MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 27 November 2015

Rewang buat Bubur Asyura di opis

Assalammualaikum semua. Salam Jumaat.

Jumaat lepas bahagian lea di pejabat buat rewang-rewang masak bubur asyura. Versi utara punya. Teruja juga sebab nilah kali pertama lea nak melihat macam mana bubur asyura ni dibuat.Makan tu banyak kali dah. Cuma macam-macam versi yang lea makan. Versi pantai timur, versi utara.. Versi utara pun macam rupa lea pernah makan. Origionalnya lea memang tak tahu macam mana rupanya. Tapi kalau dari segi rupa dan kandungan agak sama.
Pagi jumaat tu juga diadakan hari pantry secara potluck. Bawalah menu masing-masing ye anak-anak. Lea semestinya karipap je lah. Muka lea kat opis ni memang dah muka karipap Hahaha.


Sebelum acara memasak bubur asyura harus ada sesi potong memotong ye anak-anak. Akak hari tu berialah bawa pisau dan papan pemotong. Bila dah tengok ramai tukang potong takyahlah kot akak potong-potong ni. Suka betul tengok anak dara yang tudung merah tu. Rajin benar. Kosong lagi tu.



Lepas tu mulalah acara kacau mengacau. Tugas ini diserahkan kepada orang lelaki yang semuanya gagah perkasa. Abang sadolah katakan. Yang pompuan ni tukang tengok bolehlah. 

Dua orang bujang ni rajin betul. Bapak orang ni sibuk je. Sibuk nengok je. Yang dua orang ni boleh buat menantu ni. Hehehehe. Lalalala. Lariksss Lea. Ok salah seorangnya ada blog jugak. Ok ni linknya k   Blog Fendi . Lea…lariks lagi sekali…. 
Mula mengacau dalam jam 9 pagi. Siapnya dekat-dekat 12tgh. Alhamdulillah. Nasib baik sebab tengahari tu hujan lebat. Ok. Teruna dan dara ni rajin betullah. Sejuk je mata memandang.Sesuai dah tu. Hehehe.
 
 Kita packinglah kan. Dapatlah seorang sebekas. Rasanya…sedap..lemal-lemak gitu tapi ada sedikit manis. Takpelah. Kali pertama semuanya buat. Pengalaman dan pengajaran tu. 

Kan lea dah cakap.Rajin kan dia. Boleh buat calon menantu ni. Lari….. lari laju-laju lea....
Kita closeup sikit bubur asyura yang dimasak hari tu.

Khamis, 26 November 2015

Anak bujangku sorang...


Assalammualaikum semua.

Nak cerita pasal dak Adli Sham ni. Dah nak masuk 3 tahun 2 bulan. Sekejap sungguh masa berlalu kan. Sekarang dia.....

1.      Yang nampak ketara sangat suka sangat dengan laut. Pantang jumpa laut. Dah tu nak mandi laut..nak mandi laut. Sanggup berejam mandi laut. Gayanya dia tu macam umur 8 tahun nak mandi jauh dari pantai. Idaklah umie bagi anak. Umie Abah yang tak larat dibuatnya. Gelap oooo duk berejam kat pantai.

2.      Pantang dia masa dalam kereta jumpa KFC dan MCD. Mesti dia peluk abah dari belakang dan cakap.. Abah…nak tu..sambil tunjuk sign board besar KFC/MCD. Bila beli yang dia makan hanya kentang goreng. Umie abahlah yang habiskan yang lain. Mana tak makin besar abah dan umie.

3.     Suka bercakap. Hari tu dok tanya opah. Opah nak makan apa? Nasi, ikan, ayam… Adli nak makan ayam. Abah….Adli nak KFC…Hahahaha. Ayam je KFC ye Adli.

4.      Kalau makan dia mesti nak cium dulu. Kalau tak kena ngan hidungnya memang takkan masuk kat mulut. Terus cakap tak sedap. Memilih kamu ye. Tapi bila dah lapar sangat makan juga.

