MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 30 Jun 2015

Rezeki DariNya

Disaat malam sepi ini semasa menaip entry ini air mata tiba-tiba menitis. Adli hampir 3 tahun usianya. Tadi selepas suami terawih, lea ajak suami keluar . Teringin sangat nak minum teh Tarik. Adli siap tanya gi mamak ke umie? Lea senyum je. Sungguh petah dia berkata-kata. Ada perkataan terus. Ada juga perkataan yang lea tak paham lagi.

Di dalam kereta, Adli duduk dibelakang sambal beberapa kali menguap. Ala..siannya anak umie. Lea pun suruh dia duduk di depan dengan lea. Sekejap je lepas tu terus tidur dipangkuan lea. Sekejap betul masa berlalu. Dulu dia hanyalah bayi comel yang lena dipangkuan lea. Sekarang anak kecik tingginya hampir 1 meter dipangkuan lea. Tanpa sedar air mata menitis. Masa ni takkan ada ulangannya. Bila dia dah besar takkan nak dipangku lagi. Sesungguhnya lea rindu saat dia kecik dulu. Bila mengemas baju-baju semasa dia masih bayi lea menangis lagi. Argh….kenapa kesedihan itu mesti datang.

Adli..anugerah dariNya buat kami setelah 6 tahun menunggu kehadiran sesuatu yang dinamakan zuriat. Setelah pelbagai rintangan untuk memiliki, akhirnya rezeki kami bersama Adli. Adli…….. dia madu, dialah penawar.

Zuriat.

Siapa yang tidak mahu zuriat. Hanya mereka yang berhati ‘binatang’ je sanggup membuang zuriat sendiri. Cuma cepat dan lambatnya saja. Itulah rezeki namanya. Kalau ada Alhamdulillah sudah rezeki. Kalau tiada mungkin belum rezeki lagi.

Bagi sesiapa yang belum mempunyai zuriat sendiri janganlah dihina dan janganlah dikeji. Mereka juga punya hati dan perasaan. Mungkin pada zahirnya mereka boleh tersenyum suka, ketawa riang tapi dihatinya tiada siapa yang tahu. Siapa yang tahu kesedihan, kesunyian yang mereka lalui. Sesungguhnya ajal, maut, jodoh, pertemuan dan rezeki itu adalah perancangan dariNYA. Sebagai hambanya hanya mampu menerima dan redha atas ketentuannya.


Disaat membaca kembali entry ini air mata mengalir laju.


Isnin, 29 Jun 2015

Sihijau yang bernilai 50

Cantik betul si warna hijau.
Selalunya warna hijau dikatakan cemburu.
Betul ke?
Hehehehe
Kebetulan kot.

Dulu……..
Tingginya nilainya
Dapat
1
2
3
4
Kadang-kadang 5 barang

Sekarang………
1
2
3
Barang pun susah nak dapat

Nilainya semakin mengecil ke
Atau barang yang mahal

Walau apa pun jawapan
Hidup kena diteruskan juga

Makan
Minum
Tempat Tinggal
Pakaian
Kereta/Motor
Semuanya keperluan asas yang perlu

Sihijau hanya sekejap saja di beg comelku
Sebelum bertukar tempat
ke tauke yang kaya raya

Itulah ertinya sebuah kehidupan



Siri Jejak Kasih : Mencari kawan yang sudah lama terpisah


Assalammualaikum. Lama betul tak bersiaran. Tahap kemalasan tu melampau-lampau. Oklah. Lea nak update hari ni. Ni abang ipar lea minta tolong carikan kawan dia yang dah lama terpisah. Dia nak sangat-sangat jumpa kawan dia ni.

Nama kawan yang dia nak cari ni AMIN. Asal orang Melaka. Pernah  bersama-sama kerja dengan abang ipar Lea di Bina kilang kain di Kuala Kangsar  pada tahun 1973. Pada korang yang mungkin kenal dan tahu di mana Encik Amin ni berada boleh hubungi abang ipar lea  Sejali Abiddin  di nombor   013-4507325.
En. Amin

Isnin, 22 Jun 2015

Keladi masak asam, sagu gula melaka dan kerabu pegaga

Assalammualaikum semua. 5 Ramadhan dah hari ni. Apa menu berbuka hari ni? Lea tak tahulah. Hari ni langsung takde idea. Ni menu yang lea masak untuk berbuka tapi tak ingat untu hari yang keberapa.

