MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 30 September 2015

Restoren Senandung Malam Bagan Lalang

Ni cerita 2-3 minggu lepas. Nak kena masuk juga dekat blog untuk rujukan kemudian hari. Hahaha. Rujukan? Yelah nak rujuk berapa kena bayar untuk kali ke5 berkunjung ke situ. Boleh macam tu?

Untuk makanan laut yang segar Senandung Malam di Bagan Lalang adalah pilihan lea. Selain makanannya yang segar harga adalah sangat-sangat berpatutan. Kali ni kami pergi dengan kaknyah dengan anak-anaknya dan along dengan insan teristimewa. Insyaallah. Kalau dah jodoh tak kemana tu along. Makcu tahu kamu baca ni. Hahaha

Kami bertolak agak lewat dan hujan pulak pada petang sabtu tu. Nasib baik sampai di Restoren Senandung Malam tu hujan dah berhenti tetapi ramai betul yang datang pada petang sabtu tu. Nasib baik ada tempat duduk dekat luar tapi meja dan kerusi basah. Minta pekerja kedai lapkan dulu.

Dekat sini kita pilih sendiri makanan laut yang kita nak dan kita bagi tahu je kita nak masak apa. 

Sambil pilih lauknya sambil ambik gambar orang bakar ikan. Macam manalah dia nak kenal ikan untuk meja yang mana ye. Mesti tukang bakar ada sistemnya sendiri. 
Tengah pilih kerang dan udang 
Adli dekat sini je dia paw umienya RM14 untuk mainan yang pusing-pusing sambil kuarkan bunyi.Abahnya pulak dia paw RM13 untuk topeng spiderman. Pandai kamu ye Adli. Yang tukang jual pulak boleh kedainya menghadap Restoren Senandung Malam ni tak menghadap jalan raya. Strategi yang baik untuk ambik perhatian kanak-kanak. Mak bapak kanak-kanak yang parah. RM27 untuk mainan je tu. Takpe anak sorang je bak kat kaknyah. Tu yang Adli elok je masa tu duduk. Kalau tak mau merayau satu restoren.  
Ambil gambar acu dan along. Dah dua-dua gelap memang nampak samar-samar je kan. Jadinya minta pasangkan flash kamera untuk cerahkan sikit. Sikit je long ye.Hahahaha. 

Bergambar kenangan dengan makwenya si along. Comel lote je orangnya. 3 badan dia baru badan lea kot. Terasa diri ini snagat besar.  Hahaha. Pelan-pelan kecikkan badan, yang penting sihat.Betul kan? Hahaha. Akhirnya bergambar dengan teman baik, x boyfriend , x tunang dan suami kesayanganku yang telah hidup hampir 10 tahun bersama. Termasuk masa kenal dah 12 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu.  

Jadi untuk kali ni menu kami.

Ikan siakap seekor masak 3 rasa-sedap
Ikan kerapu seekor masak 3 rasa- sedap
Udang masak butter 2 pinggan besar – sangat-sangat sedap
Pepahat masak sambal pecah telur 1 pinggan
Sotong goreng tepung 1 pinggan-sedap
Ikan kembung bakar 2 ekor – lea sangat suka dengan sambal untuk cicah.
Kailan ikan masin untuk 6 orang makan- bolehlah
Kerang bakar 1 pinggan-fav ni memang sedaplah
Air limau 1 jug
Air tembikai 1 jug

Harga keseluruhan RM 217.00 untuk 8 dewasa dan sorang budak kecik yang namanya Adli. Sangat puas hati dengan kuantiti yang diambil dan masakan yang ok pada tekak lea n the gang. Yang paling best kali ni ada butter prawnnya. Sebelum ni order juga tapi tak menjadi sangat sarang telurnya. Tapi kali ni cantik betul sarang telurnya dan rasanya sangat sedap. Dah macam dekat Chinese Muslim Restaurant punya butterprawn.


Cakap dengan suami nanti nak ngulang lagi. Nak ratah udang je nanti.

Bila Adli ke Kebun

Assalammualaikum.

Lea sambung lagi ye cerita balik kampung kami. Balik dari Kampung Gajah kami singgah di kebun arwah abah di Kampung Pulau Tiga Kiri. Dulu kebun ni ada durian, langsat, rambutan dan macam-macamlah. Tapi bila arwah dah takde, tak  ada sesiapa nak menjaga kebun tu. Dah jadi hutan dengan semak samunnya.

