MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 20 Januari 2016

Picnic malam di tepian tasik

Assalammualaikum semua.

Ni cerita 2-3 minggu lepas rasanya. Kami biasanya pada hujung minggu inilah aktiviti kami. Keluarga yang duduk berdekatan akan berkumpul dan akan ada buat makan-makan sikit.

Idea ni bermula hari jumaat malam.Kecoh-kecoh dalam group nak picnic malam makan-makan. Hahaha.Picnic malam ok. Jadinya pagi sabtu kena belilah barang-barangnya.Suami bercadang nak buat chicken wing panggang. Jadinya kenalah beli chicken wing ye dak. Cadangnya nak beli dekat supermarket depan rumah tapi ke Mydin USJ ditujunya. Jadinya bawa anak buah dan akak ipar sekali.

Rombongan che yon ke MYDIN. Korang tengok dak Adli. Seksi tul dia g MYDIN. Hehehe. Rasanya di pakai suar bunga-bunga kuning biru. Macam seluar hawaii tu. Hahaha. Kan plan nak ke supermarket depan rumah. 


Gigih suami bakar ayam pada petangnya. Nak bawa tempat bakar ni, takut tak boleh pulak dekat Putrajaya. Kalau Taman Tasik Cyber dah biasa dah kami bakar-bakar ni. Tempat membakar tu cute je tau. Suami buat sendiri. Kecik je nak sumbat dalam bonet kereta yang tak macam bonet. Hehehe. 



Cadangnya kita akan berpicnic selepas maghrib di taman di Putrajaya berdepan betul-betl dengan Pullman Putrajaya. Tak ada apa pun menunya chicken wing bakar dan mihun je. Tapi seronok bila berkumpul bersama macam ni. Seronok..Penuh dengan gelak dan tawa. Kutuk-kutuk lepas tu baik balik. Hehehe.

Anak beranak wefie dulu dalam kereta dok tunggu anak buah bersiap mengalahkan perempuan. Elok je Adli dok peluk abah dan umie.






Lama juga duduk kat sini. Macam-macam cerita keluar. Hehehe. Adli? Jangan ditanya. Dia dah bawa bola satu seronoklah dia bermain. Bila sampai dekat lea, baunya jangan dicakaplah dengan baju basah yang macam orang mandi. Sampai rumah mandikan dia, bagi susu tak sampai lima minit terus lena sampai ke pagi lenanya. Senang kerja umie. Takyah nak buat drama swasta nak suruh Adli tidur. Kalau tak kena menangis dulu baru dia nak tidur.





8 ulasan:

  1. picnic mmg best Lea lagi2 ada chicken wings tu laju je mkn

    BalasPadam
  2. Malam dekat Putrajaya bukan macam malam kat kampung Lea
    Masih boleh nampak chicken wing dan meehoon lagi
    Masih boleh main bola lagi Adli kan:)

    BalasPadam
  3. Masa berkualiti bersama keluarga tercinta... :)

    BalasPadam
  4. Sekarang musim panas Lea..
    Elok juga picnic malam2 ni..
    Sejuk sikit..
    Terliur pulak tengok kepak ayam tu Lea..

    BalasPadam
  5. Dah lama tak buat BBQ with family.. memasing tengah sibuk.. dan dah lama jugak tak ke Putrajaya..

    BalasPadam
  6. Rajinnya korang berpiknik Lea.....yg paling salute, kat cik abg yg sanggup membakar chiken wing tu. Kalau Pak Jilap mmg kurang rajin tu Lea...

    BalasPadam
  7. Lama betul kami tak berkumpul beramai-ramai satu keluarga. Keluarga saya ni besar, kalau berkumpul bersama, memang macam nak buat kenduri. Memang tak senanglah nak berkumpul ramai-ramai. Biasanya dengan keluarga yang terdekat sekali dengan kami.

    Bestkan macam ni. Lepak-lepak. Kutuk mengutuk. Umpat mengumpat. Dah penat, kita bersalam peluk-peluk, lepas tu balik tidur!

    BalasPadam
  8. happy family!!

    suka tgk gamba korang bertiga sefamily tu...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.