MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 14 Januari 2016

Kasih sayangnya Adli

Assalammualaikum semua.

Nak cerita sikit pasal dak Adli ni. Adli seorang yang sangat rapat dengan abah. Dengan umie pulak disaat memerlukan sahaja bila dia dimarahi abah. Mungkin umie ni garang dengan dia kot.

Apa-apa semua abah.

Buat susu Abah
Basuh yak-yak Abah
Tido nak peluk Abah je
Bila cium pipi umie dan bah , abah wangi ..umie busuk sedangkan umienya wangi tu lepas mandi.

Tapi lea tak kisah sebab…

Bila lapar …umie nak makan
Bila nak tido …umie nak cerita pada suatu hari
Bila nak tido … umie nak baca doa

Ada masanya dia akan mencari umienya juga.

Mungkin dia rapat dengah abah sebab lelaki sama lelaki lebih memahami. Main pun main kasar dengan abah. Abah boleh layan dia jadi ultraman.Abah jadi raksasa. Umie ni lembut orangya. Ahakkkkk..larikkk…puji diri sendiri sekali sekala.

Bila bila ada masanya

Adli datang dekat lea dan peluk sambil cakap sayang umie……
Adli datang dekat abah dan peluk sambil cakap sayang abah….
Tengok…Adil juga dak Adli ni. Hihihi.

Saja cerita di pagi khamis. Takde beza pun umie dan abah kan. Sama saja kasih dan sayangnya. Cuma cara dia nak tunjuk kasih sayang tu lain.

Apa-apa pun umie dan abah sayang Adli

Gambar dengan abah...........




Gambar dengan Umie

Pakai cermin mata terbalik

Elok pulak bergambar dengan umie kali ni 


9 ulasan:

  1. tu yg dipanggil anak bapak tu lea ekekeekeke...sebijik sejibon perangai dayyan la nie..semua nak papa nyer..... lieya okey jek hahaahahah....tak kisah pun...pi lee kat papanyer...yg pasti nak tdo cari mamanye jugak...nak kene gomol2...usap paler....heheheeheheh

    BalasPadam
  2. anak abah la nih... org2 selalu ckp anak lelaki rapat ngn emaknya... anak pempuan ngn abahnya tp tak jgk... adli mcm aiyan jgk kot... rapat ngn papa

    tp ada masa dia nk mama, tp selalu kalau papa takde baru aiyan cari mama... sbb mama dia garang tak mcm umie adli yg lemah lembut hehehhe

    BalasPadam
  3. comelnya Adli...bagus macam tu...dua2 ada peranan masing2...ada bahagian abahnya...ada bahagian umienya..

    BalasPadam
  4. Sebenarnya jelas Adli sayang keduanya
    Dia pun tahu mana yg patut dgn abah dan mana yg patut dgn Umi.:)

    BalasPadam
  5. takpe le kire kongsi2 gitu...kang di suruhnye semua ke mak time peluk2 je pi ke bapak nagis hujung tangga nanti...kikiki

    BalasPadam
  6. Sekali imbas...adli ni mcm seiras dengan anak julia si Qaiser ilman tu tau...badan gebus...muka comel...alahaiiii tu sebab dia rapat dengan ayahnya...geng!

    BalasPadam
  7. Jangan bimbang, walaupun mulutnya kata sayang abah lebih, dalam hati mesti sayang umi lebih. Apa-apa nak, semua suruh umikan. Anak-anak saya pulak semua lebihkan Mommy tapi sebab takut Daddy merajuk, kenalah fikir dulu sebelum menjawab 'Sayang siapa lebih?' Hahaha!

    BalasPadam
  8. ada masa anak2 nak dengan kita.. ada masa babah dicariknya.. tapi mulut bising kita ni jugak yang dorang rindukan.. hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.