Adli… Dialah yang paling seronok dapat turun. Budak bandar yang masuk kampung. Semua nak dicubanya. Kalau boleh dia nak masuk dalam semak samun tu.Umie mula-mula duduk dalam kereta je sebab malas nak keluar sebab nyamuk. Tapi akhirnya keluar juga sebab tak tahan tengok keseronokan orang di luar kereta.
 Korang tengok dak Adli tu. Seronok betul. Gambar bawah tu entah apa yang abah dok bising kat Adli tu. Pandai menjawab dah sekarang. Adui. Ada je benda nak dicakapnya.

Budak yang suka sangat ambik gambar

Bercekak pinggang mak mertua lea tu. Apa yang tak kena mak?


Seronok kan kalau duduk kampung. Jerebu pun tak nampak sebab penuh ngan pokok-pokok. Rasa sejuk je. Kat bandar tak dapat dah suasana macam ni. Malam kalau tidur tak buka kipas atau aircond memang takleh tidur. Air mandi pun rasa panas je. Kalau balik kampung yang seronoknya masa mandi. Air kuat je dah tu sejuk pulak. Nikmat rasanya.



Semalam 29 September 2015 kembalinya ibu mertua kepada abang ipar lea diusia 80 tahun kerana sakit tua. Untuk mengetahuan isteri abang ipar yang menjaga Adli. Abang ipar dia panggil ayah dan biras dia panggil ibu. Semalam lea berkursus di Bandar Enstek jadinya suami yang ambil Adli lebih kurang jam 3.Lea doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Keluarga abang ipar balik ke kampung di Sungai Siput Perak selepas itu dan hanya sempat berjumpa jenazah di masjid sebelum dikebumikan pada jam 6.30 petang. Lea sempat berjumpa arwah semasa balik kampung hari tu. Hari Sabtu lepas. …..

Isnin, 28 September 2015

Aidiladha kami di kampung

Hari Raya Aidiladha kami menyambutnya dengan serba sederhana. Lagipun hanya suami dan kakaknya (mak along) yang balik. Menu pagi raya tu akak ipar dah masakkan kari kambing , ayam masak merah dan rendang. Lea cuma masak nasi minyak dan buat pudding caramel je. Lemang pula kami beli je.

Lepas sembahyang raya sesi bermaafan pun bermula.



Kasih ibu kepada anaknya. Kena masukkan gambar ni untuk masa depan. Kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan. 

Banyak dosa ni. Tu yang minta maaf tu. Siap peluk cium ok. Hahaha. Tapi gambar ni je yang boleh dilihat. 

Adli dan opah. Beria salam opah tu. Apa yang dicakap tu Adli. 

Along dan opah. Takkan salam kosong je along. Hahaha 

Ni dua orang ni. Elok berpeluk-peluk acu ngan anak buah. Lepas tu kutuk mengutuk. 

Suka gambar ni sebab ada Adli dekat sudut tu. 

Gambar keluarga yang menjadi sikit sebelum Adli mengamuk nak telefon sebab dia nak ambik gambar orang pulak.


Korang tengok gambar Adli ni. Beria pulak dengan speknya.
Ni Adli dengan sepupunya qisha adiknya along. Elok je bergambar. Kalau tak asyik menjerit berebutkan permainan. 

Adli dengan umi. Susah benar nak bergambar dengan anak bujang lea ni.

Along yang kaki selfie. Adui.Letih melayan.


Lepas makan-makan semua pergi rumah akak suami di batu 6. Akak yang hidangkan lontong, lemang dan rendang. Sedap lontongnya. 
Lepas tu akak ipar ajak pergi Kampung Gajah sebab nak melawat mak sedara yang tak sihat.Alhamdulillah. Kesihatan mak wa semakin baik. Dekat rumahnya ada rendang dan nasi tomato pulak. Sengkak perut dibuatnya. Hahaha. 

Bila balik kampung

Assalammualaikum.

Masih mood cuti ke hari ni? Budak-budak sekolah cuti lagi. Kenapalah kita yang dah tua ni tak dibagi cuti sama ye. Sama gak manusia. Lagilah dah tua macam-macam penyakit yang datang.Ada satu post yang baut lea gelak dalam facebook. Dia cakap orang tua ni bernafas dengan insang kot. Hahaha.

Macam mana cuti Aidiladha korang? Lea mula bercuti 23.09.2015 yang lalu. Balik sini 26.09.2015. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami highway clear. Takde jam. Alhamdulillah. Kami bertolak lebih kurang jam 11 pagi pagi pada rabu lepas. Singgah makan minum dulu baru gerak. Anak buah along balik sekali dengan kami. Dalam perjalanan Adlilah yang paling kecoh. Ada je benda yang dibuatnya dengan Along dekat belakang. Main cermin matalah dah tu makan aiskrim sampai comot-comot muka.

