MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 20 Januari 2016

Perkara yang kita tak ingin berlaku bila memasak....

Assalammualaikum.

Hari ni bersiaran diwaktu malam pulak ye. Selalu buat autopublish je. Tapi kali ni lea upload terus. Sesekali...

Kami suami isteri baru lepas riuh dengan dak Adli. Senyap2 dalam bilik rupanya dok perabis minyak rambut abah. Bukan sekadar di kepala sampai ke baju dan seluar pun dia sapu ngan minyak rambut abah. Patutlah wangi semacam. Bila dah abah marah boleh pergi kat abah cakap "Adli minta maap bah. Sayang abah" sambil peluk abah. Ayat pemanis Adli bagi orang hilang marah di hati.
Budak nak belajar ABC katanya..

Tetap nak susu 

Selepas dok habiskan minyak rambut abah



Banyak dah melalut ke lain. Mari kita ke tajuk asal ye.

Semalam punya cerita.

Dari dekat pejabat dah berangan nak masak ikan kembung masak asam rebus letak tomato, bendi tumis belacan. Sedapnya. Tapi bila masak penyakit malas tu ada sikit dengan bendi sekali lea masukkan dalam asam rebus kembung.Sebab apa? Malas nak buat rencah untuk tumis belacan. Hehehe. Yang best tengah siang ikan suami cakap.Ikan potong dua. Senang nak makan.Jadinya cuma satu menu je semalam.Lea cakap dekat suami menu 2 in 1. Ada ikan ada sayur. Suami cakap oklah tu. Jimat gas. hahaha.


Cerita petang tadi.

Dekat pejabat dah berangan nak buat ayam masak kicap. Dah tumis semua rencah baru tau kicap habis. Uwa... nak buat apa ni? Lastnya letak je kicap cair dan letak sos tiram sikit. Tapi warna tak hitam pulak. Pucat je. Tengok ada sayur campur letak sayur campur sikit. Letak lada hitam sikit. Bila dirasa ...hmmmm sedap jugak. Bila hidang suami tanya resepi baru ke? Aáh. Suami rasa dan cakap sedap. Hahahaha.



Bila masak yang lea  tak suka bila  plan lain jadi lain. Tak syok betullah. Dah tu tiba-tiba vitamin M datang. Memang malaslah jadinya. Dan paling tak best bila bahan habis kita lupa. Nak kuar membeli memang taklah.  Nak suruh cik abang sian pulak dia pun baru balik kerja. Jadi guna apa yang ada dekat rumah. Kalau betul gaya sedap jugak. Macam kes lea memang betul gayalah walaupun penyakit M datang dengan bahan takde kat umah. 





9 ulasan:

  1. bila masak bahan sik cukup yalah molah mood ilang koh hehee

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..
    Hihihi kelakar tengok gaya Adli..
    Comel jer..

    BalasPadam
  3. ya Allah lea...teliur tgk asam rebus lea tu....dah le puase nieh...ni rase2 mcm nak masak asam rebus balik keje kang utk buke...tapi tak syok gak sebab bendi takde stok...so proceed jugak le masak nasi lemak ajek balik kang...senang sikit keje kekeekekekekek..buka nasi lemak kompom tdo awalll malam ni lieya ni eheheheheehe

    adliiiii...pandai pujuk abahnyer...tak jadi nak marah lepas main minyak rambut yeak.....budak2 mmg bikin kite cair lea kalo pandai pujuk2 mcm adli ni heheheeheh

    BalasPadam
  4. Sama lah mcm akak ...
    Kekadang kita masak bahan tak cukup itu lah yg jadi sedap lea..
    Lama akak tak masak ikan kembung rebus ni..
    Macam nak buat jer balik ptg ni..

    BalasPadam
  5. Hehe..okla tu. Boleh jd chef..sbb pandai olah resepi lain. :D

    BalasPadam
  6. Assalam. Memanglaaa.. kalau masak bahan habis.. kelautla jadinya mood.. hihi

    BalasPadam
  7. perasaan bila nak masak nasi, tapi baru perasan beras dah habis T_T haha

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  8. Sama macam anak bujang saya tau. Kalau buat salah dan kita marah, terkebil-kebil mata dok perhati kita. Bila nampak macam kita dah cool, mulalah datang mengendeng sambil minta maaf. Uish, tak boleh tahan! Tak boleh sambung marah jadinya!

    Stresskan bila dah plan macam-macam tetiba dapat semacam aje sebab itu takda, ini tak cukup. Kalau sayalah ditambah dengan penyakit M, terus saya ajak keluar makan. Malas dah nak fikir nak ubah style macam mana resepi tu!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.