MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 5 Februari 2016

Buku catatan yang telah lama ku tinggalkan

Assalammualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Hari terakhir bekerja minggu ni sebelum kita bercuti panjang. Ke mana adik-adik, kakak-kakak dan makcik-makcik sekalian? Lea tak kemana pun cuti ni sebab abah Adli kerja. Dok diam-diam kat rumah dengan Adli.

Ok. Nak cerita lea punya perangai satu yang tak boleh buang sejak zaman sekolah lagi suka masuk kedai alat tulis. Kalau dekat Tesco ke Giant ke tempat alat tulislah lea suka pergi. Kadang-kadang walaupun hanya sebatang pen yang dibeli sudah cukup untuk lea sebab dah puas merayau dekat kedai atau area alat tulis.

Lea suka menulis, menconteng, melekat sticker atau apa-apa yang berkaitan. Tapi sejak ada Adli aktiviti berkenaan memang tak buat dah sehingga lea jumpa buku sejarah ini semasa mengemas cabinet dalam bilik. Catatan untuk buku ini lea dah pernah cerita pada tahun 2010 dulu. Ini linknya. Buku Sejarah 

Bila membaca kembali buku ini tersenyum sendiri lea.
 Oh…aku dah pergi sini.
Auw…kurusnya aku masa tu.
Owww.Lama dah pergi sini. Bila nak pergi lagi.
Oooo. Ni budak AF8. Hahaha. (Dulu lea peminat AKADEMI FANTASIA tau) sekarang tak sehebat dulu dah.
Ooooo. Rupanya aku dah g Menara Kuala Lumpur. (Lupa ok)

Itulah omelanku seorang diri bila membaca balik apa yang lea tulis, conteng, lekat dan macam-macamlah. Ekslusif untuk pembaca blog ini lea bagi sikit apa yang ada dalam buku sejarah lea ini. Kalau korang nak senyum, senyumlah. Kalau korang nak gelak, gelaklah. Nak mengata pun lea tak kisah. Hahaha. Ok..layan…..

Tengah mencari ruang waktu untuk mula balik menulis di dalam buku kesayanganku ini.


Melawat Muzium Negara bersama suami. Seronok masa ini.

Ke Menara Kuala Lumpur bersama kawan baik, Kak Ja. Dia sekarang di Kelantan dah. Tahun 2011. Hampir lima tahun lepas.

Semangat cintakan negara semakin kuat di dalam diri setelah melawat Tugu Negara. 
Hahaha. Suka gambar dengan suami. Love..love gitu.

Naik bukit Bendera. 
Yang lea ingat pergi main terjah je ke Penang. Hotel semua penuh. Check in hotel jam 2 pagi. Hahaha. Kenangan betul.Dah ada Adli tak leh terjah-terjah dah.

Ni dekat Muzium Negara juga ni

5 ulasan:

  1. dok umah pun syok lea....lagi2 dgn cuaca panas mendeting nieh.....kalo nak jalan2 pun kene pi mall hehehe sebab ade ekon heheheeh...ape yg penting minum air masak byk2 tau...jaga kesihatan....

    kreatif laa lea...rajin kelebek bende2 gini....lieya ade kawan dulu mcm ni...suke tgk buku scraft die....cute2 n comel2....

    BalasPadam
  2. Tersenyum sendirian bila teringat kenangan dulu.. ;)

    BalasPadam
  3. Ni mmg kategori rajin! Bagus..siap tepek tiket. Kiranya lengkap semua info. Simpan elok2..bg Adli tengok bila dia dah besar. :)

    BalasPadam
  4. mengusik kenangan ;)
    tp saya tak rajin nak buat cam gini

    BalasPadam
  5. Selalunya orang yang suka buat perkara macam ni memang kreatif. Saya pun suka tau masuk kedai buku, kedai alat tulis. Sampai sekarang dah ada anak bersekolah, saya aje yang over-over membeli peralatan sekolah. Anak saya rileks aje. Tiba-tiba masa membeli tu teringat keterujaan kita sendiri di bangku sekolah bila dibawa abah ke kedai alat tulis!

    Dulu saya pun ada habit. Kalau masuk shopping mall, mesti tak boleh keluar dengan tangan kosong. Untuk mengelakkan saya membazir, saya cari dept jual alatulislah lepas tu belilah apa-apa patut. Janji kat tangan ada beg plastik lambang tempat saya masuk shopping tu ^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.