Sempat layan lori smapah sebelum masuk kereta ye Adli. Sebelum tu lea cakap takde lori sampah. Adli pulak bersungguh-sungguh cakap ada. Rupanya memang betul ada. Adli siap cakap kat lea.
"Adli dah cakap ada. Tu dia lori sampah. Umie tak caya."

Comel tak saya?

Kami sampai rumah akak ipar lebih kurang jam dua sebab nak ambik mak yang duduk rumah dia. Akak ipar dah masak macam-macam dan yang paling sedap siput sedut masak lemak. Puas betul menyedut masa tu. Hahaha.



Petangnya pula misi mencari sate. Nasib baik sate sepupu suami ada jual masa petang raya tu. Yelah kebanyakan kedai dah banyak tutup. Kali ni mak mertua pulak belanja sate. Sedap satenya. Sate Wak Kadi antara sate yang tersedap di Teluk Intan. Adli seronoklah sebab sate memang makanan kegemaran dia.


Along ni memang suka bergambar. Mana-mana mesti cakap  makcu..ambik gambar. Hahaha. Dibawah ni pulak gambar dia dengan maknya. 

Tuan tanah kedaung pulak duduk dalam kereta sebab Adli tengah lena tidur masa ni. Kena tengokkan dia. 
Tu dia satenya. Dibawah ni pulak taukenya. Bukan yang belakang tu ye. Tu suami teman. 

Isnin, 21 September 2015

Majlis Farewell Bos Kat Opis

Assalammualaikum semua.

Jumaat lepas telah diadakan majlis untuk Cik Laila yang akan bertukar ke Perak. Majlis dibuat mulai jam 3.30 petang. Jadinya kita minum petanglah ye. Menu pulak hari tu karipap, popia dan pam pisang yang lea order dekat akak yang tak tinggal tak jauh dengan rumah lea. Ada juga staf yang bawa pasta dan kek coklat. Sedap….
Cik Laila dekat pejabat ni rasanya dalam dua tahun je kot. Dia seoraang yang sangat-sangat tegas di dalam kerja. Pernah juga kena marah dia dulu. Hahaha. Ku akui…kesilapanku. Dalam tegas-tegas dia banyak ilmu yang dia bagi.

Lea sebenarnya dah beli dah hadiah untuk dia. Ingat nak beli kotak pada malam sebelum. Boleh pulak tak belinya. Lupa. Jadinya waktu luch gigih ok buat kotak sendiri siap dengan kak pop-up lagi. Hehehe. Jangan tak caya. Rupanya buat kak pop-up tu senang je. Lain kali boleh buat lagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan TKP, Pengarah Bahagian, Wakil Seksyen dan akhir sekali Cik Laila. Sekejap sangat ucapannya tapi ada yang diingakata-katanya.
Buat Cik Laila, selamat maju jaya di tempat baru. Kalau makan nasi minyak tu janganlah lupa jemput ye.





Jumaat, 18 September 2015

4 tahun sudah berlalu - abah......

Assalammualaikum.

Salam Jumaat semua. 15 September 2015 yang lepas genaplah 4 tahun abah mertua lea meninggalkan kami. Terasa juga dengan kehilangan dia. Korang boleh baca entry mengenai arwah di sini.

Arwah walaupun dari segi luarannya nampak kasar tetapi hatinya sangat-sangat baik. Lea masa mula-mula jumpa dia dulu 11 tahun lepas takut juga dengan dia. Tapi bila dah rapat arwah sebenarnya seorang yang suka berseloroh. Kadang-kadang tak kering gusi oleh jenaka spontan abah.

Jangan tak tahu abah seorang yang sangat-sangat pandai memasak. Sedap-sedap masakannya. Mungkin kemahiran memasak suami juga menurun dari arwah abah. Ada dua menu yang lea betul-betul berdiri sebelah abah untuk belajar membuatnya. Masak tempoyak ikan patin dan kari kicap daging. Alhamdulillah, sekarang bila lea buat dua menu di atas suami bagi A+++. Sambal macang abah juga sentiasa diingatan.

Kali terakhir berjumpa abah ialah pada akhir Ramadhan 2011. Tahun tu kami suami isteri beraya di  Kuching. Jadi sebelum balik raya balik Teluk Intan dulu. Terbayang lambaian terakhir dia kepada kami suami isteri.

