MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 27 Januari 2016

Bila umie malas masak


Hahaha. Tajuk tak boleh blahkan. Betul..Kadang-kadang dah tak tahu nak masak apa. Dah jemu nak masak masakan sendiri.

Ni cerita sabtu malam yang lepas. Datanglah adik (anak buahnya suami kerumah). Lea masa tu memang malas tahap gabanlah. Hahaha. Tanya suami, dia tak nak makan nasi. Lastnya lea cakap kat adik. “Adik, tolong buat burger. Buat sekali ngan acu. Acu terer buat burger. Dengar cerita kamu pun sedap buat burger. Buatlah korang berdua burger. Makcu nak rilek ini malam” Hahahaha. Ayat memujuk untuk masak tu….



Jadinya pakcik ngan anak buah sibuklah di dapur. Lea ngan Adli syok tengok tv. Hehehe. Sesekali kan.

Tada…siap dah burgernya. Siap makan bersuap lagi tu. Hahaha. Manja betul kamu dengan pakcik kamu ye adik.


Adli. Boleh layan dia makan burger.Sesekali ye Adli. Tu pun burger ikan. Sama dengan umie. Burger daging takmo ye. Adli makan tak sampai setengah pun. Selebihnya umielah yang dok habiskan. Sabar jelah.





Oklah puan-puan. Sesekali apa salahnya kita rehat dari memasakkan. Bagi orang lelaki pulak masuk dapur. Burger pun burgerlah.

5 ulasan:

  1. Hmm... kalau kakak dah bersyukur sgt Lea kalaulah hubby kakak boleh buat burger macam ini. Hubby kakak masak air pandailah:)

    BalasPadam
  2. mmg pun kalau asyik memasak sampai kita pun tak tahu nak masak apa dah...pastu jemu ngan masakan sendiri..haha...

    BalasPadam
  3. ok lah tu jnji boleh di harapkan utk isi perut diaorg, tak kisah la msk apa pun...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah kenyang perut dah tu kalau akak mesti dah tepuk tangan yeyyyyy

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.