MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 27 Februari 2015

Hari ni kita makan kek birthday

Assalammualaikum.

Hari ni rajin sikit. Sebenarnya sibuk jugak dengan bilik fail. Tapi ambik masa sikit update blog ni. Yelah waktu rehat hari Jumaat kan panjang sikit. Lepas ni sambung balik kerja. Hari ini ada buat sambutan hari lahir bagi bahagian tempat lea kerja ni. Sambutan hari lahir bagi pegawai yang lahir bagi bulan Januari dan Februari.



Yang ni kek aiskrim coklat. Tapi sayang kek aiskrim ni dah mencair sebab salah tempat menyimpan. Peti ais pejabat tak cukup sejuk untuk kek aiskrim ni.

Koleksi masakan dari dapur kak mon. Ada juga yang dibeli

Asslammualaikum semua. Salam Jumaat. Hrai ni lea nak bercerita pasal makan-makan lagi. Boleh? Menu-menu kat bawah ni ada yang lea masak dan ada yang dibeli.

Kuih seri muka. Antara kuih kegemaran lea. Paling suka makan yang hijau tu. Kalau lemak dan manisnya ada memang sedaplah. Tapi lea pernah dapat yang hijau tu pahit yang amat. Rasanya tukang buah kuih ni lupa nak letak gula kot. 

Khamis, 26 Februari 2015

Whatsapp Group Messages

Assalammualaikum semua.

Lea nak tanya boleh? Dalam telefon bimbit korang yang serba canggih sekarang berapa banyak group di dalam aplikasi whatsapp? Mesti ada akan. Paling kurang mungkin 2-3 group. 

Rabu, 25 Februari 2015

Bila baldi jadi topi kaledar

Inilah yang dibuat dak Adli. Naik basikal pakai topi baldi. Satu rumahlah di membawa topi dan basikalnya itu. Adli. Kadang-kadang dia buat kita marah tapi kadang-kadang masa marah tulah kita boleh gelak dengan kenakalan dia. 

Pernah satu hari dia nak baw abaldi tu naik motor dengan abh dia. Mengamuk-ngamuk nak pakai baldi tu. Adui. Dipujuk-pujuk akhirnya makan pujuk juga. Adli...sekarang ni keletahnya sangat-sangat menghiburkan.

Selasa, 24 Februari 2015

Pantai Kelanang dan Pasar Malam dekat Pantai Morib

Assalammualaikum semua.  Hari ni lambat sikit update blog. Selalunya malam tadi dah buat auto publish tak pun awal-awal pagi . Tapi hari ini time lunch baru leh update. Sibuk sikit kebelakangan ni.  Oklah ni nak cerita pasal jalan-jalan dekat Pantai Kelanang dekat area Morib. Lea pergi rasanya hujung minggu lepas. Saja nak bawa Adli main dekat pantai. Korang tengoklah gambar dia kat bawah ni. Sibuk benar mengemas beg katanya. Dalam tu hanya ada sekeping pampers, sebotol kecik air suam dan dua paket kecil biskut. Dia punyalah tu.

Isnin, 23 Februari 2015

Padang yang luas dan permandangan yang cantik

Assalammualaikum semua. Dah kembali ke tempat kerja ke masih bercuti lagi. Opis lea rasanya ramai yang bercuti lagi Isnin ini.

Oklah. Ni cerita minggu-minggu yang lepas. Bawa Adli dan anak-anak buah beriadah di Putrajaya. Bawa depan Perbadanan Putrajaya je pun. Bawa bola dan bagi Adli main puas-puas. Bukan main seronok dia. Berlari sana sini. Nasib baik ada anak buah yang rajin melayan dak Adli ni.


A video posted by Mon Montana (@m0nal3a_ismail) on

Rabu, 18 Februari 2015

Kerabu suun yang sangat sedap

Assalammualaikum semua. Korang tak cuti ke? Esok sehari sebelum Tahun Brau Cina mesti ramai yang dah cuti. Yelah nak ambik direct cuti 4-5 hari. Sapa yang nak bagi cuti 2 hari tu percuma kan.

Ni kisah minggu lepas dan minggu minggu lepas. Kadang-kadang bila dah hari-hari masak jemu jugak makan masakan sendiri. Jadinya sesekali bawalah suami makan kat luar. Makan tak istimewa pun. Makan pun dekat dekat dengan rumah je. Makan dekat kedai tomyam je. Menu yang di order. Korang layan jelah gambar-gambar ni ye.

