MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 11 Januari 2016

Cable Car Langkawi dengan dak Adli

Assalammualaikum. Sambung kisah Langkawi ye. Kami sampai di Langkawi pada jam 9.30 pagi. Agak lama di Jeti sebab ada masalah sikit dengan kereta. Akhirnya setelah ding dong ding dong settle juga. Untuk kami berempat sewa Myvi je cukup. Harga? Kami dapat RM70 sehari. Oklah kot dengan orang masih penuh di Langkawi. Lea masa ni memang dah tak larat dah. Dengan semalam tidur-tidur ayamnya. Lepas settle semua kami pun ke tempat penginapan. Kami dok menginap di Sweet Inn Motel di Pantai Chenang. Ingat nak ambik yang tepi pantai betul tapi bila fikir-fikir baik ambik yang areanya kena melintasi jalan sebab takut Adli bila tepi pantai betul mau tak masuk ke bilik dia.Lea minta bilik sebelah bawah dan sebelah-sebelah. Ok. Dapat bilik betul-betul kereta parking depan bilik. Oklah sebab untuk tidur malam je. Masa yang lain jalan-jalan.

Sampai Sweet Inn dalam tengah hari. Try jelah check inn awal. Alhamdulillah. Satu bilik dah siap. Satu lagi bilik tengah siap. Boleh rehat-rehatkan badan. Cakap dengan dua beradik tu jam 4 kita kuar ke Cable Car.

Dok menunggu anak buah settle kereta. Ada budak tak mandi tu. Bucuk.....


Adli…Adui..tak nak beratur langsung. Kalau boleh masa tu juga dia nak masuk Cable Car. Ingatkan dia takut. Rilek je dia dalam Cable Car tu . Siap berdiri pulak tu. Bila dah sampai dekat atas lea yang migraine dibuat dak Adli. Dengan angin yang sangat-sangat kuat. Tudung kalau tak pegang mau melayang. Adli boleh berlari dan melompat kat atas. Adui….Lea akhirnya duduk bersila je kat atas. Nak berdiri pun rasa takut sangat. Tak taulah kali ni memang rasa gayat sangat-sangat. Tak tahu kenapa. Nengok gelagat Adli pulak terus jadi pening kepala. Lepas ni rasanya tak naik dah Cable Car Langkawi ni.



Lea kalau naik Cable Car kalau masa naik lea suka membelakangkan belah bawa. Sama juga bila turun. Lea takut nak melihat belah bawah. Time tulah terasa panas je muka. Naik cable car kali ni nak nengok dak Adli ok ke tak naik cable car. Rupanya terlebih ok. Maknya pulak takut dibuatnya.


Sebelum naik cable car kita selfie dulu
Adli dan abah
Korang tengok Adli tu, tak dok diam

Makcu n Along
  
Selfie lagi 
Time ni tengah menahan hati ..takut...

  
Sesekali dengan suami

Adli....hmmmmm

Ni je gambar bertiga yang ada

Tengoklah drama dak Adli

Akhirnya maknya bersila je dah


6 ulasan:

  1. bagusnya adli...tak takut pun...
    tapi mama dia pulak yg gayat...ekekek...

    BalasPadam
  2. wahhhh,, rinduuu nak naik cable car lagi .hehehe..

    BalasPadam
  3. Kakcik pernah naik dulu - terasa juga gayatnya... :)

    BalasPadam
  4. sayupppp je kat bawah tu kan...akak dgn cik boss takde keberanian langsung nak naik benda ala ni dik...kussss semangat kecut perut...

    BalasPadam
  5. lahai sian nengok muke mak si adli tuh....
    hehehe kalau travel pastu sakit kepala ke tak sihat mmg mencabar betul...

    bestnya dpt naik cable car tgk pemandangan lawo2

    BalasPadam
  6. Bagusnya Adli tak takut pun! Saya pun gayatlah kalau kat tempat tinggi. Rasa macam nak jatuh aje. Ada ke patut suami saya ajak simpan angan-angan panjat Everest. Kaki gunung Everest pun saya seriau tak mahu jejak :)

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.