MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 12 Januari 2016

Island Hoping - Adli 1st time pergi

Hari kedua memang aktiviti kami Island Hoping. Nak bawa Adli naik bot ke Pulau Dayang Bunting, tengok helang makan dan ke Pulau Beras Basah. Kami ambik pakej dekat Sweet Inn je. RM30 dewasa dan Adli pulak RM20. Janjinya van akan ambik jam 9 pagi.


 Adli…8.30 dah siap sedia dah. Siap ngan baju renangnya. Semangat betul ye li. Van ambik dalam jam 9.15 pagi sebab hari tu syarikat mereka ada 70 orang yang nak Island Hoping. Ok dah masuk van dah.Sampai dekat jeti tak smapai 5 minit terus boleh naik bot. Terbaiklah servise mereka. Adli sangat-sangat exited bila pertama kali naik bot.





Ini kali ke3 lea ke Tasik Dayang Bunting. Tak pernah lagi mandi/berendam dekat sini. Nak turun je ke tasik mesti rasa takut tu kuat. Tapi Adli…nilah kali pertama baginya. Tak sabar-sabar nak berendam. Suami sewakan jaket keselamatan untuk Adli dan umie dengan harapan umie boleh masuk ke kolam kecik dan abah pulak boleh berhuha dengan adik dan along. Tapi umie tidak mempunyai keberanian itu. Umie hanya boleh duduk ditepi-tepi je. Umie sangat takut ok. Minta maaf abah.




 

Ke Tasik Dayang Bunting ni satu je kena berjalan jauh ke dalam. Kena naik turun bukit yang bertangga sangat-sangat menguji orang yang berbadan besar seperti umie. Hahaha. Tak malu mengaku k. Mengah dibuatnya. 3, 4 kali juga berenti. Bila nak keluar dari Tasik Dayang Bunting cakap dengan suami ayang jalan dululah. Hehehe. Kita ke tempat helang makan.







Bila tengok helang makan Adli seronok betul. Tu abah burung…makan…besar..Mulut dia saja. Dias orang pun yang kecik dalam bot tu.

Sampai ke Pulau Beras Basah tengahari dengan cahaya matahari memancar-mancar. Time tulah nak berendam. Tak kira nak main laut juga. Berendamlah ngan dak Adli. Muka memang dah rasa terbakar betul masa tu. Tapi tak kisahlah sesekali bukan selalu..Gambar? Memang takde. Telefon dalam beg. Malas nak kuarkan. Hehehehe. Memang cuci mata betul dekat sini dengan mat sallehnya yang berbikini dengan macam-macam warna. Hehehe.

Kami balik dan sampai bilik lebih kurang jam 1.30 petang. Mandi dan bersihkan diri. Siap-siap buat Maggie cup dulu sebelum suami kuar cari makan. Balik2 suami bawakan nasi ayam. Sedap nasinya. RM5 dan kira murahlah di area Pantai Cenang.Makan, sembahyang dan tu semuanya membuta sampailah ke petang. Penat betul rasanya.  


Bermula dari situlah kaki mula sakit dan jalan macam robot.

5 ulasan:

  1. Tak pernah sampai ke situ lagi Lea, Lea 3 org ok lagi kot, mak ni sampai 5 org berpeluh jugak tu hihi

    BalasPadam
  2. Seronoklah saya tengok gambar orang bercuti di Langkawi. Saya tak lepas-lepas lagi ni nak pergi. Gigil-gigil dah tangan dan kaki ni tapi masih lagi tak dapat 'approval' bos besar ^_^

    Saya ni malas berjalan. Kalau kena jalan kaki lama-lama, memang sayalah yang surrender dulu. Tapi kalau setakat jalan-jalan shopping, itu tahanlah sakit kaki ke apa!

    BalasPadam
  3. aku dulu sampai tasik dayang bunting pun tak mandi jugak..bukan sebab takut ke apa..sebab malas nak tukar2 baju bagai..hahaha...

    BalasPadam
  4. bila lah kaknoor nak sampai sini tak tau lah Lea huhu sedih dok jauhs ngt ni

    BalasPadam
  5. wah! cam best je...sepatutnye hari tu kiteorang pon berangan nak pi island hoping tapi kensel saat akhir... malas nak basah2 kan baju bajan bagai sebab esoknye pepagi dah nak balik melaka...inshaa Allah lain kali...beraninye Adli mandi dlm tasik ye ^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.