Abah..lea doakan abah tenang di sana.


Al- Fatihah

Tercapai impian untuk menemukan mereka berempat kerana masa terkahir berjumpa masa perkahwinan lea pada tahun 2006. Mac 2011 6 bulan sebelum arwah meninggalkan kami. 

Khamis, 17 September 2015

Kenangan sepanjang zaman...

 Perkongsian dari facebook kawan lea.
Bila tengok gambar-gambar ni lea tergelak sendiri. Hahaha. Lea adalah insan yang pernah kena hukuman macam tu. Nakal betul masa sekolah dulu. Alhamdulillah. Nasib baik jadi orang sekarang ni. Korang pernah kena hukum macam ni? Korang nakal tak dulu.

Bila dikenang kembali zaman sekolah dulu elok je main kejar-kejar bercampur lelaki dan perempuan. Tapi bila dah masing-masing jadi anak dara dan teruna masing-masing dah malu dah. Hahaha. Korang nak tau lea dulu nyaris-nyaris nak dijodohkan dengan anak kawan baik mak dan teman sepermainan lea dulu. Hahaha. Tapi lea tak nak. Lea cakap dia hitam….Cakap orang diri sendiri hitam berkilat dulu. Hahaha. Serius tau lea memang gelap betul dulu. IC masa lea darjah 6 dulu yang JPN dah gunting ada dalam simpanan suami. Buat kenangan katanya. Lea sendiri malu tengok gambar dalam ic tu. Hahaha.Sekarang ni tak boleh dah budak-budak nak bermain bercampur lelaki perempuan macam kita dulu-dulu. Budak sekolah rendah pun dah tau apa itu s**k tu. Adui…Takut dibuatnya.

Zaman lea dulu kalau kena hukum dengan cikgu tak berani nak bagi tahu mak ayah. Sendiri tanggunglah. Berani nak bagi tahu…Cubalah. Silap-silap kena lagi teruk dari hukuman cikgu bagi. Mak ayah dulu lebih percayakan cikgu dari anak sendiri. Betul tak? Sekarang? Kena hukum cikgu bagi tahu mak ayah. Mak ayah pulak terus pergi sekolah serang cikgu. Takpun buat report polis. Kadang-kadang tu dah anak nakal sangat. Tulah yang jadinya cikgu malas nak tegur atau hukum budak sekolah sekarang. Mereka lagi bijak dari cikgu. Silap-silap turun naik mahkamah cikgu dibuattnya.

Zaman persekolahan memang banyak sangat-sangat kenangannya. Zaman kenakalan. Bila difikirkan rasa tak percaya kita dok buat benda-benda tu. Hahaha.


Oklah. Lea tinggalkan dengan gambar kenangan ni ye. 

Korang kenal tak mana lea? Hahaha

Cuti Hari Malaysia kami anak beranak

Assalammualaikum semua.

Pergi ke  mana cuti satu hari semalam? Pergi perhimpunan baju merah ke? Hihihi. Lea dan keluarga dok rumah je. Lagipun Adli demam. Demam-demam pun masih juga dengan ultramen dia tu.






Korang tau tak kuih apa kat atas ni? Teka? Teka? Hahaha. Ini adalah karipap. Karipap yang tak serupa karipap lain sebab kelimnya Adli dah makan. Ada sepuluh biji karipap kelim je dia makan. Hehehe. Yang selebihnya umi dan abahlah yang makan.




Ni nak tanya lagi. Tau tak apa benda kat atas ni? Ok.Ini adalah kulit lembu. Usia kulit lembu ni rasanya dah setahun kot dalam peti sejuk. Semalam gigih jugaklah dok masakkan kulit lembu ni. Setahun lepas gigihlah suami dok bakar, kikis dan bersihkan kulit lembu ni.Berejam jugaklah lea rebus kulit lembu ni nak bagi lembut.





Semalam berselera juga kami makan. Menunya kulit lembu masak lemak campur pegaga. Sedap juga rupanya kalau campur pegaga. Dah tu lea buatkan sup bebola daging campur cendawan untuk Adli. Sebenarnya maknya pun suka juga makan sup. Lagi-lagilah ada sambal kicap. Dan tak lupa ikan terakhir di dalam peti sejuk. Ikan sardine 2 ekor lea gorengkan je. Bila ada sambal kicap memang laju je makan. Tapi tahan jugaklah dari menambah nais. Kalau ikutkan hati memang nak tambah. Tapi biarlah berhenti sebelum kenyangkan.