MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 30 Januari 2015

BILA ANAK DEMAM

Adli mula demam malam rabu lepas. Masa tu dah rasa dah badannya dah panas sikit. Dah sampai ke tengah malam dia dah mula merengek dah. Memang tak tidurlah malam tu. Adli kalau demam lea memang cukup susah hati. Lea takut macam tahun 2013 masa umur dia 5 bulan sampai kena masuk wad seminggu hanya disebabkan demam panas.


Jadi keesokkan harinya suami bawa ke klinik kerajaan. Suhu badannya 38 lebih. Panas tu. Suami cakap memang dia tak aktif . Bukan macam Adli yang selalu. Berlari, melompat kesana sini. 

Dalam jam 12 lebih pengasuh call nak bawa Adli ke klinik balik. Demamnya tak kebah-kebah. Doktor cek tekaknya dah bengkak. Doktor bagilah ubat antibiotik dan selsema. Ubat demam dah dapat dah sebelum ini.

Petangnya bila lea ambik dia dekat rumah pengasuh dah nampak dah dia bertenaga sikit. Dalam kereta nak bercakap je. Alhamdulillah. Harap semakin elok.

Bila anak demam ni , masa yang sangat-sangat mencabar bila nak bagi dia makan ubat. Nak bagi Adli makan ubat kena berdua dengan suami. Sorang tukang pegang badan dan sorang tukang bagi makan ubat. Kadang-kadang Adli ni dikeluarkannya balik ubat yang dia dah makan tu. Kalau nak bagi makn ubat memang riuh rendah dibuatnya walaupun rumah hanya ada tiga orang.

Adli dengan kak najiha. Tak macam orang demam

Ceria betul


Dialah racun dialah penawar. Bila dah tak sihat rumah pun jadi sunyi. Rindu dengan suara dia, keceriaan dia. Ummi harap anak ummi sihat sepenuhnya hari ini.

Kalau suka entry ini klik LIKE ye

Khamis, 29 Januari 2015

LEPAK TENGOK KAPAL TERBANG

Ni cerita ahad lepas. Alkisahnya...tak tau nak pergi mana bawa anak. Nak pergi taman, hari sabtu tu dah pergi. Nak pergi shopping mall, malaslah pulak sebab takde nak beli apa pun. Nanti kalau pergi entah apa-apa yang dibelinya. Jadinya suami ajak pergi tempat rahsia.Tengok kapal terbang. Hahahaha. Macamlah tak pernah tengok kan. Naik pun pernah. Ni suami cakap kalau kapal terbang lalu kita macam nak ngelak. Macam mana tu.Ok... akhirnya pergi bawa kakak ipar dan anak-anak buah.


Ok...kita dah sampai dah. Betul-betul di tepi KLIA 2. Pergh...memang dekatlah tengok kapal terbang mendarat dan kapal terbang naik. Seronok nengok tak sampai dua minit ada yang naik ada yang turun. Dah tu KLIA dan KLIA2 bersebelahan pulak tempat turunnya. Kadang-kadang dua kapal terbang turun serentak.
Adli memang seronoklah. Tapi ada masanya abah...takut............ hehehe. Ada jugak benda ditakutnya. Ingat berani sangat ye Adli.


Tempat ni ramai yang tak tau. Sebagai buktinya. Jalan lengang. Adalah 2-3 buah kereta lalu. Siap boleh bergambar tengah jalan . Tengok tu anak buah lea tengah nak berposinglah tu.


Tadi dekat KLIA 2 kan. Ni pulak dekat dengan KLIA. Pergh...kapal terbang lalu atas kepala tu. Tengok gambar di atas. Kapal terbang tu macam nak menuju ke arah kita. Kapal terbang dan mendarat baru rasa anginnya. Sejuk sangat time tu. Kalau korang perasan ada  dua lagi kapal terbang dibelakang menunggu masa nak mendarat. Cadangnya sabtu ni nak pergi lagi. Nak posing baik punya. Boleh macam tu. 

Kalau suka entry ini boleh like ye.



Rabu, 28 Januari 2015

SELAMAT HARI JADI ADIK

Assalammualaikum semua.

Selamat Pagi. Hari ni 28 Januari 2015 dah. Sekejap je dah nak masuk bulan Februari.  Hari ni hari jadi anak buah suami merangkap anak buah lea jugak yang ke 20. Namanya Fadzlul Hadi. Tapi kami panggil adik je. Sampai Adli pun panggil adik jugak.

