MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 28 Mei 2015

Sambal tempe dan kari kaki ayam sedap

Ni sambungan cerita nak makan nasi lemak tapi makan laksa sarawak. Jadinya lepas makan laksa tu pergi jugak kedai nasi lemak 90 sen tu sebab teringat-ingat dengan tempenya yang sedap dan rangup dan kari kaki ayam yang super-super sedap dan lembut.

Jadinya lea bungkus je nasi lemak 3 dan tempe serta kari kaki ayam masing-masing RM5. Super terkejut lea RM5 sepenuh-penuh plastik akak tu letak. Nasi lemak tu lea tawakal jelah untuk sarapan esok. Kari ayam tu letak peti sejuk esok leh panaskan. Alhamdulillah esoknya semua makanan yang dibeli masih elok untuk dimakan. Yang paling suka sudah tentunya Adli. Yey...Nasi lemak lah mie. Sedap.

Nasi lemak, tempe dan kari kaki ayam




Sambal tempe yang betul-betul sedap

Ni yang sedap ni...

Nasi lemak tukar ke laksa sarawak

Cerita hujung minggu lepas. Plan nak makan nasi lemak dekat kampung baru. Nasi lemak 80 sen. Eh silap dah 90 sen dah. Tapi dalam kereta anak buah tanya makcu pandai tak buat laksa Sarawak. Aduh…kebetulan memang teringin nak makan laksa Sarawak. Akhirnya tukar plan. Ajak suami makan dekat Dapur Sarawak.

Sampai-sampai situ memang tengah penuh kedainya. Nak tunggu ke.Kebetulan memang dah rezeki kami. Ada orang yang keluar. Jadinya sambung tiga meja terus. Kami lapan orang masa tu termasuk Adli.

Lea, kakak ipar dan anaknya order laksa Sarawak. Suami dan anak buah order mi kolok. Adli dan anak buah sorang order nasi aruk ayam dan anak buah yang sorang lagi order nasi ayam claypot. Air pulak sudah semestinya lea order 3 layer tea. Rasanya …oklah. Yang sedap pernah le aminum di Sugar Bun Kuching dengan Chicken Rice Shop. Di Chicken Rice Shop memang sedap dan pekat.


Puas rasa dihati sebab keinginan dapat ditunaikan. Kalah orang mengandung. Hahaha.  Seronok yang lagi satu sebab kalau masuk Restoren Dapur Sarawak ni boleh dengar orang cakap Sarawak. Ok. Ni gambar-gambar malam tu. Korang layan mata ye.

Selfie dengan kakak ipar dulu

3 layer tea 

Setia dengan milo ais

Nasi ayam claypot

Laksa Sarawak pujaan hati

Semua dah selesai kecuali tuan besar. Abah tengah suapkan nasi

Rabu, 27 Mei 2015

Bila dia dapat gitar

Suami lea ada beberapa gitar yang menjadi koleksi kesayangannya. Dulu gitar-gitar ni dia letak kat ruang tamu. Tersusun cantik je. Dia sendiri yang sentiasa dok kemas tempat gitarnya. Bila ada masa terluang tu mulalah dia memetik gitar sambil menyanyi. Sedap suara suami lea ni. Hahaha. Ada videonya. Korang tengoklah entry ni ye. Video suami main gitar Bila Adli dah ada ni gitar-gitar tersusun elok di dalam bilik tamu.

Minatnya kepada gitar nampaknya ada pada Adli juga sekarang. Bila Adli masuk bilik tamu tu Adli siap cuit tangan lea dok tunjuk gitar-gitar abahnya sambil cakap tu mie…cantik…nak ain… Ummi jawab..tak boleh main.abah marah. Yang lea Nampak dia suka nak main gitar ni bila ada orang main gitar dalam tv dia ambik kusyen panjang dan dia buat macam gitar. Ala..sian anak ummi.

Jadinya sabtu lepas suami pergi kedai Cash Conveter dekat PJ rasanya dna terjumpalah gitar plastik memang untuk budak-buadak. Warna kuning pulak tu. Harga RM39.90 rasanya. Suami call tanya lea nak beli ke tak. Lea cakap belilah. Dia pun ada masanya nak happy2 jugak. Balik-balik suami hari tu, Nampak je gitar tu Adli happy sangat-sangat. Sekarang petang-petang lepas ambik dia kat rumah pengasuh dia duduk dan main gitar tu ikut cara dialah petik gitar. Hahaha. Lirik lagu yang keluar Aku…cinta….. tu je yang berulang kali disebut. Dalam 10 minit tu mie..buku lori ana? Lori jugak yang diingatan. Hahahaha.