Sayur keladi masak asam. Lea sangat suka makan sayur keladi tapi part nak menyiangnya lah paling tak suka. Tapi bila makan, alhamdulillah sedap juga aku masak. Gatal alhamdulillah takde. Selalu kan gatal kan. Ikut keladi juga kot.

Sagu gula melaka. Gambar belum letak gula melaka lagi. Sedapnya makan bila sejuk. Gigih tu masak sagu. Hehehe. Adli suka sangatlah tu. Aiskrim katanya.

Kerabu pegaga. Memang fav lea dan suami pun cakap sedap kerabu yang lea buat ni. Lea tak letak kerisik sebab lea taknak rasa segar dekat pegaga tu hilang. Ingat boleh ulang dua kali makan. Dah suami ratah.. Alhamdulillah habis.


Sebenarnya banyak lagi menu yang dimasak tapi yang ini adalah yang terpilih sebab jarang-jarang lea buat. Hari ni tak tahu nak masak apa. Kalau dah masuk dapur tu pandailah ye tak mengolah menu. Yang penting bahan basahnya ada. 

Sabtu, 20 Jun 2015

Sendiri dan tetap sendiri

Assalammualaikum semua. Apa khabar hari ni? Harap semuanya sihat. Selamat bercuti bagi yang bercuti.

Hari ni bangun sahur kecoh n riuh dengan Adli. Nak main telefonlah, nak tengok tvlah dah tu merengek rengek. Mata ngantuk tapi ditahannya.

Bila tengok gambar di atas teringat mak dan ayah di kuching. Kami ni keluarga kecik.Tiga beradik je.Tiga2 perempuan. Semua dah kahwin . Masing2 mempunyai kehidupan sendiri. Lea dah dok kat semenanjung, adik2 dekat Kuching tapi masing2 dah duduk sendiri tapi masih dekat dengan mak dan ayah.

Itulah kehidupan kan. Walaupun punya anak sepuluh bila anak dah besar tinggallah  berdua takpun sendiri bila pasangan kita tiada. Nak tak nak kena laluinya. Mula mula sendiri dan akhirnya sendiri juga kan.

Jumaat, 19 Jun 2015

3 air sekali dimintanya


Dok menahan mata yang ngantuk tapi ditahannya. Adli sekarang malam kena gaduh dulu dengan dia baru dia tido. Kena dia menangis dulu. Lepas tu tidolah tak sedar sampai pagi. Sedar2 pun dia minta tukarkan pampers. Tak pun nak susu. Nak susu ada satu cerita kelakar dak Adli ni. Jam 3 pagi bangun nak susu. Dia kalau nak susu mesti nak abah je. Lea kalau dia nangis tu memang sedar sekalilah.

Dialog Adli bila minta susu awal pagi tu.

Abah....nak cucu. nak milo. nak air cuam. uwa.....menangis. sekali 3 air dimintanya. Hahaha. Lastnya suami buat susu je. Sampai tiga air sekali minta.

Selfie dengan anak dan cerita hari pertama puasa

Assalammualaikum semua. 

Adli adalah seorang yang sangat-sangat susah nak ambil gambarnya. Ni gambar ahad lepas. Dok golek-golek ngan Adli atas katil. Abah takde pergi  gotong royong. Tinggal Adli ngan umie. Tiba-tiba Adli cakap. Umie..bik gambar mie. Umie dengan pantas terus ambil telefon dan klik sana klik sini. Pandai pulak dia buat muka tu. Pertama kali tu minta lea ambil gambarnya. Selalunya umie yang beria nak ambil gambar dia.


