MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 19 Februari 2016

Cucu baru atok Mail dan opah Biah

Assalammualaikum.

Selamat pagi.

Salam Jumaat.

Alhamdulillah. Adik lea, Mas yang berada di Kuching telah selamat melahirkan anak pertamanya pada Ahad lepas. Tahniah Mas dan Anas.

Atok dan Opah dan ada cucu baru


Puteri sulungnya di beri nama Sofia Insyirah. Cantiknya nama secomel tuan punya badan. Tak sabar maklong nak balik Kuching jumpa anak buah mak long ni. Lea kalau belah lea maklong sebab lea anak yang sulung dari 3 adik beradik. Kesemuanya perempuan. Kalau belah suami pulak makcu sebab suami anak yang bungsu. Anak mak…Hehehe.



Nilah ibu dan ayahnya. Yang perempuan adik lea yang bungsu. Kahwin pada Mac 2014 yang lepas.


Geram tengok baby Sofia. Tak sabar nak gomol-gomol dan cium-cium. Sedap kan bau baby ni. Dengan bau rempah mak berpantang lea suka sangat cium bau kedua-dua tu.


Adli dah ada sepupu baru ye Adli. Mak baru ada 3 cucu. Adli, Medina dan Sofia. Adli juga tetap hero ye Adli. Jangan buli adik-adik dah ye. Mau menjerit je umie bila balik Kuching nanti.
Ni Adli dengan Media. Time ni Adli setahun lebih kot. Medina pulak tak sampai setahun. Sekarang dah pandai jalan. Takut gaduh je nanti. 


4 ulasan:

  1. Pipi pun gebus montel macam Adli jugalah Lea
    Mesti opah dan atok senyum panjang melihat cucu bertambah
    Tahniah dari kakak:)

    BalasPadam
  2. Comelnya baby..umi adli tak nak bg adik betul ke pada adli.hehe..

    Insyaallah adli ok..adli dh besar dh mesti boleh jaga adik2 sepupunya yg dua org tu

    BalasPadam
  3. Adli tetap juara! Oh, cuma ada 3 aje cucu opah dan atok ya! Belumlah kelam-kabut lagi rumah rasanya...

    Tahniah buat adik Lea yang baru dapat anak perempuan tu ya. Bila nak terbang balik ke Kucing menjenguk anak saudara baru?

    BalasPadam
  4. kemain haaa tido sambil kepakkan tangan besar2...lena sungguh tido hehehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.