Suman makanan dari Sarawak

Assalammualaikum semua. Apa kabar hari ini. Harap semuanya sihat hendaknya. Ok. Hari ni lea nak membawa korang mengenali salah satu makanan yang ada di Sarawak ini iaitu Suman. Suman ni adalah makanan tradisi kaum Melanau di Sarawak. Gambar-gambar ni sepupu lea yang ambil di Daerah Kabong. Ok. Kita mulakan ye.

Bahan-bahan untuk membuat suman ini adalah tepung sagu, kelapa parut dan bahan-bahan tambahan yang kita sendiri boleh masukkan seperti  udang dan isi ikan. Garam secukup rasalah. 


Kemudian suman dibungkus dalam daun seperti kita membuat otak-otak atau pais. Suman kemudiannya akan dibakar di atas bara api. Macam buat otak-otak kan caranya.


Ni gambar close up sepupu ambik 

Ni lagi dekat 

Ni lagi-lagi dekat

Harga suman yang dijual 

Sebenarnya lea teringin sangat nak makan benda ni. Lama dah tak makan. Rasanya dah dekat 10 tahun tak makan. Dekat kuching pun jarang nak jumpa suman ni. 

Selasa, 26 Mei 2015

Barulah putih......

Lepas mandi kemaskan dia dah tu dia cakap, dak....mie...sambil tadah tangan. Dia sendiri nak pakai bedak. Korang tengoklah. Sebelah muka je putih. Dah tu tanya lea, omel tak mie? Umie jawab tak comellah. Takut umie tengok. Dah tu dia sengih-sengih.



Dok tunjuk kasut baru

Umie...ambil gambar.... Adli minta lea ambil gamba rdia sambil bergaya dengan kasut baru. Kasut murah je pun. Nak beli yang mahal malas sebab kaki budak kecik je sekejap je besar. Ni ntah dapat ke tak dia nak pakai raya. Tu pun dia dah rasmi jalan-jalan Ahad lepas.

Korang nengoklah gaya dia dok nak tunjuk kasut dia tu.




Isnin, 25 Mei 2015

Jalan-jalan di hujung minggu sambil menghayati indahnya ciptaan Tuhan

Hujung minggu kalau takde apa nak buat kami tiga beranak suka pusing-pusing dekat Cyberjaya. Kalau ada jalan baru siap kami sukalah ikut jalan tu. Nak tengok sampai mana jalan tu. Rasanya ada jalan baru sampai ke Dengkil rasanya.

Suami singgah sekejap dekat tasik lombong sebab tengok gambar yang memancing. Tanya dekat pemancing dekat situ, ikan apa yang selalu dapat. Ikan patin rasanya. Bila terdengar patin teringat dengan gulai tempoyak. Sedapnya...Ingat nak makan je.

Korang tengoklah Adli, kalau boleh dia nak berenang tu. Sikit-sikit dia berjalan ke tepi tu. 



Ni masa perjalanan nak balik. Dekat nak mahgrib. Cantik kan. Suuh suami berhenti sekejap lea nak ambik gambar. Adli pun sibuk.... tengok mie..cantik tak?




Dari kerana mata


Bila datang moodnya nak berposing korang tengoklah sendiri. 

Kenduri kahwin di Rawang

Assalammualaikum semua. Di hari baru dan di minggu yang baru kita ye.

Sebelum puasa ramai yang mengadakan kenduri kahwin anak. Tak terkecuali anak saudara mak mertua pun membuat kenduri kahwin anaknya di Rawang. Seminggu sebelum tu majlis di sebelah pihak perempuan di Kampar.

Kedua-dua pengantin ni adalah anggota polis tapi kami tak smepat nak tengok persembahan dari anggota polis sebab nak balik kampung hantar mak mertua. 

Pada hari kejadian sebelum bergerak ke kenduri kahwin seperti biasa singgah mamak dulu untuk sarapan. Adli pulak pagi tu buat hal. Semua benda dia tak nak . Makan roti canai pun main suap sikit-sikit. Tu pun tak banyak di makan. Milo ais pun dia buat tak tahu je hari tu.