Selasa, 17 Februari 2015

Berlari di padang Dataran Shah Alam

Ni cerita minggu lepas. Tak tau dah nak bawa Adli jalan-jalan. Akhirnya kita ke Shah Alam. Bawa sekali kakak ipar dan anak-anak. Dah sampai Shah Alam tak tahu pulak ke mana. Akhirnya kita ke Dataran Shah Alam. Nak bagi Adli lari puas-puas dekat padang yang luas.


Wanita Terkaya di Malaysia


Dato' Siti Nurhaliza wanita ke3 terkaya di Malaysia.

Lea tak nak cerita pasal orang lain. Lea nak cerita pasal Siti Nurhaliza.....

Bangga jugaklah. Seorang wanita, anak melayu pulak tu antara yang terkaya di Malaysia. Dengan aset lebih 50 juta tak hairanlah kan dia antara wanita terkaya. 

Kalau difikirkan, kalau Allah nak tukarkan nasib seseorang tu sekejap je. Mungkin Siti Nurhaliza adalah mereka yang terpilih. Dengan bakat nyanyiannya dan sekarang bakat  untuk berniaga pula dia memang berhak dan patut memiliki apa yang dia ada sekarang. 

Semoga dia akan terus sukses di dalam apa jua bidang yang diceburinya.  Mungkin kejayaan dia boleh dijadikan pembkar semangat untuk orang lain yang nak berjaya macam dia. 

Jumaat, 13 Februari 2015

Senarai menu pilihan

Assalammualaikum semua.

Hari Jumaat dah kan. Oklah ni antara lauk pauk yang lea masak akhir minggu lepas dan minggu ni.

Hari sabtu lepas rasanya ni. Buat nasi goreng biasa je. Campur telur, carrot dan kicap. Berselera Adli makan. Asyik cakap umie...sedap...Alhamdulillah. Ni yang buat umie lagi semangat nak masak.

Khamis, 12 Februari 2015

Walaupun sebakul mainan.....

 Assalammualaikum.

Hari ni nak bercerita tentang dak Adli ni. Dekat rumah dh macam-amcam mainan yang dibeli dan lebih setengah darinya adalah lori-lori dan jengkaut yang pelbagai saiz. Tapi dak Adli ni benda yang bukan mainanlah yang dia nak main.

Korang tengoklah gambar ni. Habis dibawanya satu rumah beg TESCO ni. Mula-mula dia letak mainan dia. Ke sana sini dia bawak walaupun berat. Akhirnya dia letak kepalanya dalam tu sambil naik basikal. Bahaya ni Kena pengawasan ibu bapa. Takut anak lemas dalam beg tu.



Ni pulak penyangkut baju. Mana dia dapat ntah. Dia letak dikepala macam tu . Pening kepala dibuatnya. Macam-macam yang dia buat. Nak diminta penyangkut baju tu menangis meraong-raong. Biarlah dia main dengan pengawasan umienya ni.


Ni pulak dia mengayuh basikal dengan tangan. Macam tulah dia bermain. Dah tu keluarlah bunyi motor dia weng...weng... Lea dok perati je. Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Rasa geram pun ada.

A video posted by Mon Montana (@m0nal3a_ismail) on

 Jika suka entry ini like ye

Rabu, 11 Februari 2015

Al kisahnya Adli Sham



Nilah buah hati pengarang jantung lea. Adli. Baru berusia 2 tahun 4 bulan 4 hari ini. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan bijak. Sakit demam tu biasalah budak kan. 2 minggu lepas baru lepas kena chicken pox.

Adli sekarang?

- pandai dah nak minta makan itu dan ini. Kalau kita suap dia makan  siap cakap dap mie. sedap... berbunga hati umie nak. Ni yang umie lagi semangat nak masak.

-sekarang bila tengok cerita kat tv dia boleh senyum , boleh gelak dan dia macam boleh faham dah cerita yang dia tengok.

- cerita yang dia suka sangat-sangat tengok UPIN dan IPIN , Billy Bam Bam, Aladdin dan Frozen. Lagu cerita Frozen dia boleh nyanyi sekarang siap dengan gerakan dia sekali. Adui nak...cerita pompuan dia suka tengok.

- Pandai mengemas laci dah sekarang. Kalau mengemas elok takpe ni lagi tidak tersusun. Dan pada satu ketika dia keluarkan laptop abahnya dari laci dan dihempasnya. Umie dan abah nak cakap apa. Habis skrin laptop abah. Nak buat macam mana kan. Nak marah sangat-sangat sampai nak pukul takdelah. Budak apa yang dia tahu kan. 

- Buka tutup peti sejuk. Adui...ni lagilah. Botol kicap, botol sos, botol cencaluk dibawanya berlari sampai ke ruang tamu. Takut botol-botol tu pecah satu hal yang paling umie takut dok tuang benda-benda tu atas karpet. Mau menangis tak berlagu umie. Tapi bila kita minta bebaik, elok je dia bagi. Alhamdulillah.