5.      Sekarang dah pandai. Kalau kena marah ngan umie pergi kat abah cakap umie buat. Kalau kena marah abah pergi kat umie cakap abah buat. Pernah kena marah umie dan abah sebab tak nak tidur jam 12 tgh malam selubung dalam selimut mengadu kat selimut abah dan umie buat dan menangis dengan syahdunya.

6.      Pandai berkawan. Pernah sekali dekat IOI Mall Puchong. Abah dekat kedai computer dan Adli dok menyapa anak Negro ajak main. Hahaha. Anak Negro pun layan jugak. Dok berpusing berlari bermain berdua. Pernah sekali kena marah ngan anak negro terus g kat umie minta peluk. Dekat Dataran Putra dia dok cakap kat anak arab… Nak main bola? Hahaha. Mana-mana pergi senang dapat kawan kerana keramahan dia tu.Tapi bahaya juga sebab dia ni tak takut orang. Takut dok ngikut je orang yang tak kenal.

7.      Selalu request dekat rumah nak sup. Bila masak sup tak kira sup apa dia suka makan macam umie. Nasi sikit letak dalam mangkuk dan letak sup. Dah jadi macam bubur dah. Kalau macam tu semangkuk boleh habis. Macam umielah Adli ni. Suka sup. Tempoyak goreng pun dia suka.Kari pun sama. Hehehe. Anak umie ke anak abah ni.

Nantilah sambung lagi pasal Adli ni. Macam-macam benda dia buat. Nanti lea
cerita. 


Pindah rumah...seronok melihatnya...

Assalammualaikum.

Alhamdulillah secara rasminya anak buah suami along dan adik telah menyewa sendiri. Menyewa dua beradik je. Duduk pun tak jauh dari rumah lea. Selang beberapa blok sahaja.

Seronok tengok orang pindah rumah ni. Lagi-lagi budak bujang. Pada malam tu along ajak makcunya ni beli periuk, kuali dan barang-barang basic untuk memulakan hidup. Hahaha. Hidup di rumah sendiri ye. Lea memang ikut arahanlah ye. Lea ambik kuali sederhana saiznya, periuk satu kecik, satu besar sikit, sudip, senduk. Tapi bila lea sampai di kaunter itu dia… 3 bakul dan 1 baldi penuh dengan barang.Nak tergelak lea. Pandai kamu dua beradiklah. Ha…ambik kena RM290++. Dah tu g TESCO pulak. Misinya periuk nasi dan dapr gas. Ok. Complete dah.






Bila dah sampai di rumah exited betul mengemas barang-barang. Lea dan suami tolonglah sekali. Dak Adli pun sibuk jugak. Dok nak kutip plastic dan tu cakap nak buang sampah. Adli..lori sampah dan sampah tak dapat dipisahkan.

 Lea dan suami cakap pelan-pelan beli barang. Beli barang yang asas dulu. Yang lain-lain beli sebulan satu barang dah ok dah.
Tong gas yang takde lagi. Cepat beli long. Makcu pulak nak makan dari air tangan kamu.

Dulu mereka berdua menyewa beramai-ramai dengan budak bujang yang lain. Tapi bila dah ramai, kepalanya pun ramai. Dengan liat nak bayar sewa rumahnya, dengan buat-buat tak tahu nak bayar sewa rumahnya tu yang suami naishatkan korang berdua carilah rumah lain. Family dari kampung nak datang senang. Kamu dah ada rumah sendiri.
 Oklah. Makcu tahu kamu baca blog makcu ni along dan adik. Buat kamu berdua selamat memulakan kehidupan di rumah sendiri. Bila tengok mereka ni teringat masa kami suami isteri pindah rumah.

Senyum je dia. Duit dah banyak habis ye long? Takpelah. Mula-mula je.

Rabu, 25 November 2015

Steamboat & Grill di MAEPS Bistro

Dalam dua minggu lepas bawaklah adik iaitu adiknya along yang Adli panggil abang ngah makan steamboat & grill dekat MAEPS Serdang. Ramai yang dok menanya MAEPS ni dekat mana. Yang boleh lea katakana dekat tapak MAHA iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show. Yang pameran hasil pertanian, ternakan dan macam-macamlah.
   