Semalam geng kat ofis dok ambik belimbing dengan belakang ofis. Merimbun buahnya. Dapatlah sebakul sampah yang sederhana besar. Tapi alas dengan plastiklah. Lepas tu masing-masing ambik sikit sorang.Tak tahu nak buat apa dengan belimbing ni. Kalau masak lemak sedaplah letak belimbing ni

Semalam korang berbuka menu apa? Beli ke masak? Hehehe. Lea masak yang simple-simple je semalam. Ikan kembung percik dengan sayur kangkung goreng belacan. Alhamdulillah. Azam tak nak ke bazar Ramadhan berjaya semalam. Masak ikan empat ekor je. Cukup dua ekor untuk berbuka dan dua ekor untuk sahur. Hahahaha. Kalau tengok macam kedekut je kan. Main kira. Hahaha. Bukan kedekut k. Cuma taknaklah membazir. Alhamdulillah semuanya habis masa sahur tadi. Kuih lea goreng popia yang lea belikan yang sejuk beku. Sedap. Adli suka makan. Untuk Adli pulak dia nak ayam goreng. Lagi senang umie nak masak. Pagi tadi goreng je nasi unutk bekal Adli.


Khamis, 18 Jun 2015

Berpuasa 24 jam


Sangat tertarik dengan perkongsian di facebook ini. Diharap ada kaedah yang terbaik untuk waktu berbuka untuk mereka. 

Penduduk Islam yang tinggal di Lingkaran Kutub Artik perlu segera mencari kaedah terbaru untuk menentukan cara menetapkan berpuasa berikutan waktu siang di negara-negara berkenaan boleh mencecah sehingga 24 jam.....

Sebuah Pertubuhan Masyarakat Islam di Sweden berkata,,, kaedah terbaharu itu sedang dirangka untuk bulan Ramadan yang tahun ini,,, untuk menetapkan waktu berpuasa dan berbuka seperti umat Islam lain.....

Matahari bersinar selama 24 jam di atas Lingkaran Kutub Utara dan sebaliknya jauh di sebelah selatan......

“Kami mempunyai dua persoalan yang sukar,,,tidak hanya waktu berbuka di utara tetapi juga waktu mula berpuasa,” ujar Mohammed Kharraki, jurucakap Pertubuhan Masyarakat Islam Sweden, ,,kepada AFP.....

 “Anda sepatutnya mula berpuasa sebelum matahari terbit, pada waktu subuh... Tetapi tidak ada waktu subuh pada musim panas di Stockholm,,,” tambahnya....

Pada tahun sebelum ini,,, umat Islam di bandar-bandar di pinggir Lingkaran Kutub Artik seperti Kiruna dinasihatkan berbuka puasa pada masa yang sama dengan orang lian di Selatan......

Namun,,, beberapa perjumpaan dengan imam-iman di Sweden dan Eropah di utara Sweden pada minggu ini mencadangkan pendekatan terbaharu perlu dilaksanakan.....

“Sekarang ini anda perlu berpuasa seperti kali terakhir matahari terbit dan terbenam,,,” kata Kharraki.
Tambahnya,,, garis panduan terperinci masih diusahakan dan mungkin membabitkan waktu berbuka puasa pada awal petang selaras dengan sebahagian negara di dunia....

Peraturan terbaharu itu dirangka oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah yang dijangka diguna pakai di seluruh benua dan termasuk nasihat mengenai keadaan di mana umat Islam boleh berbuka puasa untuk mengelakkan pengsan kerana kekurangan makanan dan air....



Pembaziran kita di bulan puasa

Assalammualaikum semua. Salam 1 Ramadhan dari lea. Sahur jam berapa pagi tadi? Lea jam 4.30 dah bangun dan panaskan lauk-lauk yang dimasak semalam. Jam 5 lebih dah selesai semua. Jam 6.30 dah bertolak ke pejabat sebab nak elakkan kesesakan yang pasti akan berlaku. Balik 4.30 petang pun sekarang dah sesak sebab semua orang berebut nak balik awal dan sampai kerumah awal untuk masak dan ada juga yang nak ke bazar ramadhan.

Sebut pasal bazar ramadhan, lea dah cakap dengan suami tahun ni takde dah nak beli-beli lauk kat bazar ramadhan. Dahlah mahal, belum tentu sedapnya. Yang tak syoknya ada yang lebihan semalam dipanaskan balik dan adakalanya basi pun dijual. Kuih jangan cakap. Pernah terkena inti karipap dah basi. Adui...tak semua peniaga macam ni. Ada yang betul-betul jujur berniaga. Yang tak jujur ni. Cakap dengan suami ramadhan ni lea akan masak macam biasa je bezanya ada kuih dan semestinya buah kurma mesti ada.