-Sangat-sangat sukakan lori sampah. Aduh...matanya nampak saja lori sampah tu. Lori sampah yang ambil sampah dekat rumah memang dah kenal dak Adli ni. Siap lambai-lambai tangan tu. Dah tau Adli setia menanti mereka. Tengah tidur boleh tersedar bila dengar lori sampah datang.

-Suka sangat bercakap sekarang. Ada yang umie paham ada yang dia sendiri je paham. Tapi lajunya bercakap macam orang dewasa. 

-Pada isnin lepas lepas dia main-main dekat balkoni tibatiba datang dekat lea. Umie...adli sayang umie. sambil peluk dan cium pipi lea. Adui..sebab rasanya. Rasa terharu sangat. Kali pertama dia cakap penuh macam tu. Adli..umie pun sayang Adli tau.


Jika suka entry ini like ye



Selasa, 10 Februari 2015

Video kentut Adli

A video posted by Mon Montana (@m0nal3a_ismail) on
Sebenarnya takde sapa yang kentut pun. Adli yang gelak beria. Suami baring atas simen. Bila nak bangun kan badan macam terlekat dekat simen tu dah tu mengeluarkan bunyi macam bunyi kentut. Tu yang Adli kata kentut tu.

Adli,

Bila ada bau semacam je , lea tanya berak ke kentut. Dia takkan cakap berak.Mesti dia cakap kentut. Dia tak suka kita basuh punggung dia. Hahahaha. Kalau dah tak larat menanggung beban dekat pampers tu barulah dia cakap mie...li yak. Hahahaha. Suka dengar dia sebut perkataan kentut tu. Ketut..............


Jika suka entry ini like ye



Isnin, 9 Februari 2015

Depan istana kehakiman

Jalan-jalan di Putrajaya. Tak jemu ke lea? Kerja kat Putrajaya , jalan-jalan pun kat Putrajaya. Takde istilah jemulah.Walaupun merupakan pusat pentadbiran tetatpi tak kurang juga tempat menarik untuk dilawati.

Bawa Adli duduk depan Istana Kehakiman. Malam-malam ramai juga yang duduk sini. Siap bentang tikar dan bawa makanan dari rumah. Ramai budak main skateboard. Adli pun syok tengok budak-budak main skateboard ni. Dah tu nak minta main skateboard tu. Aduh nak. Awak tu kecik lagi. Nanti bila dah besar sikit umie belikan ye.

Pergi dengan kakak ipar dan anak-anaknya

Tengok anak bujangku dengan topi terbaliknya, dengan peacenya...
Lama dah tak bergambar berdua dengan suami

Tengoklah Adli. Bukannya reti diam

Rasa dia dah besar benar dah tu.

Jika suka entry ini like ye

Jumaat, 6 Februari 2015

Gambar makanan je.....Ni yang kita masak tau...

Assalammualaikum semua.

Hari ni nak bercerita menu semasa cuti 4 hari berturut-turut hari tu bagi warga wilayah khasnya.

Hari Jumaat.

Lea dah tak tau nak fikir menu apa sebenarnya. Call suami tanya nak makan apa. Suami cakap yang simple-simple dahlah. Akhirnya...ayam, kentang dan bawang besar lea potong nipis dan lea perapkan dengan sos bbq. Selepas dua jam macam tu lea bakar dalam pemanggang ajaib. Buat coleslow simple sikit, rebus sayur-sayur campur sikit dan masak nasik. Tu jelah menunya. 


 Ni menu hari Sabtu pulak. Menunya ala-ala kedai tomyam. Hehehe. Tu nasib baik tak buat ikan siakap stim limau. Hahaha.Siakap dah siap beli dah. Jadinya menu hari Sabtu tu kailan ikan masin, tomyam campur dan telur dadar (tiada dalam gambar)



Hari ahad pagi-pagi dah goreng mi lee fah ni. Tumbuk bawang putih ngan ikan bilis, tumis, masukkan mi, letak kicap , perasakan dengan garam dan SIAP. Sangat senang.....

Untuk lunch pulak suami tak nak makan nasi. Ok...ada ikan salmon dengan ikan dowri dalam peti sejuk. Buat coleslow sikit, rebus segala sayur-sayur yang boleh direbus dan perap ikan dengan minyak zaiton , lada hitam dan garam. Cukup masa boleh bakar. SIAP. 




