MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 21 Ogos 2015

Surprise !!!!

Assalammualaikum semua.

Kan semalam lea cerita boss belanja makan. Jadinya time petang kami pulak surprise kan dia. Belikan dia kek. Beli kek cheese je. Tapi keknya sangat-sangat sedap. Terkejut juga bos bila kek dibawa kebiliknya. Selamat Hari lahir Puan.....






Khamis, 20 Ogos 2015

Servis Penghantaran Makan Tengah Hari di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya

Bagi yang tak sempat/malas  nak masak, tak sempat bungkus, malas nak pergi cafe atau malaslah nak ke mana-mana  PICC ada membuat Servis Penghantaran Makan Tengah Hari di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi nombor hotline yang tertera di poster.





Happy Birthday Boss

Assalammualaikum. Selamat Pagi.

Hari ni birthday bos seksyen kami. Puan Nik yang comel lotei. Buatlah makan-makan sikit pagi tadi. Tuan punya badan yang belanja. Ada pulut kuning, nasi berlauk, kek coklat, rending ayam dan macam-macam lagilah. Terima kasih banyak-banyak.Patutnya kami yang belanja ni orang yang sambut birthday belanja anak-anak buah.


Seronok betul lea bila Nampak je pulut kuning sebab lea ni memang suka sangat makan pulut. Lepas tu angin satu badan. Sedap betul pulutnya dengan serunding. Ada pulak rending ayam. Memang terbaiklah. Dah tu perut rasa sebu semacam. 




Buat Puan Nik. Selamat Hari Lahir diucapkan. Didoakan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu hendaknya.

Selasa, 18 Ogos 2015

Ke Ulu Jempol

Pada Sabtu 2-3 minggu lepas kami ke Ulu Jempol Pahang sebab nak melawat sepupu suami yang dikhabarkan tak sihat. Mengikut cerita-cerita yang disampaikan dia telah dipotong kakinya.

Kami bertolak dari rumah di Puchong jam 7.00 pagi. Tapi bila dah nak masuk MRR2 jalan punyalah jem. Kami singgah sarapan dulu di area Taman Melawati. Lea order lontong. Sedap….

Kami sampai di rumah angah lebih kurang 11.00 pagi. Sampai-sampai je isteri angah dah bising sebab datang tak bagi tahu. Kalau tak dia boleh sediakan makanan sedap-sedap. Kami senyum jelah. Angah takdelah potong kaki pun. Cuma pembedahan kecil di tapak kaki sebab ada masuk duri. Kecil-kecil pun panjang juga bekas bedah tu. Tapi tulah cerita mulut ke mulut ni. Yang kecik jadi besar dibuatnya.



Korang tengoklah gambar Adli dekat bawah ni. Kalau dah ada ayah dan ibu, umie dan abah tak pandang dah. Manja betul dengan ibu ye..



Mak mertua dan biras lea kak nyah

Suami dan abang dia

Kami dijemput makan oleh isterinya angah. Banyak betul lauknya. Memang betul-betul melayan tetamu. Terharu rasanya. Memang dia tuan rumah yang terbaiklah.

Lauk pelbagai jenis lauk yang dihidangkan. Ada tempoyak, sambalhitam, ikan goreng, rendang kerapu..cendawan seesaw masak lemak ngan udang dan sayur petola ngan suun.

Lauk lea pulak Ikan goreng..tempoyak..sambal hitam.sayur petola dah cukup dah.dua kali tambah nasi tu.

Tuan rumah yang sangat baik. Terima kasih angah.


Kami balik ke Puchong lebih kurang jam 4.00 petang. Kami dibekalkan dengan rambutan yang sedang menguning di belakang rumah. Suami dana bang ipar ambik sendiri. Sedap rambutannya/. Tak lupa juga kami dibekalkan dengan tempoyak. Memang penuh bonet kereta.

Suka dengan laman rumahnya. Cantik dan bersih je.

