MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 28 Julai 2015

1 je gambar keluarga

Assalammualaikum semua.

Tengok gambar family orang masa raya memang cemburu tahap gaban. Hahaha.

Lea? Adui rasanya takde gambar yang betul-betul elok. Ada je yang tak kena. Yang selalu buat hal dak Adli lah.Hanya satu yang elok tu pun anak masam mencuka. Susah betul nak diambil gambar Adli sekarang. Memang tak nak saja.

Ni lea curi-curi ambil gambar Adli. Mula-mula tak nak pakai sampin dna songkok. Bila tengok abah bersiap dengan sampin dan songkok terus minta dipakaikan. Tahan jugaklah sampin tu sampai jam 1 petang. Lepas tu ke mana ntah terbang.


 Ni Adli di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke kampung. Songkok dah hilang dah. 

Nilah satunya gambar yang elok. Tapi Adli ngan abah pula tak senyum. Ni jelah yang dia nak duduk elok. Yang lain.....Tema kami biru. Tapi biru lain-lain. Hahaha. Sebab beli asing-asing. Baju Adli pulak esok nak balik Kuching jam 1 pagi baru siap. Tahun depan kena bila siap jelah. Tak nak tempah dah. Risiko betul. Baju umie takpe tempah sebab susah nak dapat saiz bagi baju yang siap. Takpelah. Janji warna biru walaupun biru lain-lain.



Sehari sebelum raya

Hari kedua di Kuching. Pagi tu panas betul sampai ke tengahari tapi dalam jam 2 hujan telah turun dengan selebat-lebatnya. Ayah yang dok bakar lemang pun terpaksa berpindah tempat ke bawah rumah. Hari tu juga buat ayam pansuh. Sedapnya bila ayam dibakar di dalam buluh.




Alhamdulillah petangnya hujan berhenti. Jadinya kami tiga beranak pun pakai motor atok pusing-pusing kampung. Adlilah seronok naik motor. Bergaya sungguh dengan spek hitam atuknya.




Tadika KEMAS lea dulu. Kenangan betul lah.




Isnin, 27 Julai 2015

Aidilfitri 2015 1

Assalammualaikum semua. Selamat Hari Raya. Lama dah tak update blog. Berkurun rasanya. Hehehe. Oklah nak cerita pasal raya untuk 2015.

Nak  mulakan dari mana ye.

Oklah. Lea mulakan dari balik Kuchinglah ye. Sebab ada kenangan yang menarik untuk lea dekat situ. Penerbangan balik kami ialah pada hari Rabu 15.07.2015 jam 10.05 pagi. Jam 7 dah kami sekeluarga bergerak ke KLIA. Sampai-sampai ke KLIA terkejut nengok barisan yang sangat panjang. Dekat 2 jam jugaklah berbaris nak dropkan bag sahaja. Nasib baik check in siap-siap melalui internet.
Barisan yang sangat panjang

Menunggu sebelum masuk ke balai pelepasan

Budak yang tak reti diam

Nasib baik dalam kapal terbang nak tidur sebab bangun awal nak ke KLIA

Sarawak kesayanganku

Penerbangan mengikut masa yang ditetapkan.Dekat jam 12.00 tengahari dah sampai Kuching. Di sini ada sesuatu yang akan menjadi kenangan pada lea. Bila teringat tergelak sendiri. Selesai urusan Imigresen turun ke bawah nak ambil bagasi kami. Tunggulah ditepi conveyor untuk menunggu beg.
Dah sampai dah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Adli…


Dia kenal sangat dengan begnya. Beg jenama crocodile bewarna ungu yang lea belikan semasa jualan murah. Harga asal RM399 lepas diskaun RM129. Lea beli semasa dia baby lagi. Travel mana-mana memang tulah beg baju Adli. Bila dah berdiri ditepi conveyor tu asalkan beg ungu je dia kata beg dia sehinggalah beg dia keluar, Adli punya berlari nak ambil beg dia. Terpaksalah lea berlari sama dan dicelah-celah oranglah lea dok ambil beg lea. Dah tu dia sendiri pulak nak menarik begnya. Tak baginya lea ambil beg dia tu. Orang lain dok gelak dan geleng kepala nengok gelagat dia. Yang dia pula sepanjang jalan dok kata ni beg Adli. Tersenyum sendiri lea. Dah besar betul anak aku ni.  Bila teringat memang lea akan gelak sendiri.