Dulu ada steamboat je. Mula-mula pergi dulu harganya RM19.90. Lepas tu RM29.90. Kalau bulan puasa mencecah rm40++ jugaklah. Tapi kalau bulan puasa ada kambing goleknya, sate dan macam-macam lagilah. Memang lagi meriah menunya dari biasa.

Alkisahnya pada hari tu adik dok tolong suami kemas stor. Kebetulan adik dan along nak pindah rumah baru. Sambil kemas stor boleh juga bagi barang-barang yang masih boleh digunakan kepada mereka dari disimpan je kan. Memang penat dan berhempas pulaslah dia tolong suami hari tu. Jadinya suami pun nak belanja makan sebagai tanda terima kasih dekat adik. Umie dengan Adli tumpang sekalilah ye. Hehehe.


Adik cakap nilah pertama kali dia makan steamboat dan grill ni. Oh ya sekarang satu kepala RM33 bagi steamboat dan grill sekali. Kanak-kanak pulak lea tak ingat. Boleh tengok pamphlet yang akan lea tunjukkan sekejap lagi. Sekarang rasanya lagi banyak pilihan dari dulu. 


Adli… Alhamdulillah malam tu nak makan nasi goreng. Dekat sepinggan juga dia makan. Lepas tu main telefon. Lea pulak banyak bakar daging dan yam. Tak makan nasi langsung. Kalau makan nasi cepat kenyang dan tak boleh pulak nak makan benda lain.



Kalau korang nak cuba bolehlah datang ke MAEPS ni. Bagi lea oklah. Kenyang juga makan. Sesekali bertukar menu. 


Kuarkan peluh di Dataran Putra

Bila hari ahad takde apa nak buat mesti ajak akak ipar dan anak-anak dia pusing-pusing. Pusing-pusing mana tak tahu lagi. Pusing punya pusing smapailah kedai mamak di Cyberjaya. Kita makan dan minum dulu ye. Lepas tu kita pergi Dataran Putra nak bagi Adli lari-lari sambal main bola kuarkan peluh. Umie? Takyahlah lari-lari sebab umie elok berskirt panjang hari tu. Hehehe.




Yang buat lea tergelak, Adli punyalah ramah siap cakap dekat anak arab “awak nak main bola?” Anak arab tu pandang je Adli. Hehehe. Adli bukan berpeluh lagi dah hari tu. Macam orang mandi dah. Balik rumah, bersihkan dia dan dia minta susu lepas tu tidur tak sedar-sedar sampai ke pagi. Penat sangatlah tu.

Dekat bawah ni ada sikit informasi pasal Jambatan Seri Wawasan dan Istana Darul Ehsan yang lea sendiri pun tertanya-tanya kenapa ada bendera Selangor di Putrajaya






Jumaat, 20 November 2015

Korang boleh agak tak Adli buat apa? Fikir apa?

Gambar ni lea ambik secara tak sengaja. Sampai sekarang lea masih tak tahu apa sebenarnya yang Adli buat. Korang boleh agak tak apa sebenarnya yang Adli buat.

Mula-mula dia tenung kipas tu

Dah tu dia peluk tiang kipas tu

Peluk lagi tiang tu


Peluk lagi tapi badan menghadap ke sana

Yang ni entah..apa ntah

Lastnya dia tinggalkan kipas tu

Boleh teka ke Adli buat apa tu?


Sapa fire sapa ni...

Salam Jumaat semua.


Semasa menaipkan entry ni malam tadi.. akak mengekek sorang ketawa bila melihat gambar-gambar yang tidjk sengaja diambil. Oklah. Korang layan gambar-gambar Adli dengan Along ni ye. Oh..yaa..along ni ramai yang bertanya siapa. Along ni anak buah suami lea. Anak akak dia. Akak suami ni kahwin dengan mualaf. Hindu masuk Islam. Tu yang along ni ada iras-iras Shah Rukh Khan sikit. Tak pun Salman Khan. Yang paling dekat tu Rajnikant kot. Hehehe





Gambar ni lea tak boleh tahan gelak. Korang tengok gaya along tu. Adui..Macam kanan-kanak betullah. Patutlah Adli ni manja betul dengan along ni. Hahaha.Along ni jenis layan je dak Adli ni.