Petangnya pergi rumah kakak ipar dan telah dihidangkan dengan air teh o dan cucur cempedak. Sedapnya. Kalau dekat pasar malam 2 ketul dan seringgit. Nak buat sendiri rumah lea tak pernah naik cempedak sebab suami tak makan . Dah ada sejarah tercekik makan cempedak. Nak buat macam mana kan.....

Malamnya pulak buat puri dan sambal sardin. Permintaan suami. Dan puri dia siap mintak nak yang garing-garing.Lea pulak suka yang lembut je. Buat jelah yang garing-garing janji habis di makan.

Isninnya pulak. Menunya kobis goreng dengan anak udang, ikan gelama jeruk goreng perah limau dengan ayam masak kicap.Berselera makan sebab ada ikan gelama goreng. Memang betul-betul membuka selera.




Petangnya pulak buat jemput-jemput ikan bilis. Berselera Adli makan. Sekejap-sekejap pergi dapur. Umie...nak tu. Memang fav dia pun jemput-jemput ni. Umienya ni kena rajin sikit kedapur sebab petang-petang bila time cuti Adli dah pandia kedapur mencari minum petang.



Ni cerita hari selasa.Lama dah sebenarnya tak buat kek lapis sarawak ni. Tapi dah ada permintaan untuk buat. 2 biji saiz besar kek lapis cadbury nutella. Mula-mula tak nak terima tetapi telah dipujuk rayu akhirnya buat jugak. Punyalah malas nak buat petang-petang baru nak buat. Mula jam 7 malam jam 9 dah siap.Alhamdulillah. Nasib baik Adli tak mengacau hari tu. Kalau tak dia nak jugak pegang mesin mixer. Dia jugak nak gaul adunan. Tu  yang sebelum ni stop sekejap sebab anak juga nak buat kek lapis. Jadinya hari tu tak masak. Minta suami tapaukan makanan semasa dia balik kerja hari tu.


Jika suka entry ini like ye

Khamis, 5 Februari 2015

Tengok kapal terbang lagi....

Ini kali kedua pergi melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. Kali ni pergi terus dekat dengan KLIA. Kakak ipar siap buat cekodok ikan bilis. Hehehe. Anak buah pulak beli air kotak. 24 kotak terus beli. Hahaha. Adik...adik. 

Tak bercadang pun nak ke sini pada sabtu lepas. Yelah dengan Adli mcm tu kan. Tapi Adli jugalah ni.Petang je bila tengok abahnya tak kerja siap cakap jom bah...jomlah...cepat.. Taulah dia nak ajak berjalan. Tak dibawa meraung-raung menghempaskan diri. Jadi mak pak ni kesianlah. Lagipun time cuti je dia nak berjalan. Hari biasa takdenya...Abah balik kerja jam 9 malam.Sampai umah 9.30-10 malam. Nak berjalan ke mana masa macam tu kan. Alih-alih ke TESCO sebab TESCO tutup jam 1 pagi.

Cantik kan pemandangan senja matahari. 

Bergambar berlatarbelakangkan KLIA

Percubaan berapa kali entah barulah jelas sikit kapal terbangnya
Jika like entry ini sila like ye

Rabu, 4 Februari 2015

Adli kena chicken pox

Assalammualaikum semua. 

Macam mana dengan cuti panjang? Mesti seronokkan.Lea tak kemana pun. Suami kerja. Adli pula kena chicken pox. Lea perasan pada Sabtu pagi bila ada bintik-bintik dekat badannya. Dah tu dekat tangan dah ada yang macam mengelembung. Call suami dan dia cakap tunggu dia balik dan bawa ke klinik. 



Kami pergi ke klinik kesihatan batu 14 Puchong. Klinik tutup 12 tgh. Kami sampai jam 12.15. Nasib baik nurse terima kami. :-). Ramai juga yang datang pada hari Sabtu ni. Ramai yang datang bawa anak demam. memang musimlah kot.

Doktor bagi antibiotik dan krim sapu pada Adli. Adli sebelum tu dah demam dah tiga hari. Bila kena chicken pox ni dia dah sihat sikit dah dari demam. Tu yang aktif semacam je. Dekat rumah tak nak duduk diam. Ada je benda di buatnya. Tapi dia tak nak makan. Tu yang risau tu. Nasib baik susu dia nak walaupun sebotol tu susah dia nak habiskan. Takpelah..Sekurangnya dia nak menyusu.

Hari ni alhamdulillah, chicken pox dah kering dah. Aktif je macam selalu. Abah nak bawa naik motor hantar dekat rumah pengasuh (ibu) pun dah seronok tadi. Adli pengasuh dia panggil ibu. Suaminya pulak ayah. Ada kenalan ibu tu dia panggil mak. Cukup semuanya. Adli ada umie, abah, ibu, ayah dan mak.