Sibuk menunggu begnya

Nak tolak sendiri juga

Sampai dah di rumah familyku yang cute ni. Rumah kampung je. Rumah tempat kami adik beradik dibesarkan.

Jumaat, 10 Julai 2015

Pak Haji Kecik

Salam jumaat buat semua. 

Semalam anak bujang ikut lea ke pejabat sekejap pagi tu. Kebetulan abahnya cuti dan ada urusan sekejap Adli ditinggalkan dengan lea sekejap. Kalau beli minyak kat Petronas wajib beli milo dan biskut. Adli bila nampak Petronas bukan disebutnya Petronas. Dia sebut milo. Semalam jam 4.30 dah bangun. Orang sembahyang subuh dia sibuk dok cari kopiah. Sampai ke pejabat lea dia berkopiah. Nasib baik sekejap je urusan abahnya.

Mereka kesayanganku

Sibuk nak berkopiah


Rabu, 8 Julai 2015

Suasana Hari Raya di Pejabat

Assalammualaikum.

Bila tibanya Aidilfitri mesti pejabat-pejabat meriah dengan deko-deko Hari Raya. Pejabat lea tidak terkecuali. Bagi Unit Pentadbiran nasib baik ada seorang insan yang sangat rajin dan kreatif untuk membuat semuanya.

Ingat dulu dekat pejabat lama. Lealah antara mereka yang menyumbangkan tenaga untuk menghias pejabat sesuai dengan suasana hari raya. Kekadang rindu dengan suasana di pejabat lama dulu.Hubungan kami sangat rapat. Dah rasa ahli keluarga sendiri.Hahaha. Touching2 pulak kat situ.

Oklah korang layanlah gambar-gambar yang lea ambil semalam. Time takde orang bolehlah beria ambil gambar. Kali ni buat dekat partition je. Ada kreatifnya dekat situ.




Tak nampak pun lea kan

Closeup sikit

Ha....nilah tuan tanah kedaong

Nilah insan yang menjadi teraju utama dalam menghias kali ini

Selasa, 7 Julai 2015

Budak tak puasa dapat cakoi free

Assalammualaikum semua. Disaat menaip entry ini Lea dok duduk disebelah Adli yang sedang tidur lena. Kiranya auto publishlah ye entry ini. Boleh awal pulak dia tidur hari ini. Kalau tak mau jam 1 jam 2 baru dak Adli ni tidur.


Tengok gambar budak tak puasa kat atas tu. Ceritanya hari Sabtu lepas pergi Shah Alam. Sebelum keluar tu dah masak siap-siap untuk berbuka. Selepas selesai beberapa urusan suami ajak ke Bazar Ramadhan dekat Shah Alam sebab dia dok mengidam nak makan ayam percik. Ok..Lea temankanlah dengan si kecik kami tu. Adli pulak sambil berjalan rupanya dia dok tengok apa yang berkenan di hati. Rupanya dia minat dengan cakoi. Selamba dia je ambik satu dan ngap. Adui li...lastnya lea cakap dengan adik yang jual lea nak bayar yang satu Adli makan tu. Adik tu tengok Adli dan cakap takpe kak. Saya sedekah. Terima kasihlah dik. Murah rezeki adik tu hari tu. Macam-macam dia nak. Air milolah. Air birulah. Layan air milo je. Air biru minta maaf. Dah sampai dekat kereta nak lagi cakoi. Akhirnya suami beli jugalah dengan adik yang jual cako. RM2 5 ketul. Boleh habis Adli makan dalam perjalanan ke rumah.


Ni pulak cerita hari Ahad. Tiba-tiba Adli dok cakap dengan lea. Dia suruh ambil gambar dia. Ingatkan dengan gaya peacenya. Rupanya dia suruh ambik gambar dia tidur. Tengok muka pun muka berlakon tidur. Tergelak sorang tengok gelagat dia ni. Pandai tu berlakon tidur. Hahahaha.

Semakin besar semakin macam-macam ragam Adli ni. Dialah buat kita marah, geram dan kadang-kadang buat kita senyum dan ketawa. 

Isnin, 6 Julai 2015

Bila kehilangan nombor telefon kawan baik




Nilah antara kawan terbaik yang lea pernah ada. Sekarang dia dah bertugas di Kelantan. Tempat asalnya. Lea panggil dia dengan nama Kak Ja je. Dia tua rasanya dua tahun dari lea.

