MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 7 Januari 2016

Malam tahun baru kami di Taiping

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap semuanya sihat ye. Lea hari ni MC. Dok rumah diam-diam. Batuk sampai hilang suara dengan tekak dah bengkak dan tonsil lagi. Nak marah Adli, Adli gelak sebab suara umie dah macam suara kartun.. Semalam dekak pejabat pun memang tak larat dah. Petang balik kerja pergi klinik doctor bagi MC suruh rehat betul betul dekat rumah.

Lea mulakan perjalanan kami ke Langkawi yang bermula hujung tahun lepas sampai 4 Januari lepas ye. Trip ke Langkawi ni dah dirancang hampir dua bulan. Saja nak berjalan bawa Along yang tak pernah ke Langkawi.Adiknya along, Adik dah sampai ke Langkawi. Jadi pelancong sebenar adalah Along. Kami tukang bawa jelah ye.

Kami bertolak pada petang rabu 30.12.2015. Destinasi pertama Teluk Intan, Perak. Nak melawat mak mertua yang baru lepas kuar hospital. Mak mertua masuk hospital pada pagi Isnin dan keluar pada petang selasa.Kami bermalam semalam di Teluk Intan.

Esoknya kami ke Taiping pulak sebabnya Encik Suami nak jumpa abang yang lama dah tak jumpa. Yelah jumpa bila giliran raya bersama di Teluk Intan ataupun ada kenduri keluarga. Sebenarnya lea suka pergi Taiping. Lea suka dengan suasana Taiping. Ingat nak naik Bukit Larut tapi abang ipar cakap cuma boleh naik waktu pagi je.Ok...lain kali jelah naik. Petangnya kami pusing-pusing Bandar Taiping. Adli sibuk betul dok tanya bila jumpa satu-satu bangunan.Letih sekarang nak menjawab semua pertanyaan dia ni. Banyak tanya pulak anak umie ni. Tapi seronok melayannya.Pasti umie akan rindu semua ni Adli bila kamu dah besar nanti.

Balik-balik dari pusing-pusing isteri abang ipar tengah mencucuk sate. Siap ada ayam yang telah diperap. Rupanya untuk bakar-bakar malam tu.   Kami bercadang untuk bertolak ke Kuala Perlis  malam tu sebab tiket feri pada jam 8.15  pagi 01012016. Kak Su siap goreng nasi goreng cina, ada sate, ayam bakar dan sosej bakar. Seronok bila makan ramai-ramai macam ni. Terima kasih Abang Rahman dan keluarga. Terharu pulak dengan layanan yang mereka berikan.

Biras lea @ Kak Su tengah mencucuk sate

Dah siap dah

En. Suami sedang sediakan tempat membakar

Nasi goreng cina yang sedap

Sibuk je along tu ambik gambar

Suasana yang meriah malam tahun baru


Sate yang menunggu untuk dibakar

Dah bakar dah

Adik dan abang ngah


Buat apa tu? Msg awek ye?

Tengok budak kecik yang tak mandi lagi. Nak air je. Makan tak nak

Dengan abang irfan, Anak bungsu abang ipar. Montel betul kamu sekarang irfan. Dah besar dah. Masa makcu masih berkawan dengan acu kamu baru lahir, Sekarang darjah  4 dah.

2 ulasan:

  1. musim skrg nih, lg lah ngn cuaca panas gini... mmg blh kene tonsil sgt nih
    rehat lah yek... adli bt apa pun tgk je jgn marah2 hehehhe..

    seronoknya tgk cuti jln2 dia.... ada sate2 lah mcm2 lah

    BalasPadam
  2. sedapnya sate...

    get well soon my dear...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.