Bergambar kenang kenangan dengan angah dan keluarga. Terima kasih angah. Ada masa, ada rezeki kami datang lagi.

Isnin, 17 Ogos 2015

Habis dah entri Aidilfitri 2015 - Rumah Terbuka Bahagian Khidmat Pengurusan

Ok..Ini adalah entry terakhir bagi Aidilfitri 2015. Kali ni majlis Rumah Terbuka Bahagian Khidmat Pengurusan yang diadakan pada 14 Ogos 2015 yang lepas. Sambutan pada tahun ni sangat-sangat meriah kerana tidak diadakan di dalam ruang pejabat. Ianya diadakan di balkoni pejabat yang sebelum ini kami tak pernah jejakkan kaki pun.

Bahagian Khidmat Pengurusan ada empat seksyen. Setiap seksyen ada menu masing-masing dan pemanis mulut sendiri. Ok…lea mulakan ye….

Seksyen Pentadbiran iaitu seksyen dimana lea ditugaskan membawa menu nasi goreng. Pelbagai jenis nasi goreng. Jadinya tiga orang ditugaskan menggoreng nasi hari tu. Selain daripada itu ada lontong, karipap, popia basah, cucur manis dan pudding caramel. Nasi goreng…Bila ditugaskan untuk menggoreng nasi terkejut juga. Nai goreng ni menu raya ke? Ada juga staf seksyen lain yang dok mempelekehkan nasi goreng ni. Yelah..menu murah. Mula-mula nak tukar menu juga tetapi setelah diyakinkan oleh rakan-rakan seseksyen yang lain kami teruskan dengan nasi goreng dan yang mengejutkan nasi goreng dulu habis. Yelah..mula jam 10 dan ada yang tak sarapan lagi jadi nasi goreng dululah yang diambil. Selain dari goreng kampung lea, ada nasi goreng cili padi dan nasi goreng tomyam. Sedap….








Seksyen IT pulak menunya soto. Soto yang sangat-sangat sedap. Memang ambik soto dulu sebab inilah kesukaan lea. Tapi bila makan berpeluh peluh dibuatnya. Sambal kicapnya sangat-sangat pedas ok. Pedas yang sedap. Hahaha. Korang tengoklah nama menunya ….semua pasal IT kan.





Seksyen kewangan pulak bawa laksa. Perghhh…memang sedap ok. Salah satu kegemaran lea juga. Memang terbaiklah laksa kewangan. Mereka juga buat air koktel, cheese tart dan pudding. Tak sempat ambik pun. Cepat je habis. Gebu betul cheese tartnya.



Seksyen Sumber Manusia pulak bawa mi jawa. Tak rasa pun sebab perut dah kenyang sangat. Cuma lea ada makan rojak buah. Sedap jugalah. Selain dari tu ada pudding caramel juga dna brownies. Sedap…..





Big boss Bahagian Khidmat Pengurusan ada sediakan hadiah bagi setiap setiap seksyen. Sama je hadiahnya. Saja untuk suka-suka. Yang tukang ikat riben tu lealah dengan bantuan rakan-rakan yang lain.


Sebelum menutup entri Aidilfitri tahun ini terimalah gambar-gambar kami ni ye.





Majlis kedua akhir-- Rumah Terbuka Seksyen Pentadbiran

Assalammualaikum. Berjumpa kita di hari baru dan diminggu yang baru.

Syawal dah berakhir Sabtu yang lalu tapi lea nak habiskan juga dua cerita rumah terbuka iaitu Seksyen dan Bahagian.

Kita mulakan dengan Seksyen Pentadbiran dulu ye. Perancangan adalah last minit punya perancangan. Majlis diadakan pada hari Khamis dan perancangannya dibuat pada hari Selasa. Bincang menu semua akhirnya diputuskan ada menu nasi putih. Jadinya lea bawak ayam masak kari dan ikan terubuk masin goreng. Menu lain bagi nasi putih ialah sayur campur, sambal goreng jawa , daging masak lada hitan dan telur dadar. Menu lain yang ada ialah mihun goreng, mi goreng, nasi impit kuah kacang, cucur manis, spageti dan buah-buahan.

