MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Isnin, 18 Januari 2016

Bajrangi Bhaijaan

Mula-mula melihat filem ni di Bollyone HD memang takde hati pun nak menontonya. Sebab? Tak suka dengan Salman Khan. Dulu-dulu masa zaman remaja memang minat Salman Khan tapi bila usia dah semakin meningkat nak menonton cerita hindi ni memang takde dah keinginannya. Sekarang ni orang dok sibuk dengan DILWALE lea langsung takde hati nak melihatnya. Saja je cakap dengan En. Sham. Minggu depan kita cuti nak menonton DILWALE berdua. Suami boleh cakap jangan nak buang tabiat. Hahahaha

Ok. Berbalik pada filem Bajrangi Bhaijaan ni. Pada suatu hari tu semasa lea bangun pagi lebih kurang jam lima untuk pergi kerja , dia buka lampu rupanya suami sedang menonton tv. Dah tu mata merah ok. Tanya kenapa? Dia cakap sedih cerita hindi ni. Masa tu scene last sekali. Ok..lea tengok info tajuknya Bajrangi Bhaijaan. Hahaha. Suami saya menangis ok. Susah nak tengok abang gagah saya tu menangis.

OK. Pada malamnya selepas selesai semua tugas kita nonton ya ibu-ibu.

Bajrangi Bhaijaan

Lea cuba cerita sehabis baik ye.
Filem ni mengisahkan seorang pemuda iaitu Salman Khan yang sangat jujur di dalam apa juga yang dia lakukan. Kalau boleh dia tak nak lakukan apa yang salah di dalam agamanya.

Pada suatu hari dia terjumpa seorang budak yang tak boleh bercakap tetapi boleh mendengar yang dia namakan Munni. Masa tu Munni seorang diri. Oh ya, Munni datang ke India untuk satu ke tempat suci untuk menyembuhkan penyakitnya yang tak boleh bercakap tetapi terpisah dengan ibunya dalam perjalanan balik. Munni adalah dari Pakistan yang beragama Islam.

Bila Salman Khan dah bawa balik ke rumah tumpangannya iaitu rumah ayah Kareena Kapor macam-macam perkara telah berlaku.

1. Munni suka makan ayam sedangkan Hindu tak makan dagingkan. Munni tak boleh nak makan makanan yang berasaskan sayur semata.
2.Agama yang Munni anuti terbukti kebenaran bila Munni masuk ke dalam masjid untuk sembahyang.
3. Dan apabila siaran langsung kriket di dalam tv Munni sangat seronok sampai mencium bendera Pakistan di televisyen. Sah.Munni dari Pakistan.

Disitu bermulalah cerita untuk menghantar munni balik ke Pakistan. Bila Salman Khan membawa Munni ke kedutaan Pakistan di India Pasport dan Visa munni tak dapat dibuat sebab tiada pengenalan diri pada munni dan pada hari tu berlaku rusuhan di kedutaan berkenaan. Permohonan passport dan visa telah dibekukan selama sebulan.

Ayah kareena kapor marah dan mencadangkan Salman Khan menghantar munni melalui agen perlancongan. Dan dia menghantar munni kea gen pelancongan dengan bayaran 15000/50000. Tu lea dah lupa dah. Segala urusan dah selesai. Dia pun tinggalkan munni kepada agen perlancongan tersebut. Semasa dalam perjalanan balik Salman Khan terjumpa gelang tangan yang munni inginkan dulu. Dia pun beli dan sekembalinya ke agen perlancongan tersebut munni telah tiada. Nasib baik Salman Khan ternampak kelibat munni. Dan sebenarnya agen pelancongan tersebut telah menjual munni ke rumah pelacuran. Salman Khan mengamuklah dan selepas itu bertekad untuk menghantar munni sendiri ke Pakistan.


Lea sangat-sangat suka menonton pengembaraan mereka ke  Pakistan. Macam-macam perkara yang terjadi dan banyak peristiwa lucu yang terjadi kerana kejujuran si Salman Khan. Di Bollyone HD sentiasa ada ulangan filem ni semasa sebulan lepas. Sekarang ni dah kurang sikit. Adli bila terbuka je channel ni dia tak bagi dah tukar channel lain. Cerita munni katanya. Oklah. Rasanya di internet ada cerita ni. Korang leh download. Lain kisahnya dari cerita Hindi yang biada kita lihat. Kisah yang penuh dengan kasih saying berlainan agama, bangsa dan negara. Part last membuatkan air mata ni menitis juga.









6 ulasan:

  1. Kalau masih ada di Bollyone HD kakcik nak cuba carilah... Tapi Channel berapa ek? Sebab kakcik tak melanggan saluran tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. channel 251 kakchik. tapi sekarang takde dah. sebulan lepas memang sentiasa ada

      Padam
  2. alahai syg nya..... bollyone hd tuh kene langgan kan?

    itulah membe2 opis sume kata cite nih best... jarang2 ada cite bollywood yg camnih... tingin jgk nk tgk nnti

    BalasPadam
  3. Kali kedua hari ni membaca tentang filem ni ^_^ Saya pun tak suka si Salman Khan ni dari muda lagi. Kalau berlakon, asyik nak tayang badan. Saya bukan geram tengok badannya tapi meluat betullah. Lagipun saya memang bukan peminat filem Hindi tapi bab SRK tu saya adalah taruh minat sikit :)

    Cerita ni macam best tapi saya belum pernah tengoklah. Asyik dok baca orang kata best, nak jugalah tengok. Cerita Hindi kalau selain kisah cinta, mungkin boleh in lah dengan jiwa 'penyayang' saya ni ^_^

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.