MASAKAN JALAN-JALAN ADLI HANYA KENANGAN PERKAHWINAN VIDEO ADLI

Iklan jap

Followers

Google+ Followers

Jumaat, 11 Disember 2015

Geng Makciks makan bersama

Jumaat lepas keluar makan dengan kawan-kawan yang dah bertukar keluar. Lea juga yang tak keluar-keluar. Jangan jadi tukun dahlah lea ye. Lea ni kalau berwhatsup suka dok panggil mereka ni makcik. Tu yang Izzah yang pegang duit tu dok create group dekat whatsup dengan nama The Makcik's. 

Hahaha. Mula-mula terkejut juga. Group apa ni. Tengok Adminnya memang makcik Izzah. Izzah ni ada blog juga tau. Dia ni toke untuk Candy Buffet dan Photo Booth. Tempahan untuk seluruh Malaysia. Korang bolehlah layari blog dia   IZZAH TOKEI BESAR ni ye. Korang klik je Izzah Tokei Besar ni. Hehehe.

Selain izzah keluar gak ngan hanis.Hanis ni pulak tokei sambal hitam pahang.Sedap dimakan bersama nasi panas-panas. Kalau korang berminat bolehlah ke facebook dia SAMBAL HITAM RAUB ni. Penghantaran sekitar Putrajaya. Perkhidmatan pos diseluruh malaysia juga ada.Hehehehe. Promote bisnes kawan-kawan. Izzah dan Hanis ada komisen tak untuk saya ni.


Rindu mereka berdua ni. Sama-sama kepala. Leh layan...Keluar pun dekat Laman Perdana je sebab masing-masing kereta suami bawa hari tu. Oklah..Kami makan char kueh teow ngan tauhu bakar. Yummm..yummm.

Bagi lealah kan, berkawan ni walaupun dah bertukar keluar tak salah kan jika masih berhubungan. Lea termasuk ni dah empat jabatan dah dan lea masih lagi contact kawan-kawan di tiga pejabat lama. Tak elok memutuskan silaturrahim. 



3 ulasan:

  1. mesti semua ahli group watsapp tu dh beranak pinak makcik kanns., ;p

    BalasPadam
  2. hahaha baru dan nak jenguk blog cc entry ni..alahaii toke besau sgt ni cc oii..hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.