MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Rabu, 2 Disember 2015

Lea dan Fesyen Tekini Remaja Bertudung



Assalammualaikum semua.

Korang sihat ke hari? Ok? Lea hari ni kurang sikit. Mood ke laut sedikit hari ni. Lea kan setia dengan tudung bawal. Satu perangai lea yang suami dok tegur suka iron baju dan tudung pagi-pagi sedangkan malam lea boleh buat. Tapi tulah. Sekejap je mendengar kata.Lepas tu mula balik perangai lama. Pagi tadi tudung dah siap iron dah tapi tulah tak betul je bila dah dipinkan. Tudung bawal ni kena sabar juga bila memakainya. Kadang-kadang kena jadi tak kisah bila tudung senget benget sikit. Kekadang tu teringin juga nak pakai shawl macam trend sekarang ni, tapi tulah muka akak ni bulat piring. Bila pakai shawl mau jadi bulat pinggan jadinya.


Sekarang ni kan trend fesyen terkini remaja bertudung dengan pelbagai gaya hijab terkini dengan stail yang moden. Populariti trend fesyen Muslimah ini naik mendadak selepas menjadi gaya pilihan bagi fashionista Muslimah moden. Golongan ini semakin dikenali sebagai hijabista di mana mereka agak menonjol di pentas fesyen Malaysia buat masa ini. Kebanyakan mereka terdiri daripada ramai blogger Malaysia terkenal yang menggayakan style fesyen Muslimah moden. Stail yang digayakan oleh mereka mendapat perhatian pembaca dan peminat fesyen di seluruh Malaysia lantas mencipta fenomena hijab moden terbaru.Bukan setakat golongan blogger, selebriti juga dah ramai yang berhijab dengan pelbagai jenis fesyen. Jika kita pengikut setia pandai kitalah kan nak ngikut yang mana fesyen yang elok pada kita.

Tudung kini juga antara aksesori fesyen yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Wanita Muslim mengenakannya bukan sekadar untuk bergaya namun kerana menuntut perintah agama agar menutup aurat. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini nilai pasaran tudung melonjak tinggi selepas mendapat sentuhan rekaan dan stail yang lebih segar dan moden daripada pereka-pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini. Koleksi tudung online murah terkini yang ditawarkan oleh mereka boleh didapati dengan harga mampu milik bersama kualiti yang cukup menakjubkan!

Antara variasi jenis tudung yang boleh didapati di Malaysia ialah tudung bawal, tudung satin, tudung Syria, selendang dan macam-macam lagi.Macam lea memang setia dengan tudung bawal. Dulu, kini dan selamanya. Kalau keluar jalan-jalan tu je kadang-kadang dok pakai tudung Syria.


Mendapatkan tudung remaja murah kini lebih mudah dengan pembelian atas talian. Untuk pengetahuan anda di luar sana banyak website online shopping Malaysia yang menawarkan pelbagai koleksi tudung terkini untuk wanita online. Pilih butik tudung online yang terbaik demi kepuasan anda sendiri! Bagi akak sendiri akak suka shopping online dekat ZALORA. Kasut dan wrislet akak dah beli dekat sini.Lepas ni nak tengok jugaklah fesyen-fesyen tudung ni. Mana tau ada yang sesuai dengan akak. Perkhidmatan ZALORA ni sangat-sangat memuaskan. Bila barang yang kita beli tak sesuai dengan kita, barang tersebut kita boleh pulangkan balik kepada ZALORA secara percuma. Jadi sebelum membeli tu tengok betul saiznya. Tengok dulu warnya. Jangan main klik je. Dah tu menyesal pulak.

1 ulasan:

Terima kasih atas komen anda.