Malam semalam dia belanja makan. Dari hari ahad masa keluar dengan adik dia dah ajak dah. Cerita pasal keluar ngan dia hari tu nanti cerita.Best juga tempat kami melepak ahad tu. Tak taupun hari ni birthday dia. Malam tadi dia ajak acunya (lea dan suami) keluarga makngahnya dan anak-anak dan Kak Ema (sepupunya dna merangkap anak buah lea juga) pergi makan. Dia belanja.Makan dekat kedai tomyam yang selalu kami pergi dekat Taman Putra Perdana. Makanan yang diorder , siakap 3 rasa, siakap stim, tomyam, kailan ikan masin, telur dadar, udang goreng tepung, daging masak merah dan ayam goreng kunyit.Banyak juga menunya. Dah nak habis makan baru si adik bagi tahu esok birthday dia. La...terkejut juga. Orang yang sambut birthday belanja makan. Terima kasih ye dik. Ada rezeki makcu dan acu belanja makan pulak ye.

Ni la orang yang belanja makan semalam.
Terima kasih ye adik.
Makcu doakan semoga adik dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu.
Jodoh tu nantilah ye.Awak muada lagi.
Simpan lu duit banyak-banyak.

First time sepanjang lea dah duduk dekat taman ni dah sembilan tahun lea bergambar dekat kedai ni.
Hahaha.Rasa pelik disitu. Takpe demimu adik. Hehehehe.

Kalau suka entry ini boleh like ye.

Isnin, 26 Januari 2015

Astaka Morocco @ Maroccon Pavillion di Putrajaya

Assalammualaikum semua. Masuk minggu baru dah kan. Minggu depan dah bulan baru. Sekejap betul masa berlalu sekarang kan. Minggu lepas lea MC 2 hari sebab sakit mata. Bukan yang jenis berjangkit tu ye. Doktor cakap ada jangkitan kuman ataupun dimasuki habuk. Mata jadi bengkak sebengkak-bengkaknya. Dah jadi sepet dah mata belah kiri. Tak boleh nak bukak dah hari Khamis tu. Buka pun mata jadi kabur. Tapi terpaksa juga pergi klinik sendiri sebab suami dah pergi kerja masa tu. Pergilah klinik yang paling dekat dengan rumah.
Ni hari Jumaat. Adli lea cakap dengan suami tak payah hantar dekat rumah pengasuh. Kebetulan lea MC lagi. Lagipun kesian jam 6 pagi dah kejutkan dia. Mata lea pun dah elok sikit bengkaknya. Tengahari ingat nak masak rupanya satu apa pun takde dalam peti sjeuk. Bawalah Adli g Tesco. Cakap dengan Adli jangan nakal-nakal ye. Duduk dalam kereta elok-elok tau. Hari tu Adli sangat-sangat baik tau. Duduk pakai tali pinggang diam je. Sambil mulut dok bercakap. Lea layan jelah. Yang tak syoknya bila time bayar budak yang dekat kaunter boleh tanya akak sakit mata ye. Nak tak nak jawab ye jelah.Tapi siap explain ni bukan sakit mata berjangkit tau. Tulah kak, saya tengok bengkak semacam je..

Ni pulak cerita sabtu lepas. Suami ajak jalan-jalan.Lea malas nak jalan sebab mata tak berapa elok ni. Lastnya dia cakap kita g taman-taman je. Pakailah cermin mata hitam. Hahahaha. I rasa retis tau hari tu. Pakai tracksuit ngan selipar jepun tapi pakai spec hitam. Hahahaha. 



Astaka Morocco @ Maroccon Pavillion terletak dekat Taman Botani. Tak tau pun kewujudan tempat ni. Punyalah malas nak jalan-jalan putrajaya. Sebenarnya lea tak suka nak pergi shopping atau jalan-ajaln area Putrajaya ni sebab mesti terjumpa orang yang kita kenal.  Pergi sana jumpa kawan opis, pergi sini jumpa bekas kawan seopis. Tu yang tak best tu. Tu yang port lea lepak dengan suami dan Adli hanyalah IOI Mall Puchong tak pun IKEA. Tu jelah. Bukan beli apa pun cuma cuci-cuci mata. Pergi Astaka Morocco @ Maroccon Pavillion jumpa siapa? Jumpa budak yang kerja dekat cafe. Hahaha. Pagi tadi dia siap tanya akak selalu ke g situ. Jawab jelah first time. Heheheh. Kan dah cakap kan mesti terjumpa.

Yang paling seronok jalan kat sini mestilah si kecik lea tu. Yelah ada air pancut ada kolam kecik-kecik.Dekat sangat-sangat dengan tasik.Kalau boleh dia nak terjun dalam kolam dna tasik tu. Bukannnya nak dipegang. Nak dibawa bergambar sekarang langsung tak nak.