Tadi sampai awal dekat pejabat. Jam 6.50 dah thumbprint. Sementara menunggu pintu pejabat buka, dok bacalah surat khabar semalam dan lea tertarik dengan artikel di bawah. Mengapa ini berlaku? Yelah, seperti yang lain lea pun sama semuanya teringin. Tengok tu sedap, tengok ni sedap lastnya terbuang macam tu je. Yelah masa tu belum ada keinsafannya lagi. Main beli je. Tu baru bab makanan. Belum air lagi. Air sampai 3-4 jenis dibelinya. Kadang-kadang bila buang tu sayang tau. Tak boleh jadi ni. Kena perbetulkan apa yang tak betul. Jadinya kena masak sendirilah jawabnya. Masak dalam kuantiti yang boleh dimakan semasa berbuka dan sahur sekali. Tulah adalah jalan penyelesaian terbaik bagi lea. Bila difikirkan perbelanjaan untuk bulan ramadhan lagi banyak dari bulan biasa. Harapnya azam tak nak beli akan smapai ke penghujung ramadhan nanti. 



Rabu, 17 Jun 2015

Tolong abah kemas kapal terbang

Kita lupa dulu pasal lori sampah. Memang dah sah2 Adli suka lori sampah. Sampai tukang ambil sampah dah kenal dengan dia. Nama Adli je dia tak tahu.

Ahad lepas suami mengemas koleksi kapal terbang dekat rak IKEA yang dibeli 4 tahun lepas. Nak tau ceritanya boleh klik link ini Rumah Baru Memang penuh dua rak tu dengan koleksi kapal terbangnya. Suami awal-awal pagi dah mengemas dan lap-lap rak tu dengan harapan Adli akan bangun lewat dan tak mengganggu proses mengemas. Tapi Adli boleh pulak bangun jam 7 pagi. Hahaha. Nasiblah abah. Anakmu nak menolong mengemas sama. Jadinya sambil dia tolong Abah tu sambil dia ambik buat mainnn...katanya. Hahahaha. Sukalah tu main. Yang paling tak boleh tahan, kapal terbang letak atas lori dan cakap lori sampah umie.



Makan-makan sebelum puasa

Assalammualaikum semua. Khamis ni kita dah mula berpuasa. Sebelum berpuasa kami telah buat majlis makan-makan sikit secara potluck. Untuk hari Isnin kami buat untuk bahagian. Jadi setiap seksyen bawalah menu masing-masing. Seksyen pentadbiran bawa mihun, Seksyen Sumber Manusia menunya mi jawa, Seksyen ICT nasi lemak dan Seksyen Kewangan juga Nasi lemak. Sambal nasi lemak macam-macam ada. Ada smabal sotong, sambal paru, sambal petai, sambal hitam dan macam-macam lagi. Gambar lea tak sempat nak ambik dalam erti kata lain lea LUPA.

Siang tadi pulak (Selasa) Seksyen Pentadbiran pulak buat potluck. Lea tak bawa apa pun. Bawa perut je. Hahahaha. Entahlah 2-3 hari ni mood kelaut betul. Malas je rasa nak masak-masak. Kawan-kawanlah bawa macam-macam. Ada nasi goreng, puding roti, cheese tart dan apam nasi. Sedapnya. Tengahari pulak ada nasi arab. Alhamdulillah kenyang. Terima kasih semua.

Antara menunya

Nasi goreng kak Asmah yang sedap tapi pedas menyengat.Berair mata dibuatnya

Puding roti air tangan hanis

Apam nasi air tangan Asma

Pemandangan yang penuh dengan makanan

Nasi Arab UNITEN

Selasa, 16 Jun 2015

Ke Melaka Satu Hari

Ni cerita jumaat minggu lepas. Bos nak adakan mesyuarat di luar ibu pejabat dan pilihannya adalah Melaka. Jadinya lea sebagai urusetia mesyuarat haruslah pergi sekali. Kami pergi menggunakan coaster jabatan. Tak ramai pun yang naik coaster. Rasanya dalam 8 orang je kot. Yang lain pergi menggunakan kenderaan sendiri. 