Untuk pengetahuan kak ja mengalami sedikit kekurangan pada kakinya tapi dia seorang yang sangat tabah dalam melalui kehidupannya. Dengan dia lea boleh bercerita dan meluahkan rasa. Hahaha. 

Tapi bila telefon lea buat hal dan nombor dia lea cuma simpan dalam phone bukan sim kad tu yang buat lea kalut jugalah sikit. Yelah lea tahu dia mengandung dan akan bersalin bila-bila masa. 

Akhirnya...dia sendiri yang whatsup lea. Alhamdulillah. Lea terus tanya dia dah bersalin ke belum. Dah katanya. Inilah Mohammad Adam Haziq. Lea tumpang gembira dengan kehadiran baby dia. Bilalah boleh jumpa Adam Haziq ni.....


Khamis, 2 Julai 2015

15 Ramadhan dan sedikit kisah Adli

15 Ramadhan dah. Alhamdulillah masih berjaya untuk tidak ke Bazar Ramadhan. Masih lagi merajinkan diri memasak untuk suami dan anak. Lauk lea masak pun simple je. Masak dua jenis. Yang penting sayur mesti ada. Nak bagi sikecik makan kena potong sayur halus -halus. Tapi semalam tak payah potong suka pulak dia makan kacang buncis. Ok. Nilah lauk teman semalam ye puan-puan.




Adli…
10 Julai ni genaplah usianya 2 tahun 9 bulan. 3 bulan lagi 3 tahun.
Sekarang semua pandai dah.
Meh lea cerita sikit pasal Adli.

Sekarang suka sangat menyanyi. Tapi bunyinya hujung-hujung jelah.

Bila lea menangis nengok cerita dekat TV dia mesti datang dekat ngan lea dan tanya.. naper umie sedih?

Bila lea marah dia , Adli mesti cakap tak nak kawan.

Nak tido pandai dah baca bismilllah tapi masih sangkut-sangkut lagi.

Bila azan dekat tv cepat-cepat pergi kat lea tanya. Umie tak solat? Cepatlah umie solat dan dia pulak mana dan dia boleh solat dia solat. Kadang-kadang tilam kecik dia dijadikan sejadah.

Tu je yang lea ingat setakat ni. Nanti sambung lagi ye.




Rabu, 1 Julai 2015

Cuti raya dah lulus dah. Alhamdulillah...

Alhamdulillah. Hari ke 14 di dalam bulan Ramadhan. 16 hari lagi akan berakhir Ramadhan pada tahun ini. Syawal pulak yang akan menjelma. Cuti korang dah lulus dah ke. Cuti lea Alhamdulillah bos dah luluskan.Lea akan bercuti mulai 15.7 hingga 24.7. Insyaallah tahun ni aidilfitri akan disambut di kampung lea di Kuching Sarawak. Tahun lepas kita dah beraya di Teluk Intan. Jadinya tahun ni turn Kuching pulak ye.


Minggu lepas, macam-macam benda yang berlaku. Dengan takde aircondnya dari hari rabu sampai jumaat. Aduh. … memang takleh buat kerja dibuatnya. Akhirnya kawan bawa kipas barulah rasa segar sikit. Memang panas betul. Tu baru panas dunia kan.



Minggu lepas juga kami satu bahagian sibuk bungkus kurma untuk diagihkan semasa perhimpunan bulanan. 90kg kurma untuk 400++ bungkus. Tiga hari jugalah siapnya. Nak masukkan kurma dalam plastic, nak lekat sticke dan meletakkan riben. Riben bukan boleh terus letak. Kita bentukkan dulu. Tulah yang memakan masa sangat.




Perhimpunan diadakan pada isnin lepas. Lea ditugaskan untuk menjaga meja pendaftaran. Teringat kerja dekat pejabat mula-mula dulu. Hampir setiap minggu menjaga meja pendaftaran. Dah nama tempat berkursus kan. Masa pendaftaran pelbagai ragam yang boleh dilihat. Ada yang jenis tak sabar mencari borang bagi jabatannnya sampaikan bising-bising. Ada yang menulis nama dekat bahagian lain. Ada yang tak sabar nak dapatkan kurma, Hehehe. Manusia bukannya hati sama kan. Perati jelah.