MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 29 Oktober 2015

Adli pun nak main boling

Petangnya selepas mengeluarkan peluh bermain bola keranjang kita main boling  pulak ye. Kali ni anak buah along yang belanja. Kita main di Dreambowl Airport Sport Complex Nilai N9. Jauhnya sampai ke Nilai. Tapi dekat je ngan Salak Tinggi. Ok kita layan gambar ye.


Ada budak sibuk pilih bola. Bola berat tu Adli boleh angkat. Risau hempap kaki dia je. 


Ni paling win. Gaya bukan main dua-duanya. Tapi dua2 masuk longkang.


Apa dibuat tu Adli


Kita bergambar kenangan 

Rabu, 28 Oktober 2015

Petua main bole keranjang sampai berpeluh tanpa perlu berlari

Ahad lepas bawa Adli ke Molly Fantasi di D’Pulze untuk main-main. Tapi umie, abah, ibu kak ngah, abang alif dan kak dila yang lebih-lebih main. Hahaha. Kami main bole keranjang tapi bukan berlari pun cuma masukkan bola je. Penat juga tau. Berpeluh-peluh. Rasa main dekat padang sebenar je. Adli seperti biasa. Main boling, main bola kecik-kecik tu dan main tembak-tembak air. Seronoklah dia. Macam ini dunia dia yang punya. Hahaha.

Kami yang tua ni seronok main sampai berpeluh. Hahaha. Mengah dibuatnya

Nilah yang Adli suka

Adli dah praktis main boling


Bila dah penat. Kita ambik gambar jelah

Selasa, 27 Oktober 2015

Taman Persahabatan China, Putrajaya

Ni cerita beberapa hari lepas. Kita jalan-jalan lagi ye. Kali ni di Putrajaya juga. Taman Persahabtan China. Dulu lea pernah datang tapi tak secantik sekarang. Sekarang macam-macam dah ada. Untuk ambik gambar memang cantiklah. Untuk pengetahuan bagi sesiapa yang belum pergi lokasinya betul-betul dekat pintu masuk Floria. Boleh pergi nanti ye. Korang layan jelah gambar ye.











Isnin, 26 Oktober 2015

Keluar jugaklah sekejap....

Asslammualaikum semua.


Ni cerita 2-3 minggu lepas. Adli dah merengek-rengek nak keluar. Yelah. Dha jerebu teruk malaslah nak bawa dia keluar. Tapi hari Ahad tu nampak kurang dha sikit. Jadinya suami ajaklah pergi dengan Marina Putrajaya dekat dengan Pullman. Tapi sekejap je ye Adli. Adli punya seronok dapat berlari dengan main bola. Lea dengan akak ipar duduk je. Takde mood nak lari-lari. Ok korang layanlah gambar ni.

Umie dan ibu ambik gambar jelah

Tengok sapa yang seronok main bola

Cinta hati saya

Kalau boleh dia nak masuk dalam bot tu

Seronok ye tendang bola. Untuk rekod Adli dah buang sebiji bola dalam Tasik Putrajaya

Dah kena angkat ngan ibu. Nakal sangat


Haus ye Adli. Alhamdulillah sekarang dah suka minum air suam. Kalau dulu jangan harap dia nak minum.

Balik tu kena pekeda Laksa dengan ABC. Akak ipar belanja. Alhamdulillah. Sedap Laksa dan ABCnya


Terima kasih akak ipar belanja adik ipar makan.


Jumaat, 23 Oktober 2015

Frozen, Chicken Wrap, Roti Sarang Lebah dan Bermukun

Assalammualaikum semua. Salam Jumaat

Pagi ni pagi-pagi lea dah berpeluh. Mengah rasanya bila sampai kat pejabat sebab lea bawak 27 bungkus kuih frozen. Ada karipap kentang, daging, ayam dan cucur badak. Lea tolong ambik order je. Kawan-kawan pesan lea tolong bawakan jelah.
Sapa-sapa yang duduk di Taman Putra Perdana, Puchong yang berminat  membeli kuih-kuih frozen bolehlah menghubungi Liza 016-6708440. Kuih-kuihnya dijamin sedap. Kalau untuk jamuan dekat pejabat selalunya lea order dekat kak Liza ni. Kalau untuk jamuan biasanya dia akan goreng terus kuih-kuih yang diorder.