Jadinya gigihlah lea malam sebelumnya mengari dua ekor ayam. Hahaha. Dah macam nak raya bau rumah malam tu.


Pada hari kejadian memang nasi impit yang lea cari dulu sebab ni memang kegemaran lea. Alhamdulillah walaupun sorang bawa sikit-sikit cukup untuk menjamu satu bahagian dan staf bahagian lain kebetulan yang datang ke tempat kami. Boleh bawa ke makan tengah hari terus. Alhamdulillah. Seronok buat makan-makan macam ni. Keluarlah skill memasak sorang-sorang.Tapi penatnya mengalahkan membuat kenduri kahwin anak.






Insyallah. Kita berjumpa lagi di Rumah Terbuka Seksyen Pentadbiran di tahun hadapanlah pulak ye.

Khamis, 13 Ogos 2015

Majlis Raya Lagi....

Pada minggu lepas diadakan Majlis Hari Raya peringkat kementerian di PICC. Sebenarnya malas nak pergi tapi pergi jugaklah dengan opismate. Naik dengan kereta jabatan. Sampai di PICC tetamu belum ramai. Tetapi lagi nak ke tengah hari lagi ramai yang datang. Memang sesak betul rasanya. Kami yang berdiri di hadapan bekas biskut untuk diagihkan akhirnya ke belakang. Bila agihan dibuat sampai bertolak-tolak dan lea memang menjadi mangsa tolakan. Adui….taknaklah pergi kalau macam ni. Tapi yang seronok lea dapat berjumpa dengan kawan-kawan di jabatan lama. Ada yang lapan tahun dah lea tak jumpa.





Dulu semasa di jabatan lama lea tak merasa menjadi tetamu sebab menjaga gerai. Nak makan pun makan gerai sebelah punya makanan je. Memang tak dan nak pusing cari makanan. Gerai makanan memang banyak tetapi bila gerai kita dah ramai yang serang memang tak boleh buat apa dah. Tapi kali ni menjadi tetamu tak lalu pulak nak beratur. Nasib baik kawan-kawan ada ambikkan makanan. Lea cuit-cuit je sikit-sikit. Tu pun dah kenyang.

Gambar kenangan di Jabatan yang lama.




Rabu, 12 Ogos 2015

BBQ Ayam Dan Kambing pulak ye

Pada sabtu 1 Ogos 2015 family sebelah suami buat BBQ. Kalau di Sarawak hari tu kita buat seafood, kali ni pulak ada ayam dan kambing.

Sebelum bermulanya BBQ diadakan majlis doas selamat. Anak buah yang mengetuainya. Adli masa majlis bermula sibuk je dok main-main. Bila dia tengok semua dok menadah tangan aminkan doa elok je dia duduk dan menadah tangan. Sejuk hati umie bila melihatnya. Majlis diadakan dirumah anak buah. Anak buah pun ada buat sekali mi kari dan pulut kuning. Lepas tu kami buat sesi bergambar. Seronok dapat berkumpul macam ni. Abang ipar dekat Taiping je takde dengan abang ipar kat Teluk Intan. Isterinya ada. Takpelah. Tahun depan kita berkumpul semuanya. Insyaallah…..

Seronok betul ye Adli

Elok je dia berdiri di tengah-tengah tu. Orang semua dah duduk dah Adli


Lepas tu elok je bersilanya. Good boy anak umie ni.



Umie pun nak bergambar jugak


Tukang kipas hari tu. Sian dia sorang-sorang. Anak buah yang dua orang tu sekejap ada sekejap takde. Along dan adik......







Mak mertua dengan anak dan menantu


Dengan anak, menantu dan cucu-cucu