MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Selasa, 8 Disember 2015

Lepak mamak ramai-ramai. Adli nak apa dari abah tu???hmmmm

Lepas makan-makan kat rumah along, rehat-rehat lepas maghrib bertolak ke Putrajaya. Saja nak duduk-duduk kat Taman dekat Pullman tu. Malam tak ramai sangat orang. Syok juga tapi yang tak tahannya nyamuk banyak. Dahlah lea dengan skirt hitamnya lagilah nyamuk suka.
Adalah dekat sejam duduk tu kami bertolak balik ke Putra Perdana. Nak pekena mamak katanya. Seronok dok minum ramai-ramai ngan family.
Suka nescafe dekat sini. kaw....

Suami dengan adik.Adiknya si along 

Dengan akak ipar @ ibu adli. Dialah yang jaga Adli. Adli dah panggil dia ibu dah.  
Amboi. Tersengih je dak Adli ni. Tiba-tiba dia ada dalam gambar ni. Pandai dah dia.


Adli elok pulak duduk dalam babychair. Nasib baik muat nak oii. Dah tu minta diambil gambar dengan abah. Amboi..pandai ye ambil hati abah. Mesti ada benda yang dia nak tu.
Peluk tu siap cakap sayang abah.Tulah modal dia kalau kena marah.Cepat-cepat datang dekat kita cakap sayang abah...sayang umie.Nak marah pun tak jadi nak marah. 


6 ulasan:

  1. haha...pandai adli amek hati...comel pulak tu...

    BalasPadam
  2. manja betul adli dengan abah dia....

    BalasPadam
  3. Budak-budak memang pandai ambil hati. Samalah anak saya tu perangai macam tu. Bukan main peluk cium cakap sayang tak lekang mulut bila ada benda yang diinginkan!

    BalasPadam
  4. Ramai budak kalau dah sayang dgn yg menjaganya dia akan panggil org itu mama/ibu/mak juga macam Adli itulah.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.