MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 21 Januari 2016

Hasil rembatan di jualan gaji dekat ofis

Assalammualaikum

Bersiaran diwaktu rehat pulak ye.

Hari ni kan gaji untuk orang kerja kerajaan. Jadinya dekat opis lea ni kalau gaji mesti ada jualan pada khamis dan jumaat. Semua barang ada dijual. Pakaian, tudung, baju kanak-kanan, minuman dan makanan pun ada.

Jadinya makcik lea hari ni pun sama-samalah pergi jualan untuk menghabiskan duit gaji yang tahun lepas pun tak habis..Hahaha.Yelah tu lea. Ok. Lea keluar jam 12.50 jam 1.10 dah sampai opis balik.

Korang nak tahu lea beli apa? Kalau ikut tajuk entry bukan main banyak barang yang dibeli kan.

Ok..lea beli benda-benda ni je.

Tapai dan air green tea yang lea teringin sangat nak makan. Lea adalah peminat tapai. Kalau kat Kuching ada tapai nasi. Tu yang lea rindu sangat nak makan. Ni ada tapai pulut pun ok. Janji ada rasa tapai. Green tea pulak teringin tengok bos lea minum green tea bulan lepas. Dalam bekas yang paling besar pulak tu. Hehehe. Tu yang gigih beratur tu. 
Harga?
Tapai - 5 RM2
Air Green Tea - RM3

Ni memang wajib lea beli kalau pergi jualan. Baju dak Adli. RM5 je sehelai. Untuk pakai  hari-hari. Cukup 2 bulan memang warna akan pudar dan kartun-kartun tu pun dah hilang coraknya. Lea beli setiap 2 bulan sebab dak Adli ni semakin besar. Sekarang dah pakai budak 8 tahun punya saiz baju. Debab sangat. Ni dah susut sikit. Tak nak makan sangat.Seronoklah dia kalau tengok baju baru. Dan-dan tu juga nak pakai.

Jumlah perbelanjaan lea hari ni RM15. Hehehe.Berjaya mengawal nafsu dari beli benda yang merapu. Hehehe. Oklah. Jom solat Zohor. Dah azan tu....

8 ulasan:

  1. Ini dikatakan berhemah dan bijak berbelanja Lea.

    BalasPadam
  2. Kalau ada jualan baju anak-anak, memang mak-mak akan teruja untuk membeli jika bersesuaian.

    Makanan juga antara yang laris... :)

    BalasPadam
  3. lebih kurang mcm kat opis lieya laa ni lea....tapi tiap ari jumaat ajek laa mmg ade jualan....selalu geram beli baju2 budak2 le...lagi2 saiz mcm dayyan ngan adli nie....ade plak baju2 karakter katun peberet dieorg....lagi laaaa gile membeli hehehehe

    BalasPadam
  4. pandai diorang berjualan time2 gaji yek...mesti laku punye la...dan nasib baik gak bijak mengawal nafsu membeli kalau tak mesti terbeli barang2 yg tak perlu...tapi kalau dah ada jual makanan cam tapai sume tu mana bole tahan kan...kikiki

    BalasPadam
  5. murah la air green tea cc beli RM3. iza beli kat depan sikit tu rm4 tapi cup besar sket..hehe

    BalasPadam
  6. sedapnya green tea tu...terliurrrr sangattt...

    BalasPadam
  7. tapai nasi? blom pernah makan lagi. selalunya tapai pulut dengan tapai ubi je

    BalasPadam
  8. Bijak yerk orang berniaga. Time gaji aje buat jualan mega sale gitu. Kita pun berbelanja mega-mega juga kekdahnya. Hehehe!

    Laa.. tiba-tiba teringin nak makan tapai ubi. Hari tu baru makan tapai pulut. Itulah, siapa suruh tunjuk gambar dah tetiba ingat tapai pulak!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.