Sampai dekat rumah pengantin lebih kurang jam 10 pagi. Awal lagi. Jadinya selfie selpot dululah. Oklah korang layan gambarlah ya.

Majlis di sebelah pengantin perempuan. Mka mertua tudung oren dengan kakaknya nenek pengnatin lelaki

Budak yang bad mood

Keluarga abang ipar

Dua beranak sedang menuju ke rumah pengantin

Lea dengan mak mertua

Dengan mak mertua dan kakak ipar

Muffin coklat yang tersangat comel 

On the way ke Teluk Intan. Dok main handpone dengan abang alip

Umie pun nak selfie ngan Adli

Selfie dengan ibu pulak

O the way balik kl singgah beli pau dekat Tanjung Malim

Sabtu, 23 Mei 2015

Makan-makan di rumah anak buah

Assalammualaikum semua.Salam hari sabtu. Selamat bercuti bagi yang bercuti hari sabtu.

Ni cerita beberapa minggu lepas. Anak buah suami ajak makan-nakan dekat umah.House warming rumah baru renovate.Besar betul rumahnya. Luas dapurnya. Seronoknya masak kat dapur luas ma am tu.

Menu utamanya ialah mi kari.Sedap...Yang sedapnya jugak ialah bubur jagung yang lemak berkrim di sukai ramai.

Oklah. Korang layan jelah gambar-gambar di bawah.



Mak mertuaku

Mi kari ada..buah buahan dan bubur jagung

Nampak sedapkan....Memang sedap pun...

Jumaat, 22 Mei 2015

Sushi di kedai mamak

Ni suami punya cerita. Balik-balik kerja lebih kurang jam 9.30 malam terus bawa lea dan Adli keluar. Pergi TESCO katanya. Yang Adli pulak yey..yey..ECO..ECO sambil melompat dengan riangnya. Yang kita ni dah penat nak masuk tidur dah pun. Bila melihat anak dan suami jadi hilang penat. Keluar jugalah. Rupanya bawak beli topup barang dapur. Ai...perasan juga ye bang barang dah habis. Lea buat tak tahu je nak test perasan ke tak ada barang-barang yang dah habis. Tapi yang tak syoknya suami leh cakap. Abang sebenarnya nak g TESCO nak beli sushi je.Teringin nak makan. Dah dimulut-mulut. Sambil tu belilah barang dapur yang dah habis.Ai...ngalah orang mengidam ni bang. 

Bila dah selesai semua singgah pulak kedai mamak. Adli seperti biasa. Kalau kedai yang dia biasa dia sendiri pergi ambik air dalam peti sejuk besar tu. Semestinya air milo. Abahnya pulak siap bawak sushi makan kat kedai mamak ni. Pekerja kedai pandang semacam je. Hahaha. Makanlah dia sorang sushi tu. Tapi tak habis. AKhirnya isteri ni juga yang dok perabis sushi tu. Adli? Tak naklah mie. Tak edap...





Telur Goreng Planta

Semua orang boleh membuat telur  mata tapi kita mesti nak sedapkan. Untuk resepi yang baru korang bolehlah klik gambar di bawah ni ye.



Lowi sampah kata Adli

Salam jumaat semua. Apa kabar hari ini. Harap sihat semuanya. Ni kisah minggu lepas. Lego ni dia sendiri yang pilih masa masuk kedai D.I.Y. Ambik tu terus g kaunter nak bayar. Siap potong barisan lagi. Tulah kan. Budak-budak ni memang perati je kan apa yang kita buat.

Dah tu dia mainlah sorang-sorang lego tu. Lea biarkan je dia main sorang-sorang. Tiba-tiba dia panggil lea. Umie....Tada....dok tunjuk apa yg dia buat. Asalkan boleh bergerak dia main letak je. Tanya dia. Apa ni li? Lowi sampah mie. Adli ni cukup fanatik dengan lori sampah. Dari jauh dah nampak lori sampah. Sampaikan kalau lori sampah ambik sampah, pemandunya mesti dok tengok balconi rumah sebab mesti ada sorang budak dok melambai-lambai sambil berkata babai lowi sampah.

Perut tu takleh nak cover ke li


Takde bentuk lori sampah pun. Yang sama cuma ada roda.