Coaster akan bertolak pada jam 7.30 pagi. Paling lewat pun 7.45 pagi. Kena bertolak awal takut jem ataupun perkara diluar jangkaan. Mesyuarat akan bermula pada 10.30 pagi. Tapi jalan hari tu sangat-sangat lengang.Kami sampai di melaka dalam jam 9.15 pagi. Awalkan sampai. Jadinya kita sarapan dulu.

Meeting dimulakan pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh. Sekejap kan.. Yelah yang lelaki nak sembahyang jumaat. Selepas tu mulalah aktiviti jalan-jalan kami. Yelah. Masing-masing nak beli belacan, cencaluk, gula melaka dan macam-macam lagilah.

Keaadaan di dalam coaster




Pekena cendol di tepi sungai

Rindu kat bapak..

Assalammualaikum semua. Apa kabar hari ini. Pejam celik pejam celik lusa kita dah di bulan Ramadhan. Sekejap betul kan masa berlalu. Rasanya baru je menyambut hari raya. Tahun ini Insyaallah lea akan menyambut Syawal di Kuching Sarawak. Tahun lepas kita di Teluk Intan tahun ni Kuchinglah pulak kan. Adil dan saksama. Hihihihi.
Semas birthday lea tahun 2011. Masa ni bawa mak berjalan ke JB
 Semalam rupanya Hari Bapa ye. Lea tak tahu pun. Dengar iklan dekat radio tapi tak ambil pusing snagat. Baca pagi tadi rupanya hari ni semalam hari bapa. Cerita pasal bapa membuatkan lea rindu pada bapa dekat Kuching. Nama ayah Lea ialah Ismail. Sekarang sudah berusia 66 tahun.

Tahun 2011 di Taman Tasik Taiping

Lea mempunyai 4 adik beradik. Tapi adik lelaki lea meninggal semasa dia berusia 3 tahun. Jadi tinggallah kami tiga2 perempuan. Lea anak yang sulung. Dulu lea sangat-sangat rapat dengan ayah. Dengan ayahlah lea tengok bola dekat tv. Dulu semua pemain bola dari yang tempatan sampai antarabangsa lea kenal. Tapi sekarang jangan ditanya. Memang tak kenal.
Aidilfitri 2013. Dok bawa Adli
Aidilfitri 2013. Dok bawa Adli

En. Ismail adalah pesara kerajaan. Dah dekat 10 tahun dah pencen. Memang diakui kita ni lebih rapat dengan mak. Call pun cakap dengan mak. Dengan bapa macam takde topic nak cakap. Entahlah…. Mak dengan ayah sama pentingnya dengan kita. Mungkin orang lebih Nampak pengorbanan ibu tapi pengorbanan ayah tu sama penting. Dialah yang sediakan tempat tinggal, makanan, pakaian dan segala keperluan kita dan ibu pulak penyambung kepada semua yang bapa sediakan.
Di Damai Sentral
Lea jauh dari mak dan ayah. Hanya doa yang mampu diberi di kala berjauhan. Rindu itu sentiasa ada tapi hanya dipendam.


Bapak, selamat hari bapak. Bukan untuk 15 Jun sahaja setiap hari bapak sentiasa diingatan. Lea saying kitak pak.

Isnin, 15 Jun 2015

Nasi lemak, pasar borong dan otomen Adli

Suatu pagi di hujung minggu.

Kalau hari cuti dan kebetulan suami pun bercuti memang nasi lemak nilah yang menjadi pilihan untuk minum pagi. Nasi lemaknya sedap. Terasa lemaknya, bau wanginya. Dari jauh cium dah tau sedap. Hahahaha. Macam manalah badan tak berlemak ye dak. Kalau suami beli lea mesti nak sambal parunya. Sedap.... Sian suami beratur dalam hujan. Lea panggil nasi lemak ni nasi lemak lori.


Selepas tu pergi pasar borong sebab nak beli ikan bilis dan sedikit barang kering. Lea suka beli ikan bilis dekat Balaji sebab banyak pilihan ikan bilisnya. Drai sekecik-kecik bilis sampai ke besar-besar bilis yang ada. Harga pun berpatutan. Nak buat stok buat sambal tumis. 




