MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 13 Januari 2016

Cucu Umie Dan Abah, Anak buah Adlilah...

Alhamdulillah.



Cucu lea bertambah seorang lagi. Cucu perempuan juga. Hehehehe. Umur 35 tahun dah dua cucu lea k. Ini bermakna Adli dah ada anak buah baru.

Wan Nur Aina Sofia cadangnya nama nak diberi. Lahir pada 5 Januari lepas. Birthday awal tahun cucu opah ni. Lea diberi gelaran opah cu ye. Sebab suami adalah anak yang bungsu. Hahaha.

Buat Emi dan Wan tahniah makcu ucapkan. Dah jadi ibu dan ayah kamu ye. Jagalah amanah Allah ini sebaiknya. Tidak semua orang berpeluang untuk mempunyai rezeki yang dinamakan zuriat ini. Kamu adalah mereka yang terpilih. Didiklah dia menjadi seorang yang berguna untuk orang tuanya , agama dan bangsa suatu hari nanti. Bekalkanlah dia dengan ilmu dunia dan akhirat secukupnya kerana kehidupan di masa hadapan adalah sesuatu yang sangat mencabar. Hmmmmm. Opah cu banyak cakap pulak ni.

Tak sabar opah dan tok nak balik kampung jumpa cucu opah yang comel ni.


Oh ya..kalau korang lupa lea pernanh ceritakan perkahwinan meriah mak ayah Wan Nur Aina Sofia di blog lea ni. Ni lea bagi link. Comelkan dia? Macam ibunya.

Ni linknya


8 ulasan:

  1. Alhamdulillah...

    Semoga sikecil ini membesar dengan sihat dan sempurna serta bakal jadi muslimah yang solehah lagi cerdik... :)

    BalasPadam
  2. Tahniah Lea dah naik pangkat! haha... Adli dah jadi pakcik hihi.. kelakar pulak kan. Tapi betullah kalau ikut susunan gitulah jadinya.

    BalasPadam
  3. ala tiutt nye Lea
    alhamdulillahhh sambut org baru

    BalasPadam
  4. Moga sihat dan kuat ibu dan anak hendakNYA..
    sukanya bau baby.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...comel sangat!!
    rasa nak peluk2 cium2!

    BalasPadam
  6. Tahniah ye Lea dpt cuvu lagi...Gitulah kalau jadi menantu bongsu, mmg ramai le cucu cicit piut ni hihi

    BalasPadam
  7. Tahniah Lea dah bercucu ^_^ Tahniah juga pada ibubapa baru ni. Comel alahai baby baru lahir. Geram menengoknya!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.