MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 28 Januari 2016

Cerita di pagi khamis

Assalammualaikum semua.

Apa kabar hari ni? Harap sihat adanya.

Pagi ni boleh terbangun jam 5.30 pagi. Selalu jam 4.45 pagi dah bangun dah. Siapkan bekal abah, umie dan adli. Adli sekarang nak bekal jugak dah. Dia dah tahu dah ambik bekal dia. Masuk dalam beg dan beg dia sandang dekat bahu. Comel je nengoknya. Makan tak makan belakang cerita. Pengasuh cakap ada yang dia makan.Ada yang dia makan sikit. Ikut mood dia jelah.

Abah memang bekal. Abah cakap seronok je bekal. Duduk kedai order air je. Jimat sangat katanya. Dah tu sedap. Hahaha.Puji bini nampak. Umie memang untuk sarapan bekal dan untuk lunch juga bekal. Memang jimat sangat bila bekal ni. Selalunya lea budget RM50 seminggu untuk sarapan dan makan tengahari. Tapi kadang-kadang RM50 tu tak usik pun. Sesekali je dok beli buah-buahan.

Adli pagi tadi liat betul nak bangun. Malam tadi entah jam berapa baru tidurnya. Dia sekarang tidur kat bawah. Tak nak tidur atas katil dengan abah dan umie. Memang disediakan satu tilam kat bawah. Kadang-kadang kesian juga tengok dia sorang-sorang tidur bawah. Cakap juga kat dia nak umie dan abah tidur bawah ke peluk Adli. Taknak. Tak yah kacau adlilah umie. Adli nak tidur. Aduh..menjawab betul  dah sekarang.

Pagi tadi suami alihkan dia tidur atas katil. Lepas tu suami cakap kita nak gerak dah ni. Jom Adli. Tak menjawab. Bila ditanya nak naik motor dengan abah ke nak naik kereta dengan umie. Boleh pulak menjawab naik motor. Tapi tak bergerak juga tu. Lastnya.Abah nak pergi dah li naik motor. Kelam kabut bangun..takut kena tinggal.

Gelagat dak Adli ni memang kadang-kadang buat lea gelak dekat rumah. Dia juga buat kita marah. Tapi pandai pujuk balik. Hehehe.


Ok. Lea nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat anak buah suami adik pada hari ini. Makcu doakan semoga adik dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Jangan nak bergf dulu. Kerja dulu.

7 ulasan:

  1. Bawa bekal satu yg menjimatkan dan akan rasa terbiasa bila dah selalu buat. Bila tak bawa pulak rasa janggal kan Lea.

    BalasPadam
  2. Zaman ekonomi tak menentu ni, saya sendiri bawa bekal.
    Selain menjimatkan, boleh diet...hahaha

    BalasPadam
  3. Dapat jimat banyak bila bawak bekal ke office.

    Selamat Hari lahir juga buat anak buah en. suami Lea. Kita share tarikh lahir lah.. ;)

    BalasPadam
  4. Mmg jimat kan bw bekal.. Bkn jimat sikit , jimat sgt sgt

    BalasPadam
  5. hehehehe anak ayah kan...
    rajin betul lah lea bt bekal utk semua org...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.