MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 5 Januari 2016

Entry Pertama 2016




Assalammualaikum semua.

Apa kabar? Harap semuanya sihat. Lea baru masuk kerja hari ni selepas bercuti pada 30.12.2015 hingga 04.01.2016. Ke mana lea? Lea pergi Langkawi bawa Adli mandi laut. Jauh betul mandi lautnya… Selepas macam-macam dibuat tahun 2015 hujung tahun curi sikit masa nak bercuti. Nak tenangkan fikiran katanya. 30.12-04.01 lama tu kan.. Dekat Langkawi Cuma 1-3.01.2016 je. Yang lainnya ke Teluk Intan rumah mertua, ke Taiping rumah abang ipar tidur kat Kuala Perlis, tidur kat Arau, pergi ke Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. 04.01.2016 dari Bukit Kayu Hitam singgah pulak rumah mertua di Teluk Intan hantar barang. Banyak betul tempat dijalannya.

2015. Macam-macam yang berlaku. Ada yang sedih, ada yang gembira. Biasalah kan. Asam garam kehidupan. Kalau takde semua tu tak seronok juga. Macam takde perasaan je dah.

Adli…
2016 ni akan berusia 4 tahun. Pagi tadi semasa suami menghantar lea ke tempat kerja, lea cakaplah bang..tahun ni tahun terakhir kita berjalan waktu orang kerja. Tahun depan dah takleh dah. Adli dah sekolah. Suami tepuk dahi dan cakap..Besar dah anak kita. Sekejap betul masa berlalu. Tahun depan nak sekolah dah.Rasa tak percaya kan.

Oklah.Lea tinggalkan korang dengan sekeping gambar dak Adli ni. Dekat Langkawi lea duk area Pantai Chenang. Adli celik je bijik mata “Umie..mandi laut” Layan jelah. Memang dia suka mandi laut ngan main pasir. Takleh nak larang dah…. Cerita Langkawi nanti update.






5 ulasan:

  1. selagi belum msk darjah 1 blh lg jln2 sana sini situ hehehe....

    syok nya dia jln2 cuti akhir tahun sampai nun ke langkawi

    BalasPadam
  2. selamat tahun baru .
    ain datang singgah dan follow sini
    selamat berkenalan ! :)

    BalasPadam
  3. Ala... sedeh nya dah taun depan sikpat time2 biasa gk. dah besar dah nya lok... semoga makin menjadi anak yg soleh~~ havefun in 2016 deng.

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru, Lea!

    Bila masuk tahun baru, tengok anak-anak dah meningkat usia, memang terasa diri pun dah tua ^_^

    Jauh juga perjalanan sampai ke utara. Banyak tempat persinggahan. Tentu makpak pun seronok juga ni...

    BalasPadam
  5. Moga 2016 ni lebih menggembirakan kita semua.. ;)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.