MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Khamis, 30 April 2015

Ke Muzium Tentera Udara Sungai Besi

Memang dah lama dah nak bawa Adli ke sini. Salah satu minat dia selain lori sampah, lori simen dan lori minyak ialah kapal terbang dan helikopter tapi Adli sebut helikutei... hihihihi.

Pagi pergi pada ahad lepas dengan akak ipar dan anak-anak dia. Adli bila tengok je helikopter dam kapal terbang tentera terus berlari tak ingat dunia dah. Muzium ni sangat-sangat bagus bagi mereka yang berminat dengan kapal terbang ni khususnya milik TUDM. Tapi sayang muzium ini macam tidak diselenggara dengan sebaiknya. Yang paling ketara jalan untuk ke tempat pameran kapal-kapal terbang. Lepas hujan tanah becak. Laluan pejalan kaki hanya menggunakan alas yang macam plastik ke sponge. Bila ada air memang basahlah kaki. Jadi kotor kasut dan selipar. Kalau disimenkan rasanya lagi elok kot. Kalau korang nak pergi lea nasihatkan pergi pagi. Kalau tengahari dan cuaca panas memang tak lalu nak tengok kapal terbang yang dipamerkan.

Ni sedikit maklumat mengenai muzium ni
Waktu Operasi (Opening Hours) :
Isnin hingga Khamis   : 9.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat : Tutup
Sabtu dan Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk (Admission) :
Percuma

Masuk-masuk je terus naik ke helicopter ni. Tanya Adli nak pergi mana? Nak pergi sekolah umie...






Nilah laluan pejalan kaki yang basah bila hari hujan.












Ke helikopter ni juga dia nak pergi 


D'Pulze dan Nasi Lemak 80 sen

Sabtu lepas keluar jugaklah. Bawa Adli jalan-jalan. Lea bawa juga akak ipar dan anak-anak. Jalan ramai-ramai lagi syok. Perhentian pertama kami D'Pulze Cyberjaya. Nak bawa Adli main dekat tempat permainan dekat D'Pulze tu di samping umienya nak ke DAISO. DAISO dah naik harga kan. RM5.30 dah. Bukan RM5 lagi.Lea kalau ke DAISO ni memang ambik barang-barang besar je. Baru berbaloi dengan RM5.30. Kalau barang kecik-kecik je rasa tak berbaloi pulak.


Abah yang sibuk bermain. Takpelah bah. Sesekali
 



Lepas dah penat di D'Pulze kami ke KL pulak. Nak ke kampung baru katanya. Pekena nasi lemak RM0.80 sen. Lea tak tau nama kedai ni. Yang lea tahu kedai nasi lemak 80 sen. Lea pergi sini sebab ada satu lauknya yang lea suka sangat kat sini.





Lea dekat sini tempe yang sedap nilah yang lea suka makan. RM 2 rasanya satu senduk. Kalau ke sini korang boleh cuba ye.

KL malam tu ada sedikit jam

Rabu, 29 April 2015

Adli dan Aunty

Minggu lepas adik dekat Kuching poskan Adli buku-buku ni. Adli bila nampak je seronoklah dia sebab dalam buku segala jenis tok nenek trucks yang ada. Tak payah bagi tahu dia dah tahu lori minyak, lori sampah dengan lori simen. Yang paling bestnya dia pergi dekat balcony panggil jiran cina dekat sebelah rumah.

Adli : Aunty....aunty..... 
         Aunty pun keluar ke balconi.
Aunty: Ye Adli.
Adli: Aunty ni lori simen, ni lori sampah, ni lori minyak. Sambil dia tunjuk buku dan gambar dekat Aunty.
Aunty: oooo. taulah Aunty sekarang.
Adli: Ok Aunty. Bye... terus masuk ke rumah.





Senang nye hati. Bersilang kaki. Buku tu dia siap bawa pergi tidur. Siap peluk. Takut kita ambil buku dia tu.

Selasa, 28 April 2015

Cadangnnya nak masak ikan singgang tapi jadi lain.........

Semalam dari pejabat lagi dah plan nak masak singgang ikan kembung, buat sambal tempoyak ngan bendi tumis belacan. Bila dah beli barang jadi lain pulak kejadiannya. Jadi sup tulang, telur masin rebus, sambal limau ngan kobis dan kacang bendi buat ulam. Pergh...berselera betul makan malam tadi. Bau sambal belacan pun tak hilang kat tangan. Hahaha. Adli pulak cukup seronok ada sup. Terus nak nasi dan sup. Daging tu terpaksa le apotong kecik-kecilk. Takut dia tak leh nak gigit kan.Semangkuk jugaklah nasi dengan sup Adli makan semalam. Jarang dia nak makan nasi ni bila kat umah. Bila dah ada sup cukup suka pulak dia. Lain kali boleh umie buat sup lagi ye li.

