MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 26 Februari 2016

Group Whatsup Sekolah Rendah...riuh dan kecohnya.....

Assalammualaikum Semua.

Salam Jumaat. Esok kita cuti. Yahoooo… Esok insyaallah akan ke Teluk Intan untuk menghantar mak mertua balik. Dah dekat 3 minggu dia kat sini. Gilir-gilir rumah lea dan rumah abang ipar.

Semalam dari petang sampai ke tengah malam lea tak berhenti tersenyum dan ketawa. Nka tahu sebab apa? Ada seorang kawan semasa di sekolah rendah buat group whatsup sekolah, jadi addlah kawan-kawan sekolah dulu. Ada yang lea teringin sangat nak jumpa, nak tanya kabar. Sebab masa nak masuk sekolah menengah kami semua masuk laian-lain sekolah. Kebanyakan yang sama hanya di SMK Petra Jaya. SRB Rakyat Tupong memang kenangan terindah lea.

Kecoh dan riuh dalam group semalam. Lea tinggal sekejap solat Isyak ada 300++ msg. Hahaha.Masing-maisng teruja jumpa kawan yang dah 23 tahun tak jumpa. Sampai ke tengah malam lea senyum dan gelak sorang-sorang.



 J Kebanyakan rakan-rakan sekolah lea tak ingat dah. Dah lama-lama tenung muka sekarang baru ingat balik muka 23 tahun lepas. Dah berjumpa dalam group whatsup ni terkeluarlah macam-macam cerita. Ada yang memang kaki gaduh je dulu. Suka cari gaduh. Yang digaduhnya budak perempuan. Tapi sekarang dah polis dah. Zainal…kolah tu ye. Masing-masing je cakap pernah gaduh ngan si Zainal ni. Hahaha.

Yang buat lea gelah si Awang @ Elok masih ingat lea ni pegang pen/pensel lain dari yang lain. Hahaha. Siap tanya ko masih pegang pensel macam dulu kah. Hahahaha. Elok…aku sendiri lupa dah kelainan aku yang ini. Terima kasih keranan mengingatkan.

Korang pegang pen/pensel macam mana? Lea macam ni ye. Boleh ikut?

Geng sama sekolah dulu si kembar Farisah dan Farina, Karmaliah yang bijak, Zainal yang nakal, Awang Abdul Ghani yang sangat slamber, Jaslin teman lea makan waktu rehat, Siti Fairus yang kurus tinggi macam model, Zainon atlit sekolah, Harun yang agak blur2 dulu, Nomet yang ala-ala gangster dulu, Suraya gadis ayu, Hamsiah yang cakap ala-ala manja, Kamaridah yang pendiam orangnya, Aziz pun tinggi mcm model, Rudy budak comel dengan cermin matanya,Normah dengan fesyen rambut mcam-macam, Hafida yang kecoh orangnya….Azza yang lea ingat-ingat lupa orangnya, Haslawati si hidung mancung …. Ada yang masih single ada yang berderet dah bala tenteranya. Proaktif korang ye. Kawan-kawan....aku rindu korang semua.



Harap suatu hari nanti boleh jumpa korang semua. Kalau berjumpa tak tahulah macam mana. Dalam group pun dah kecoh jumpa nanti lagi haru. Takut ada yang cedera kena tepuk dan tampar. Hahaha

8 ulasan:

  1. aturkan la pertemuan ramai2 tu mesti seronok bertukar2 cerita lama...gelak guling2 bila ingat kenakalan masing2 kan... :D

    BalasPadam
  2. Senyum sama kakak baca N3 Lea ni tau.
    Memang kalau dah berWA kisah lama akan ingat balik
    Tu macam Lea pegang pen/pensil memang tak sama dgn cara kakak - patutlah kawan Lea tanya:)

    BalasPadam
  3. aku pun ada grup kawan sekolah...tapi sekolah menengah la...mula2 dorang create grup ni mmg meriah la...berdentam dentum buyi wasap masuk sampai pening aku dibuatnya...hahaha...
    tapi biasalah grup2 mcm ni...mula2 je meriah..lepas tu suam2 kuku...kehkeh...

    BalasPadam
  4. waaa meriah betul ye group.. biasala tu dah lama tk jumpa kan.. hehe..
    lain betul pegang pen tu.. tak kisah pegang cmner pun asalkan selesa bila nak menulis yer..

    blogwalking sini
    jom tambah info untuk ketahui apa itu virus zika?

    https://www.ahmadhasif.my/2016/02/apa-itu-zika-virus.html

    BalasPadam
  5. group whatsapp baru2 memang meriah..lama sikit sunyi sepi.hahaha.

    BalasPadam
  6. Kawan2 lama tak jumpa mmg riuh.. sorang2 tu banyaknya nak update. sampai kena kasi jadual

    BalasPadam
  7. hahah aah la,mmg pelik cara cc pegang pen tu..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.