MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 25 Februari 2016

Bila heroku demam

Assalammualaikum.

Salam hari Khamis semua. Apa kabar hari ni? Harap semuanya sihat saja hendaknya. Lea alhamdulillah sihat cuma si kecik lea Adli demam pulak. Dha demam ni manjanya berlebih-lebih. Intonasi bercakap tu manjanya bukan main. Tadi sebelum hantar dia singgah Petronas beli minyak. Jadi tugas suami yang akan membayar dan mengisi minyak. Mem besar duduk dalam kereta.

Ayat Adli pagi tadi

Adli: (Dengan merengek-rengek)
        Adli nak ikut abah beli minyak. Adli nak beli air milo…

Suami cakap masuk dalam Petronas segala mainan dia nak beli. Siap nak beli maggie cup, aiskrim dan biskut macam-macam. Buat drama air mata jugalah dalam Petronas. Yang diluluskan hanya air milo kotak kecik dengan mainan moto 1. Tu pun yang paling murah suami beli. Adli dengan muka masam masuk kereta.



Ni gambar sebelum. Bukan main kamu ye Adli. Banyak-banyak benda penyepit kain juga yang dia main. Mainan dah sebakul besar dah tu.



Ni malam tadi. Korang tengok gambar mula-mula. Nak menangis katanya. Bila dengar bunyi lori sampah terus segar dok melihat lori smapah sampai hilang dari pandangan. Lori smapah pun jam 8 malam baru ambik sampah. Adli boleh tahu tu bunyi dari jauh.

Lepas tu baring balik minta kain kat atas kepala.


Iulah dia Adli Sham. Bila dia demam macam ni sunyi pulak rumah. Yelah dia lemah. Tapi dalam lemah-lemah tu main lori smapah tak lupa k.

10 ulasan:

  1. Kalau anak demam, memang mak susah hati banyak. Mulalah terasa rumah sunyi-sepi tanpa hiruk-pikuk anak-anak. Kasihan Adli, tengah demam ya. Ni kena suruh lori sampah lalu 4,5 jam sekali sehari, barulah boleh kebah demam ^_^

    BalasPadam
  2. sian Adli dah demam le pulak...suka beno dia dengan lori sampah ye sampai bunyik pon dah bole cam..kikiki..semoga cepat sembuh ye hero kecik

    BalasPadam
  3. kmk ada nangga video org share rah fb rah negeri omputeh la. anak nya suka ngan lori sampah. asal melimpas jak nya melambei. yalah driver ya last2 berenti merik toys ngan anak nya hehe. teringat ngan adli ngga video ya :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. sidak lori sampah mun lalu dekat rumah mesti nangga rumah kamek nunggu Adli keluar

      Padam
  4. adli geng aiyan lah... kalu msk petronas ke petron ke tak sah kalu tak ngepau...

    gws yek adli... bg dia mandi ngn air lemon lea... bg dia cpt sihat ngn mandi lemon tau... bauan lemon tuh kn segar

    BalasPadam
  5. Abang Adli Sham...cepat sembuh ye sayang...suka auntie baca celoteh mama dia karang...

    BalasPadam
  6. cepat sihat ye sayang...mmg risau kalau anak2 tak sihat ni...nak kerja pun susah hati...huhu...

    BalasPadam
  7. nanti birthday dia, tempah kek bentuk lori sampah...lori yg bersih macam kat oversea tu...mesti dia suka

    BalasPadam
  8. Alahai kesiannya dia.
    Budak kalau tak sihat merengek biasalah Lea
    Tapi kalau yg jenis diam lagi susah hati sebab kita tak tahu mana yg tak selesanya.
    Harap-harap dah sembuhlah terus hari ini.

    BalasPadam
  9. hehhe peminat tegar lori sampah betul ni..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.