Jadinya ikan singgang hari ini jelah ye


Baik betul dengan abah ye...

Hari tu pergi TESCO Bandar Putri Puchong beli barang dapur. Lalulah dekat Burger King. Adli terus tarik abah ke Burger King. Dia cuma nak makan kentang goreng je pun. Jadinya makanlah kentang goreng. Adli kalau KFC ke, MCD ke Burger King ke mesti dia nak kentang je. Yang lain memang dia tak nak. Air milo ais. Tu jelah menu dia. Kalau kat kedai makan biasa dia mesti nak sup. Tak kisahlah sup apa pun.



Jadinya ada satu ketika dia dok suap abahnya. Kebetulan lea dok rakam. So sweet. Sentimental value kat situ. Harap Adli dah besar nanti bacalah blog umie ni ye. Hihihi.


A video posted by Mon Montana (@m0nal3a_ismail) on



Isnin, 27 April 2015

Berjumpa geng sama kepala.

Jumaat lepas lea berjumpa dengan teman lama yang lama dah tak jumpa. Ecah. Dia ni lea dah anggap macam adik lea dah. Dulu kami bersama di jabatan lama. Jabatan mula-mula lea bertugas di Semenanjung Malaysia. Dulu Ecah ni pegawai kontrak je. Alhamdulillah sekarang dah tetap di satu kementerian ni.
Kenangan kami bertiga di bilik pendaftaran mel. Tahun 2009

Al kisahnya hari Jumaat tu. Lea ni terus terang tak pernah bawa sendiri kereta ke Alamanda. Takut. Dan sebab utamanya lea tak reti parking.  Jadinya bawa Maya pergi sekali. Ingatkan dia bawa kereta rupanya suaminya yang bawa. Jadinya ingat nak suruh dia je bawa kereta lea. Dia pulak tak berani. Jadinya maya cakap nanti maya tunjukkan parking paling senang dekat akak.Tapi kena naik bukit sikitlah. Oklah kot. Kita cuba ye tak. Tpai keduanya berdebar jugaklah hari tu. Yang maya berdebar sebab akaknya ni tak pernah bawa kereta ke Alamanda. Yang lea ni pulak berdebar sebab tak pernah bawa kereta ke sana. Samalah kan.

Dulu kan, setiap kali jamuan raya, kamilah yang kena buka gerai.

Pada hari kejadian, lea ambil maya dekat ofisnya dan lepas tu terus ke Alamanda. Yeay..sukses ok. Cakap dengan maya kena masuk blog ni. First time bawa kereta ke Alamanda. Hahahahaha.Tau dah parking paling senang dan tak banyak kereta. Hehehehe. Jadinya kita carilah tempat makan. Yang si ecah ni dok nak cari barang nak pergi kursus katanya.Lea dan maya dok mencarilah tempat makan. Ingat nak makan kat ayam penyet tapi rupanya satu Alamanda gas takde. Jadinya semua kedai makan tak boleh beroperasi. Jadinya yang paling senang KFC jelah. KFC pulak masa tu baris yang nak mengoder panjangnya.Nasib baik maya cepat juga sampai turnnya. Terima kasih maya belanja akak hari tu. Lain kali akak belanja pulak ye.

Bila ecah dah sampai, riuh rendahlah jadinya. Dia ngan maya tak boleh berjumpa. Ada je bahannya. Lea pulak tukang gelak boleh. Bia ecah dah balik lea dan maya boleh cakap lama dah tak gelak macam tu. Yelah dekat pejabat sekarang takde teman yang betul-betul boleh lea nak bergurau, lea nak gelak macam dengan mereka.

Kenangan sambutan hari lahir lea tahun 2010

Hari terkahir lea di jabatan dulu. Rindu ngan dak Ecah ni


Kenangan lama memang indahkan. Kalau boleh ku putar masa.

24 April 2015


Pagi-pagi dah rumah bersepah

Awal pagi di hari Ahad. Korang tengoklah dak Adli ni. Bangun-bangun je terus carik bakul mainan dia dan sepah satu rumah. Malas dah nak marah. Biarlah dia main dari dia dok selongkar laci. Tapi memang sepahlah. Dari pintu masuk sampai ke balcony. Tapi satu dak Adli ni. Kalau suruh kemaskan dia akan kemas balik mainan dia. Tapi kena tunggu dia kemas. Kalau tak dia ngelat juga.