Tengok muka orang kat atas ni. Tak malunya. Makan sampai terbeliak mata tu. Sedap sangatlah tu. Hahaha. Pagi dia lea buat ayam bungkus@chicken wrap. Rajin pagi ni. 4.45 pagi dah bangun. Suami kena pergi kerja awal. Katanya 5.45 kena ada di tempat bertugas. Bila lea call dia jam 7.00 tadi dia cakap kawannya telefon jam 8.00 baru berkumpul. Hahaha. Semangat tul En. Sham. Jadinya dia g tempat kawannya jelah. Buat chicken wrap ni mudah je. Lea suka grill ayam dengan sos bbq. Sedap. Dah tu campur carrot, timun, daun salad dan tomato. Kalau nak leh letak mayonis dan sos. Ikut sesuka rasa anda ye.


Semalam pergi TESCO nak beli barang rumah sikit. Kan gaji semalam. Kena topup semua barang. Yang beli baru senang hati. Sebelum membeli belah barang dapur kita singgah lu kat Burger King. Lama dah tak dating berdua ngan suami. Rasa macam zaman bercinta dulu-dulu. Hehehe. Lea ngan suami cinta jarak jauh. Suami kat KL lea kat Kuching meow..meow. Dating pun jarang-jarang. Kalau dating pun selalunya ada keluarga menemani. Hahaha. Begitulah kisahnya….Kenangan..kenangan….Ku tersenyum sendiri.


Ni kek yang Eda Anang buat untuk birthday Adli baru-baru ni.

Semalam lea order roti sarang lebah dekat kawan. Sedap dia buat. Masa dia hantar dekat rumah masih rasa suam-suam lagi sikit. Roti lembut je. Sos pun sedap. Memang sedap…Alhamdulillah. Syukur kepada nikmat yang Engkau bagi ni Ya Allah. Kawan ni jugaklah yang buat kek Birthday untuk Adli hari tu. Korang boleh pergi dekat facebook dia. Eda Anang. Macam-macam yang dia buat. Roti, kek, tart, pavlova macam-macamlah. Dia boleh buat ikut budget kita. Dan harganya sangat-sangat berpatutan. Sapa-sapa yang duduk di Taman Putra Perdana bolehlah order ye. Penghantaran di buat di dalam Taman Putra Perdana.




Semalam baca blog yang menceritakan mengenai majlis bertandak di Sarawak.Ni blognya Majlis Bertandak. Dekat Sarawak tu bertandak maksudnya menari. Majlis ni selalu di panggil bermukun. Masa lea kat pejabat lama dekat Sarawak dulu pernah buat majlis bermukun ni untuk persembahan hari keluarga. Kami wakil Sarawak dan semestinya kebudayaan Sarawak di bawa. Hahahaha. Nak gelak dulu boleh tak? Lea tukang pukul gendang. Sebulan berlatih pukul gendang. Boleh jadi sheikh gendang kata orang Sarawak. Tak ingat dah tahun berapa, tapi bila dilihat kembali bisa mengembalikan kenangan lama yang membuatkan lea tersenyum sendiri. Mahal betul sebuah kenangan kan?

Kek di Taman Putra Perdana
Kek Di Taman Putra Perdana Puchong

Khamis, 22 Oktober 2015

Demam...lepas tu nak makan sendiri

Assalammualaikum semua.

Adli minggu lepas demam on off on off je . Risau juga dibuatnya. Yelah dengan jerebunya, demam kepialunya. Nak keluar rumah pun dah jadi malas. Tapi satu dak Adli ni demam pun dia tak macam orang demam. Aktiff bukan main. Dekat rumah semua benda nak diangkatnya.




Tapi ahad lepas Alhamdulillah. Elok demamnya. Bila dah elok pagi-pagi tu dia nak makan sendiri nasi goreng. Tak nak disuap, malu katanya. Hahaha. Tau malu anak bujang lea ni. Elok je makan suap sendiri. Sebelum ni jangan harap nak makan sendiri. Nak bersuap. Tu kot sebab demamnya. Nak makan sendiri. Hahaha