Oklah korang layan jelah gambar dekat bawah ni. Masa lea pergi situ hari sabtu lepas ada dua pasang pengantin sedang ambik gambar outdoor dan sepasang pasangan yang baru bertunang. Yang pengantinnya lea suka sangat tengok yang pakai songket bwarna biru firus. Suami cakap model tu sebab sangat-sangat handsome dan cantik. Tap bila tengok jari yang berinai memang pengantin betullah.Ingat nak ambik gambar tapi mereka tgh sibuk sgt2 posing. Malas nak kacau.













Selasa, 20 Januari 2015

Roman Cinta ...... Caliph Buskers

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera semua.

Sekarang Caliph Buskers telah menjadi bualan mulut ke mulut orang Malaysia. Biar pun kurang dari satu segi tapi mereka dikurniakan suara dan bakat yang sangat-sangat istimewa. Sejujurnya lea sebelum ini memang tak layan dah lagu-lagu penyanyi sekarang. Tanyalah sapa-sapa penyanyi memang lea tak kenal dah terutamanya yang baru-baru. Lagu pun.... lagu yang betul-betul masuk dengan jiwa baru boleh layan. Lagu yang lea boleh layan sekarang lagu Mewangi dari Akim dan Di Pintu Syurga dari Dayang Nurafizah. Lagu Roman Cinta ni malam AJL29 baru lea hayati betul-betul.Memang sedap dan bertambah sedap bila dinyanyikan oleh insan yang sangat istimewa. Tengok rakaman berulang kali dekat TV pun lea lea tak bosan. Sejujurnya lea memang terhibur dengan persembahan mereka. Rasa dekat jiwa. 

Bila dah minat mullah mencari info mengenai mereka. Search dekat YOUTUBE macam-macam lagu yang mereka bawa. Semuanya best. Kenapalah lambat tahu mengenai mereka ni kan. Sebelum ni mereka akan membuat persembahan di hadapan SOGO. Tapi lepas ni ada lagi ke tak ya. Yelah orang dah popular. Mungkin Edry ada perancangan untuk mereka. Harap selepas ni mereka akan lebih berjaya di dalam industri ini. Mereka istimewa dan sangat istimewa.


Ok.korang layanlah video ni. Dengan lirik lagu Roman Cinta sekali lea sertakan.







Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa

Jika kamu tak percayakanku
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
Pasti akan jumpa kasih yang menyala meratap dirimu

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Tanpa kamu menyiram kalbu
Punah semua harapan larut dalam mimpi
Batinku meronta
kau ulang semula
Menyayangi aku

Kerana kau satu-satunya 
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta

Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Beri semula
Hatiku rasa
Romancinta

Isnin, 19 Januari 2015

Mati itu pasti....secebis kenangan bersama mereka

Assalammualaikum semua.

Hari ni rajin pulak menaip kan. Dah taip malam tadi. Pagi ni auto publish jelah. Dekat ofis tak dan nak menaip panjang-panjang ni.

Entry ni lea tak tau nak mulakan dari mana. Bila nak menaip je air mata dah bergenang dah air mata. Ok...semalam lepas dah siapkan kerja waktu pagi dekat rumah , baring-baring sambil tengok FB dekat phone. Keluarlah status kawan lea macam dekat gambar ni.



Lea dah rasa lain dah. Sapa yang meninggal ni. Dah tu lea tengok ada nama anak dia sekali dengan status kawan lea ni. Lea pun bukalah



Hanya itu yang mampu lea ucapkan. Lea terkejut. Lea teringat dekat anak perempuannya. Anak bungsu dari 3 beradik dan dialah satu-satunya perempuan. Anak yang manja dan sangat-sangat menghormati orang tua. Satu ketika dulu pernah bersama dengan lea di dalam satu jabatan. Arwah makcik adalah seorang yang sangat-sangat baik orangnya. Cakap sangat lemah lembut. Suaranya dengar tak dengar je bila bercakap. Arwah makcik ni juga pandai menjahit baju. Kadang-kadang baju kurung lea, lea hantar je dengan dia. Paling lea ingat mihun yang dia buat.Sangat-sangat sedap. Lea tak jumpa lagi mihun goreng sesedap yang dia buat. Dulu anak dia selalu bawa mihun ke ofis.satu tupperware besar pulak tu dia bawak. Kenangan betul. Makcik saya doakan semoga makcik akan tenang di sana.Lea hanya ada satu gambar kenangan bersamanya.Masa hari raya 3 tahun lepas rasanya. Masa tu beraya dekat rumahnya.



