MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 16 Disember 2015

Saja-saja mengada nak potong kek

Tekak umie Adli ni kan kekadang mengada-ngada sikit. Hari Khamis tu teringin benar nak makan kek red velvet. Nak pergi Secret Recipe malas. Jadinya callah Eda dok tanya ada buat kek Red Velvet tak. Akak nak yang macam biasa. RM50 punya size. Mula-mula tak dapat nak buat sebab anaknya tak berapa sihat. Dah tu dia whatsup boleh pulak. Yahooo...boleh makan kek. Jadinya lea order hari Jumaat. Malam sikit baru ambik.

Alkisahnya hari Jumaat tu kes malas nak masak pulak. Apalah penyakit M ni. Banyak bebenar. Jadinya suami ajak makan dekat luar. Dalam perjalanan tu malas pulak nak makan dekat luar. Kita bungkus nasi kukus je. Oklah.....

Tiba-tiba muncul rancangan terbaru diminda suami isteri. Kita bungkus nasi dagang, nasi kerabu dan nasi kukus kita pergi rumah along dan adik kita bawa kek sekali. Kebetulan mak dan adik along ada.

Adli...Bila nampak kek dia yang teruja lebih. Birthday umie..birthday..Adli nak potong kek. Jadilah.Saja-saja nak potong kek ye Adli. Siap nyanyi lagu Birthday. Hehehe. Itulah kisah kami.

Oh yaa. Sebelum terlupa. Sapa-sapa dok area Taman Putra Perdana, Puchong yang teringin nak makan kek ataupun untuk sebarang majlis boleh ke Facebook EDA ANANG ni. (boleh klik nama yang diboldkan itu) Boleh buat untuk budget ada.


10 ulasan:

  1. sedap nyer nengok rv tuh... peberet tuh....
    beria adli menunggu kek tuh di potong

    BalasPadam
  2. wahh kek bajet pon nmpk sedapp mak tuuh ;)

    BalasPadam
  3. Seronok juga dengan 'rancangan terkejut-terkejut' ni. Adli lagilah suka sebab dapat potong kek, kan? :)

    BalasPadam
  4. Biasalah Lea....sawan malas tu mmg selalu datang hihi...
    Ohhh best jugak tu.... boleh beli kek ikut bajet kita. Bestnya kalau rajin membaking mcm Eda tu ek

    BalasPadam
  5. samalah kita sesekali tekak tu teringin macam2..klu dh teringin kek
    .kek yg dibelinya..pastu adli macam afia la..kli ada kek semuanya happy birthday to u

    BalasPadam
  6. haha...adli adli...
    comel je tau dia ni...
    fefeeling beday ye sayang...

    BalasPadam
  7. amboi sedapnya red velvet..dapat makan ramai2 lagi sedapkan lea

    BalasPadam
  8. takpe, ngada2 mkn kek je..masih boleh cari. :)
    kek tu mmg nampak sedap!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.