Yang pergi beli suami. Lea dan Adli tinggal dalam kereta. Tak boleh bawa Adli. Karang entah apa-apa diambilnya. Sehari selepas ni suami bawa dia beli nasi lemak. Nasi lemak lagi... Ni dekat gerai lain. Dia selamba je ambil karipap dan makan. Suami cakap kat akak yang jual. Berapa harga karipap. Anak saya ambil satu dan makan. Akak tu cakap tak payah. Sedekah.



Dengan Adli macam-macam yang dia buat dalam kereta. Siap jadi atomen. Adui. Dia dah pandai dah tengok tv. Tau dah cerita atomen katanya,UpinIpin dan Robokar Poli. Itulah fav dia selain azan dekat tv.  Dah tau siaplah umie dan abah difirenya dekat rumah. Tu yang kadang-kadang marah juga kat dia tu. Tak tahan lea kena fire ngan dia ni. Tenaganya kuat tu. Abahnya pun kadang-kadang menjerit dibuatnya. Dah tu kita buat-buatlah nangis. Pandai...pergi dekat kita dan tanya. Umie sedih ke? Ali (tak pandai sebut Adli) minta aap ye umie...Pandai minta maaf. Hehehehe. Tu yang sejuk hati Umie.




Jumaat, 12 Jun 2015

Ke kilang kertas

Hari Selasa lepas lea berpeluang ke sebuah kilang kertas di Kajang. Tujuannya? Proses pelupusan fail. Kami dah dapat kelulusan Arkib Negara untuk melupuskan fail-fail terbuka. Jadinya kenalah dilupuskan. Cara yang paling senang bawa ke kilang kertas jelah dengan syarat kena tunggu sampai habis fail-fail dimasukkan ke dalam mesin penghancur.

Pertama kali ke kilang kertas. Rupanya kilang ada satu mesin macam blender yang boleh hancurkan kertas-kertas ni seperti tanah. Memang halus sangat-sangat. Di kilang kertas ni keselamatan kena diutamankan. Nak bercakap? Memang tak dengarlah. Forklift truck memang bergerak takde tengok kiri, kanan dan belakang. Depan kena tengoklah. Memang kena berhati-hati. Belum lagi timbunan kertas yang dah diikat sebundle-sebundle. Takut kena hempap je.

Tapi seronok. Sekurangnya dapat pendedahan macam mana proses membuat kertas tu berlaku. Pengalaman baru tu. Pengalaman yang susah nak dicari.

Kertas-kertas yang sudah diikat (dekat blekang) untuk diproses

Tengah berbaris nak masuk dalam blender

Kawasan luar kilang


Khamis, 11 Jun 2015

Tiket 1st Class

Korang tengoklah si bujang lea ni. Kalau tengok tv tulah gayanya. Tinggi bebeno. Tiket 1st class. Hehehe. Dilarang karang menangis macam orang pukul dengan rotan. Beria nangisnya. Siap melompat-lompat. Adui. Dengan lea kurang sikit mengadanya. Kadang-kadang tu mendengar kata sangat. Buka tv ada cerita yang dia suka dia senyap je, tapi bila abahnya balik mulalah dia.

Nak manjatlah. Duduk tempat tinggi-tinggilah macam ni. Mulalah drama air mata dia tu. Dia tahu kalau dengan umienya memang kena marah je. Abahnya pulak baik je. Tu yang manja semacam dengan abah. Paling best bila tengah malam nak abah jugak buat susu. Hehehe. 

Dok tengok Robocar Poli

Tak berkelip mata tu

Korang tengok jari kaki dia tak macam kaki budak 2 tahun 7 bulan

Bayi warna kulit paling gelap di dunia



sumber dari perkongsian di facebook. 
Bayi dikatakan dilahirkan di Afrika Selatan.

Untuk renungan bersama
Ada kita dilahirkan dengan kulit putih dan cantik tapi hati tidak secantik dan seputih kulitnya.
Ada kita wajah tak cantik tak lawa tapi hatinya adalah sangat cantik.
Warna kulit, bentuk wajah tidak menjaminkan apa-apa. 
Yang penting adalah hati kita.