Arwah duduk paling kanan. Terpaksa blurkan sebab dia tak pakai tudung time ni.Yelah yang datang perempuan je semuanya.


Ni pulak status FB kawan lea yang sama bertugas di sarawak dulu. Sekarang dia pun dah dekat Putrajaya. Terkejut jugak. Puan R meninggal ke? Tanya kawan untuk sahkan.Dia telah meninggal hujung tahun lepas. Puan R adalah isteri bos besar masa lea kerja dekat Kuching dulu. Arwah sangat cantik orangnya. Cakap pun lemah lembut je. Yang lea paling ingat, masa lea nak pindah ke semenanjung dari sarawak dia ajak lea dan kawan keluar minum. Arwah telah hadiahkan lea tudung bawal yang sangat-sangat cantik.Warna biru dan hijau.Sampai sekarang lea masih simpan. Dengan arwah jugaklah kami telah membuat persembahan Puspanita. Sebulan berlatih menari. Arwah sangat-sangat sporting orangnya. Puan R. Semoga dirimu tenang disana.Kenangan bersama akan lea ingat sentiasa.


Pada 07.01.2015 nenek lea telah kembali ke Rahmatullah dan berusia 103 tahun. Dia lahir pada tahun 1912. Sedih rasanya sebab tak dapat balik Kuching. Ni nenek sebelah ayah lea. Semasa adik call memberitahu nenek meninggal lea dekat Hospital Teluk Intan kerana mak mertua dekat ICU. Sedih sungguh rasanya. Terkilan sangat masa lea balik pertengahan bulan lalu lea tak jumpa pun dia sedangkan rumah hanya dekat sebelah je. Memang bukan rezeki lea. 

Sedih bila menaip entry ini. Orang yang kita sayang dan yang kita kenal telah kembali kepadaNya. Jodol pertemua , ajal dan maut semua ditanganNya. Sebagai hambaNya kita kena terima dengan redha. Memang sedih bila kehilangan insan tersayang tapi kehidupan kita yang hidup kena diteruskan. Masa lea menaip ni tengah tengok AJL 29 dan kebetulan Dayang Nurfaizah tengah menyanyikan lagu Di Pintu Syurga. Air mata macam hujan yang turun. Tidur dengan mata yang bengkak sebab menangis.









Bila Adli main ola katanya

Assalammmualaikum semua. Salam hari Isnin. Apa kabar hari ni. Harap semuanya sihat ye.



Ni cerita malam tadi. Kesian dekat anak.Abahnya kerja je. Sabtu ahad pun kerja.Jadi malamlah bawa Adli keluar. Ingat nak pusing-pusing Putrajaya tapi Adli ni pula siap bawa bola. Nak main ola katanya. Jadinya singahlah depan Perbadanan Putrajaya. Main bola dekat padang rumput kat sama. Bukan main seronok Adli. Berlari, baling bola dan tendang bola. Suka snagat dia.

Gambar ni pengasuh whatsupkan. Orang lain sibuk main dia sibuk dengan kudanya tu. Kuda tu beli dekat Teluk Intan. Dekat kedai bundle.Pergi pun saja nak tengok je. Tapi Adli ni pulak sibuknya dia sampai dia terjumpa kuda ni. Tak lepas pulak tu.Sanggup seret ke kereta.Tapi nasib baik RM5 je.Tu pun abang ipar dekat Taiping yang bayarkan. Tinggalkan dekat rumah pengasuh je.Kalau bawa dekat rumah takut sempit rumah.Rumah dahlah kecik. Dengan basikalnya lagi belum lagi campur mainan Adli yang sentiasa diselerakkannya.

Adli...adli...peace ke melombong bijih tu.



Gambar ni adik whatsupkan petang semalam. Air dah naik dah. Ada sesetengah kawasan dekat Kuching dan banjir dah. Harap banjir dekat Kuching tak seteruk banjir di negeri pantai timur baru-baru ni. Bila tengok mangsa banjir baru-baru ini menitik juga air mata.Yelah tak dapat dibayangkan macam mana mereka nak memulakan hidup selepas kediaman rosak teruk dan ada diantaranya dah takde dah kediaman. Harap mereka sabar dan tabah menghadapi ujian itu.

Khamis, 15 Januari 2015

Bila sidia termenung jauh

Assalammualaikum semua.

Hari ni khamis 15 Januari 2015. Ada yang dah dapat bonus setengah bulan gaji ye. Seronoklah tu boleh shoping2 ye tak.

