

    Jom baca lobak merah bagus untuk kesihatan

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/lobak-merah-bagus-untuk-kesihatan.html

    BalasPadam
  2. Kalau dah makan free lengkap macam ini siapa pun tak tolak Lea
    Kakak baru malam tadi makan laksa tapi beli hihi...

    BalasPadam
  3. sedapnyaaaaaa...
    aku teringin nak belajar buat laksa tapi bila aku fikir kang kalau aku buat laksa, aku sorang je yg makan, better beli je la...

    laki aku tak pandai makan laksa wehh...sedihhh...huhu...

    BalasPadam
  4. sedapnyeeee laksa...ni feberet saya ni...time lepas beranak dulu rase kan main hazab nak tunggu setahun baru dapat makan semula...

    BalasPadam
  5. Oh, saya pun peminat laksa! Dah dua, tiga hari dok fikir kat manalah nak makan laksa sedap. Nak buat sendiri, malas. Nak pergi rumah KakNyah minta nak makan laksa, malu pulak orang tak kenal kita. Hahaha!

    BalasPadam
  6. Bestnya laksa. Kalau kat kampung ni, ada org buat makan ja, mesti anatar menunya laksa. Tapi masa dalam pantang ni, memang lagi menggoda la laksa ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.