Siap suruh umie ambik gambar dia.

Sabtu, 25 April 2015

Pergi sekolah naik kapal terbang


Perbualan umie dan Adli di suatu malam.

Umie : Adli nak pergi sekolah tak?

Adli : Nak..terus nyanyi mcm dalam cerita upin ipin. Selamat pagi cikgu.

Umie : Adli pergi sekolah naik apa?

Adli : Naik kapal terbang

Umie : @#%&*/-+()¤?!"':;,「」¦¨°±÷μ¶~==_<$


Jumaat, 24 April 2015

Kenangan bila diri ini dapat APC

Assalammualaikum semua.

Sapa-sapa yang kerja kerajaan mesti tau apa itu APC kan. Lea pernah dapat dekat jabatan terdahulu genap 5 tahun kerja. Tahun 2004. Berapa tahun dah tu? Alhamdulillah rezeki. Bila senarai penerima APC ni dikeluarkan pasti ada cerita-cerita di belakang. Lea dah bekerja di empat jabatan termasuk yang sekarang ni. Benda yang sama juga berlaku.

Macam ni lah. Bagi lea ini terpulang pada rezeki masing-masing. Rezeki daripada siapa? Dari Nya kan... Siapa kita untuk menidakkan takdirNya ke atas diri kita ni. Lea APC ni lea takde rasa apa-apa pun. Mungkin lea pernah dapat. Entahlah terpulang kepada individu sendiri kan. 

Tapi bagi lea menerima APC tahun 2004 adalah satu kenangan yang lea takkan lupakan. Pertama kali bertentang mata dengan suami. Yelah kami bercinta jarak jauh. Dia kat KL. Lea kat Kuching. 

Alhamdulillah. Percintaan jarak jauh kami sampai ke jinjang pelamin. Dah nak masuk 10 tahun dah usi perkahwinan. Mula-mula jumpa macam mana ye? Auw....malu-malu kucing. Abang pun kurus kering je.Macam tak cukup makan. Lea pulak kecik juga. Kini sama-sama membesar dengan jayanya.

Inilah dinamakan jodoh kan. Sampai kawan pernah cakap takkan sebesar-besar Sarawak ko tak jumpa sorang pun lelaki. Jawapan lea...Jumpa tapi tak setia. Hahahaha.

Kecikkan kami dulu-dulu kala



Makanan kegemaranku

Assalammualaikum semua.

Salam jumaat lea ucapkan. Hari ni entry makanan je ye.



Ok. Kita mulakan. Korang suka makan tapai? Dekat sini lea suka makan tapai pulut. Setiap kali lepas gaji akan ada jualan dekat pejabat. Yang mesti lea cari dan beli tapai pulut ni. 5 biji RM2. Kiranya 40 senlah satu. Sekali ngap jelah. Kecik je. Rasanya? Oklah. Manis. Dekat sini lea tak pernah lagi jumpa tapai nasi. Kalau dekat Sarawak ada. Awal pagi dah jual. Dan sentiasa jual. Rindunya nak makan tapai nasi. Nak buat? M.A.L.A.S.


Sambal hitam ni pulak order dekat kawan sepejabat. Alah... sambal hitam Pahang tu. Yang dibuat dari belimbing buluh tu. Dia jual harga kawan-kawan je. 200gm RM10. Murah dah rasanya. Ada yang lea pernah beli RM 8 100 gm. Tapi buat sambal hitam ni susah juga. Banyak kerjanya. Nak bagi belimbing buluh tu kecut dan hitam tu yang lama. Kalau harga ada sedikit mahal bolehlah. Kita pun paham. Sedapnya makan nanti. Makan dengan nasi panas-panas.

Nasi impit dan kuah kacang memang pilihan lea bila raya. Kalau kuah kacang ada daging, sedapnya. Kebetulan jumpa dekat cafe opis. Beli jelah. 3 ketul nasi impit yang kecik-kecik tu, kuah kacang dan sedit rendang ayam RM3. Ok tak harganya? Oklah kan.

Setiap kita ni ada makanan kegemaran sendiri kan. Kalau dha teringn tu di mulut-mulut. Bila dha makan sikit je. Asalkan merasa katanya...Korang pulak suka apa?