MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 1 Januari 2016

TEMPAH BAJU DI LANGKAP PUN BOLEH

Assalammualaikum semua

Lea nak buat iklan sikit ye. Nak membantu perniagaan anak buah dan sepupunya di kampung.

Anak buah suami ni lea pernah ceritakan di dalam entry ini Pengantin Jahit dan Mekap Sendiri. Lea nak bagi tahu Emi dan sepupunya telah pun membuka sebuah kedai jahit di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan. Untuk lebih senang lagi, di Batu 7 berdepan dengan kilang sarung tangan dan sebelah dengan kedai makan.

Bila lea balik kampung lea suka dok menanya kalau ada baju baru yang dia jahit. Tapi ni baru lepas pantang takdelah baju baru. Tapi kedainya dah beroperasi awal Mac hari tu. Emi lebih kepada menjahit manik dan lace dan sepupunya Anis lebih kepada menjahit pakaian itu sendiri.

Mereka juga menerima tempahan untuk baju tunang, akad nikah dan sanding. Masa balik hari tu si Anis tengah menjahit baju pengantin dari Ipoh. Oh ya nak bagi tahu baju nikah dan sanding emi seperti di dalam entry di link di atas dah disewa oleh beberapa pasangan.


Ok. Ni lea sertakan beberapa baju Emi. Cantik-cantik semuanya. Kalau orang tak tahu mungkin orang fikir bajunya dibeli di butik tetapi baju-baju yang dia pakai semuanya dia dan sepupunya jahitkan. Beruntungkan bila orang pandai menjahit sendiri. Macam-macam fesyen boleh dibuat.

Ok...bagi sesiapa di Teluk Intan atau kawasan sekitarnya yang ingin menempah baju kurung, baju kurung moden, dress, jubah, baju tunang, baju nikah dan baju sanding dekat dua sepupu ni bolehlah menghubungi 
Emi ye - 011-16651163 

INI ADALAH KOLEKSI PAKAIAN EMI











Ni Baju Tunangnya

Ni Baju Nikahnya 
Ni Baju Sandingnya 
Gambar kat bawah ni 3 model tak berbayar





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.