Gambar ni masa balik ke Teluk Intan. Mak mertua tak berapa nak sihat. Tu yang balik tu. Ni masa nak balik KL. Singgah sekejap dekat Gulam Rasul. Masa ni hujan tengah turun dengan sangat-sangat lebat. Nak keluar  masuk ke kereta memang tak boleh dah. Pakai payung rasanya basah kuyup jugalah. Menunggulah dekat kedai ni. Adli masa ambil gambar ni dia tak sedar tu. Mesti tengah bosan dengan mengantuk pun ya jugak tu. Tengoklah tu. Nampak na bosannya tu. Nak lari sini sana dah penat.Tak larat.Nak tidur memang tak selesa. Akhirnya macam tu jelah menunggu hujan reda sedikit.





Rabu, 14 Januari 2015

Majlis Bertandang Sharmeen Dan Fitri

Assalammualaikum semua.

Baru ada kerajinan untuk mengupdate blog. Cerita ni pada 3 Januari lepas. Majlis di adakan di Dewan Ikram Bangi. Rombongan pengantin perempuan tak ramai. Adalah dalam 10 orang kot. 


Adli sebelum bergerak dah siap kayuh basikal.Dah tu cakap jomlah mi...cepatlah mi.. Tak sabar-sabar. Sekarang pantang dia tengok umienya bertudung mesti ingat nak jalan je.


Sebelum gerak ke rumah penganin kami singgah sarapan dekat mamak dulu. Adli semestiny aroti canai yang dia nak. Air pula milo ais tapi mintak kurang ais. Dia mesti nak nampak ada ais dalam air milo tu walaupun hanya seketul ais.

Rombongan pengantin perempuan. Suami, pakcik dan ayah pengantin perempuan.

Nilah pengantinnya.Lawa kan.Persalinan pengantin dari akad nikah, sanding dekat kuching dan sanding dekat sini semuanya putih.Suka lea tengok,Warnanya suci murni gitu.


Bergambar kenangan dengan pengantin. Macam manalah boleh terambil baju batik hitam.Baju kerja pulak tu. Kadang-kadang pikir lain buat lain. Takpelah janji berbaju kan.

Ok. Ni dua rang si cilik. Adui..Tak reti diam. Nak ke pelamin je kerjanya.Maknya makan main telan je dah. Lastnya bila didudukkan dekat pelamin.Seronok pulak tu. Adli dengan zara sebaya.Tua Adli 23 hari je. 

Jumaat, 2 Januari 2015

Jalan-jalan pada 01 Januari 2015

Assalammualaikum semua.
Salam Jumaat. Jumaat pertama di tahun 2015.

Ini adalah entry pertama lea untuk tahun 2015. Dah ditahun baru kita ye.

01.01.2015.


Tak rancang ke mana-mana pun tahun ini. Cuma petang ajak suami ke jualan makanan dekat UNITEN sebab nak beli pasembor katanya.Tapi nasib tidak menyebelahi tak buka pulak gerai pasembor semalam. Jadinya belilah cekodok ikan bilis RM3, buah betik dan nenas potong , air jambu batu 2 dan Adli dah pandai pilih sendiri dah, sausage goreng dengan nugget goreng. Siap ambik dan makan sebelum abah membayarnya. Dah nak tu nak jugak. Sebelum ni makan je apa yang abah umie bagi biar dah pandai pilih, nilah gayanya.

Bila dah beli tak tahu nak ke mana. Akhirnya suami ajak ke Monumen Alaf Baru dekat present 2 , Putrajaya. Saja nak bagi Adli berlari. Seronok sangat dia. Oh ya bagi sesiapa yang belum tahun mengenai Monumen Alaf Baru ni, di sini lea sertakan sedikit mengenai infonya.

MONUMEN ALAF BARU
Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya, Malaysia. Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.
Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.
Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan.
Pada waktu malam menara tugu yang diperbuat dari aluminium ini akan memancarkan cahaya terang ibarat rumah api yang membuatkan ia tampak lebih eksklusif dan indah.



Bila dah sampai kat atas memang cantik pemandangannya. Sejuk pulak tu dengan angin sepoi-sepoi Bahasa. Adli? Lea ingat berani sangat. Dah sampai kat atas, disuruh pergi tepi sikit, “ taknak…akut.” Tau takut ye nak. Hehehe. Susah betul nak dibawa bergambar sekarang.Adui..Ada je karenahnya. Ada yang menjadi gambar di ambil ada yang tidak.Sabar jelah.Ok..korang layanlah gambar yang disempat diambil ni ye.