MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 16 Februari 2016

Adli suruh abah tukar tayar kereta hari-hari

Assalammualaikum.

Apa kabar hari ni? Harap semuanya sihat je ye.


Nampak dah muka nakal dia. Kalau ingatkan kenakalan dia ni adui...tak diam mulut umie dibuatnya


Ni lea throwback gambar lama. Masa Adli umur 9 bulan. Time ni bawa mak dan ayah lea jalan-jalan kat Langkawi. Masa ni Adli tak boleh berjalan lagi. Tapi dia geram sangat nak ke laut. Kalau dilepaskan mau merangkak ke laut tu. Bercakap pun tak reti lagi. Bercakap bahasa dia jelah. Sekarang…..

Ada cerita lea nak bagi tahu.

Satu hari di dalam kereta lalu kedai tayar.

Adli          :       Abah tak nak tukar tayar ke?

Abah        :       Kamu ni Adli lalu je kedai tayar mesti nak suruh
Abah tukar tayar. Banyak tul duit abah nak tukar tayar hari-hari.

Pantang lalu kedai tayar mesti suruh abah singgah untuk tukar tayar.

Satu hari bila lalu TESCO

Adli          :       Abah tak nak beli beras ke?

Abah        :       Takkan abah nak beli beras hari-hari. Abah beli
sebulan sekali je Adli.

Pantang lalu TESCO mesti suruh abah singgah untuk beli beras

Satu hari bila lalu kedai mamak

Adli          :       Abah tak nak makan roti canai ke?

Abah        :       Tak Adli. Takkan abah nak makan roti canai hari-
hari Adli.


Yang paling best bila tengok kapal terbang lalu, mesti Adli tanya bila abah nak beli kapal terbang untuk Adli balik Kuching. Tulah. Umie pun nak tanya benda yang sama. Senang umie dan Adli balik sebab nak jumpa atok dna opah. Rindu ni…

6 ulasan:

  1. Hihihi bijak adli buat pertanyaan dengan Abah ye :)

    BalasPadam
  2. Kalau boleh dibeli abah pun nak beli satu kapalterbang utk Adli dan Umie tau hihi...

    BalasPadam
  3. hahaha...lawak la adli ni...tak tahan suh tukar tayar tu...ekekek...

    BalasPadam
  4. hahhahahhahha u make my day lah adli...bijak sgt dia ni tau...tersenyum2 auntie juju baca...takkan hari hari ayah nak beli beras hahahhahahahhahahaaaa adoiii sambung gelak...

    (Nampak tak gaya dia sangat ambil berat, untung mama dia, esok besar dah kerja selalu lah call tanya keperluan ibu dan ayah, besttnyaa)

    BalasPadam
  5. Hahaha...soalan! Memang sakit jiwa raga abah nak menjawab. Soalan standard, jawapan pun standard. Paling tak boleh blah, minta beli kapal terbang tu. Yalah mainan dia murahkan itu kot yang dia fikir boleh tukar tayar dan beli kapalterbang bila-bila suka!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.